Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



REHAT MINDA: Tips Tanda-tanda Bohong

Posted under HEBAHAN, INFO PENGGUNA by admin on Monday 13 July 2009 at 4:42 am

INFO ini dipetik dari 1001 Rahsia Diri

BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.
Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.


Proton MPV Exora boleh ditempah mulai sabtu ini – Malaysiakini

Posted under INFO PENGGUNA by admin on Wednesday 18 March 2009 at 11:47 am

Proton hari ini memilih nama Proton Exora untuk model pertama kenderaan pelbagai gunanya (MPV) yang boleh ditempah mulai Sabtu ini. 

Nama itu dipilih 251,763 nama hasil pertandingan membabitkan penyertaan orang ramai yang dilancarkan pembuat kereta nasional itu. / BHM, Foto: malaysia-kini.com


Gambar Proton MPV Tersebar?

Posted under INFO PENGGUNA by admin on Monday 27 October 2008 at 5:04 pm

Proton MPV baru kelihatan di kawasan Batu Caves, memang sesuai untuk family. Jom kita tengok gambar Proton MPV ini!

Keghairahan penduduk Malaysia terhadap produk terbaru daripada proton, iaitu Proton MPV makin menjadi-jadi. Reka bentuk Proton MPV yang menarik menepati citarasa anak tekak rakyat Malaysia, dan aku melihat ini sebagai kejayaan Proton untuk memberikan pilihan yang terbaik buat pembeli Malaysia. Selepas berjaya dengan kaedah pemasaran Proton Saga BLM, Proton sekali lagi menggunakan taktik yang sama untuk wujudkan hype di kalangan penduduk Malaysia, nah gambar Proton MPV Pertama untuk tatapan kalian.


Awas! Jika anda sering menggunakan PC ditempat umum!

Posted under INFO PENGGUNA by admin on Saturday 25 October 2008 at 7:48 pm

PERHATIKAN BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk dihujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yang tidak diinginkan.

pas123.blogspot.com

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme