Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



TERBONGKAR! H1N1 satu konspirasi?

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN, UMUM by anakraja on Thursday 13 August 2009 at 7:26 pm

oleh: Hishamuddin Rais

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan “tukar tiub”.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan – cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation – population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.”

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota – sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ’setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru – pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka – samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.


Siapa pengkhianat bangsa, negara?

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by anakraja on Wednesday 12 August 2009 at 2:05 am

(Hrkh) - Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara? Benarkah pengkhianat sedemikian wujud atau sekadar dongengan Umno-BN untuk meraih simpati murahan daripada rakyat?

Persoalan pengkhianat bangsa dan negara bukan kali pertama diutarakan. Malah jika dilihat,ungkapan sedemikian seringkali menjelma terutama dalam menghadapi detik-detik pilihan raya atau negara sedang dilanda pelbagai isu yang hangat.

“Rakyat tidak pernah lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen,”tegas Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam blog peribadinya.

Beliau yang mengulas isu khianat sebelum itu menjelaskan siri program yang dihadirinya semalam.

“Saya tiba sekitar jam 5.00 petang di Felda Neram Satu. Acara tersebut disusun khas bagi mendekati masyarakat Felda serta menerangkan keutuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat dan khususnya jalur perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

“Ditekankan keutamaan dasar yang dilakar demi kesejahteraan rakyat semua, dan bukannya hanya untuk memenuhi nafsu tembolok tauke-tauke kaya serta sesegelintir bangsawan politik semata.

“Turut disentuh kejayaan negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan dan memerangi rasuah kendati pun berhadapan serangan bertali arus aparat umno-BN,”jelasnya.

Beliau juga menerangkan bagaimana program menjamin kebajikan rakyat seumpama pemberian air percuma, tabung warisan anak Selangor, skim mesra usia emas yang dilaksanakan di Kelantan mahupun Selangor.

“Tidak ketinggalan, saya menegaskan pentadbiran di semua negeri Pakatan Rakyat yang berlandaskan kebolehan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Semua dasar tersebut terbukti mesra pelabur, apatah lagi ketika mengalami kemurungan, mereka tentunya mahukan pengurusan ekonomi terbaik dan beramanah.

“Program seterusnya adalah ceramah bersama Dato’ Chua Jui Meng di Bandar Chukai dan kemudiannya ceramah perdana di Kerteh bersama Saifuddin Nasution, Ustaz Harun Taib serta Abdul Rahman Yusuf. Lanjutan mengungkapkan dasar pemerintahan yang beramanah, saya lontarkan pula lawan dari makna amanah itu; perbuatan khianat.

“Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.

“Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri,”tegasnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mendakwa ada individu-individu yang sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

BACA SELANJUTNYA KLIK DI SINI


Mahathir: Demo bukan pilihan jika ada cara lain

Posted under ARTIKEL by anakraja on Saturday 8 August 2009 at 2:34 am

Demokrasi mengizinkan demonstrasi, tetapi apabila cara lain terbuka luas, demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan, kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Sama ada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai,” tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Budaya demonstrasi, menurut Dr Mahathitr, adalah datang dari luar.

“Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan.

“Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan,” tulisnya lagi.

Menurutnya, ini kerana yang menjadi mangsa bukan kerajaan sahaja.

“Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat.

“Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih,” tulisnya.

‘Pelabur jadi curiga’

Menurut Dr Mahathir lagi, peniaga lain juga akan tanggung kerugian.

“Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat.

“Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai,” tambahnya.

Menurutnya lagi, apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur sama ada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur.

“Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja – semua peluang ini akan hapus.

“Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk,” tambahnhya.

“Ini sangat menggembirakan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri, Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain.

“Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah negara ini. Na’uzubillah,” tegas Dr Mahathir lagi.

Menurutnya, ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan termasuk di rantau itu dan sehubungan itu beliau bertanya apakah negara-negara ini berjaya?

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menganjurkan perhimpunan anti-ISA yang disertai kira-kira 20,000 orang di ibunegara 1 Ogos lalu.

Perhimpunan tersebut turut disertai Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikannya.

Manakala pemimpin kerajaan pula mengecam perhimpunan tersebut kerana menurut mereka kerajaan sedang menyemak semula akta tersebut yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.


Jentera pilihan raya PAS telah bersedia

Posted under ARTIKEL, BERITA, UMUM by anakraja on Monday 3 August 2009 at 5:59 pm

PERMATANG PAUH, (Hrkh) – Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad.

Katanya, jentera PAS terutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Malahan sambungnya, ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti.

“Semua jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan,” ujarnya ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ.

Apapun kata beliau, malam ini PAS Kawasan akan berbincang mengenai nama-nama calon untuk dikemukakan kepada negeri bagi proses terakhir pemilihan sebelum diisytiharkan kemudianya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah bertekad mengerakkan semua jentera pemuda untuk memperkasakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir di samping memperbanyakan program kepemudaan di situ.

Tegasnya, bagaimanapun bukan sekarang pergerakan bermula bahkan sebelum ini lagi ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti.

“Yakinlah kita pasti menang lagi di sini namun yang jelas ialah kerjasama dan pergerakan bersepadu dari segenap segi,” tambahnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Mohd Saat berkata, berbagai program kemasyarakatan telah diatur sejak dulu dan disusun mengikut strategi.

Menurutnya lagi, maklumat mengenai Umno dan BN juga dapat di hidu dari masa ke masa dan memudahkan jentera bertindak menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat.

“Menerusi bacaan Yasin di kampung-kampung banyak membantu jentera dekati masyarakat. Keaktifan Ahli Jawatankuasa juga dipuji kerana sanggup memberi masa untuk kepentingan jamaah,” jelas beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Setiausaha Negeri KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf dalam kenyataanya pada Harakahdaily, yakin calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menang namun tidak anggap mudah kali ini kerana setiap pilihan raya kecil pastinya terdapat umpan.

Dari segi kerjasama sambungnya, KeADILan akan memberikan kerjasama maksimum untuk memastikan Dun Permatang Pasir tidak jatuh pada BN setelah Adunnya, Allahyarham Dato’ Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman berjaya mengekal kemenangan tiga penggal berturut-turut.


Pusat hiburan haram sejak zaman Khir Toyo menjadi MB

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN, SUARA RAKYAT by anakraja on Friday 31 July 2009 at 6:04 pm

PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa.

Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut.

PAS negeri Selangor mendakwa Khir tidak pernah serius dalam menangani kes-kes kewujudan pusat hiburan haram ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Katanya, kenapa baru sekarang Khir mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya.

Justeru, PAS negeri Selangor berpendapat dakwaan Khir itu tidak berasas sebaliknya ia merupakan usaha terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukan.

“Penyelewengan beliau seperti isu banglo bernilai RM24juta, isu pemindahan dana Balkis RM9.9 juta dan sebagainya,” tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menegaskan Khir Toyo perlu menjawab terlebih dahulu semua dakwaan terhadapnya sebelum membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

“Khir Toyo boleh mengelabui mata rakyat tetapi bukan kepada kami rakyat Selangor,” tegasnya.


Chua: PM M’sia terlalu berkuasa

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN, SUARA RAKYAT, UMUM by anakraja on Wednesday 29 July 2009 at 1:15 pm
Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng – pemimpin BN paling kanan yang melompat menyertai Pakatan Rakyat – berkata perdana menteri negara ini terlalu berkuasa.

Katanya, perdana menteri mempunyai terlalu banyak kuasa ke atas institusi dan parlimen.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya – jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri – bagi beliau mengurangkan kuasa-kuasa tersebut dan memulangkannya kepada rakyat.

Bekas naib presiden MCA itu – yang dua kali gagal merebut jawatan presiden – keluar dari parti itu untuk menyertai PKR dua minggu lalu.

Chua yang merupakan menteri kesihatan paling lama – sembilan tahun semuanya – bercakap dengan Malaysiakini minggu lalu di kediamannya di Bukit Damansara.

Katanya, walaupun telah meninggalkan MCA, tetapi beliau masih merupakan kawan baik kepada presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

“Saya rasa beliau adalah seorang yang buat apa yang dia cakap, dan cakap apa yang dia buat, seorang yang lurus, saya suka orang macam ini,” kata Chua yang pernah menjadi ahli Parlimen Bakri di Johor, selama empat penggal.

Chua juga membayangkan bahawa Soi Lek mendapat sokongan Umno.

“Saya telah nyatakan dengan jelas dalam ucapan saya di mesyuarat bahagian bahawa pada hari ini, terdapat dua MCA – satu dipilih oleh perwakilan, dan satu lagi oleh kuasa luar.

“Saya lihat Soi Lek menggunakan kedudukannya untuk mengumpul kekuatan, jadi terdapat dua MCA, anda tidak dapat lari daripadanya. Tanyalah orang ramai, mereka akan beritahu bahawa ada dua MCA, bukan buatan Tee Keat, tetapi oleh kuasa luar,” katanya.

Malaysiakini


PAS Terengganu bersiap hadapi pilihan raya kecil?

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by anakraja on Tuesday 28 July 2009 at 6:47 pm

BESUT,  Julai (Hrkh) – PAS berkeyakinan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak dan Terengganu sekarang dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan mandat baru rakyat diperolehi.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya.

“Kalau sebelum ini Perak disebut-sebut akan dibubarkan Dun dalam tempoh terdekat, masalah serupa juga berlaku di Terengganu,” katanya pada perjumpaan dengan anggota jawatankuasa PAS Besut baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya krisis yang berlaku antara Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dengan bekas menteri besar, Dato’ Seri Idris Jusoh tidak boleh diselesaikan lagi.

Oleh itu beliau meminta jentera Pilihan raya PAS Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya peringkat negeri dalam masa terdekat ini.

“Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah mendekati semua lapisan masyarakat bagi menarik mereka menyokong PAS.

“Janganlah kita memusuhi mereka kerana semata-mata mereka menyokong Umno sebaliknya perlu berusaha menarik mereka,” tambahnya.

Lawatan presiden merupakan sebahagian program memperkasakan PAS Besut. Program dua hari itu diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu.

Hadir sama Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, berikutan krisis dalaman Umno, PAS Terengganu diberi layan istimewa oleh Menteri Besar terutamanya menyelesaikan hak milik tanah yang telah dilulus kerajaan PAS namun dirampas kerajaan BN di bawah Idris.

“Dato’ Mad berjanji akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang bertindih dengan menyerahkan kembali hak milik berkenaan kepada pemilik asal.

“Menteri Besar bersetuju berbuat demikian sebagai menghargai sokongan Adun PAS Terengganu bagi menyelamatkan daripada undi tidak percaya dibawa Adun BN,” ujarnya.

PAS sekarang mempunyai lapan daripada 32 kerusi di Dun Terengganu.


Pemimpin Umno benar-benar kemaruk isu perpaduan Melayu

Posted under ARTIKEL by anakraja on Monday 27 July 2009 at 4:27 pm

nik-azizKUALA KRAI, 27 Julai (Hrkh) – Lain yang dicakap, lain pula difahami. Itulah gambaran apabila pemimpin Umno tiba-tiba mengharap salam dihulur PAS benar-benar mencetus ke arah perpaduan Melayu.

Sedangkan apa yang diharap Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kerajaan pusat benar-benar memahami konsep federalisme, di mana menghormati hak negeri di bawah kerajaan persekutuan.

Itulah isu sebenarnya yang dinyatakan Menteri Besar Kelantan sebelum ini, jauh sekali daripada membicarakan soal hubungan di antara pemimpin Umno dan PAS.

Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.

“Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.

“Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan,” katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.

Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.

Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Padang Majlis Daerah Dabong di Laloh penuh sesak dengan orang ramai mengikuti ceramah tersebut. Pada sebelah petang penduduk menikmati gulai kawah apabila enam ekor lembu dikorbankan.

Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya KeADILan berkata, pemimpin Umno amat mengharapkan kerjasama di antara parti dan bukan sekadar antara kerajaan negeri dan pusat sehingga sanggup menyelewengkan kenyataan Menteri BEsar.

Di KOTA BHARU, Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Harun berkata, pemimpin Umno memahami di luar konteks kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Katanya, tidak pernah berbangkit soal kerjasama di antara PAS dan Umno kerana apa yang disebut Menteri Besar mengharapkan kerajaan pusat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

“Hak kerajaan negeri sebelum ini banyak dinafikan sejak hampir 20 tahun. Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan secara jelas bagi menafikan hak-hak kerajaan negeri.

“Dan terbaru pula royalti minyak kepada Kelantan cuba dinafikan kerajaan pusat secara sewenang-wenangnya, sedangkan sudah ada perjanjian royalti dibayar sebanyak 5 peratus kepada mana-mana negeri yang ada sumber petroleum dan gas,” katanya.

Namun kata beliau apa yang berlaku sekarang pemimpin Umno cuba melencongkan kenyataan tersebut lebih jauh dengan menguar-uarkan kerjasama antara parti kononnya bagi mencapai matlamat perpapaduan Melayu.

Ramai pemimpin Umno mengharapkan kerjasama lebih terarah di antara parti dengan parti dan bukan sekadar antara kerajaan.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dilaporkan mahu pemimpin PAS melupakan sengketa dengan Umno.

Menurutnya beliau yakin Presiden dan Timbalan Presiden Umno bersedia berbincang mengenai perpaduan cuma bentuknya itu kita tidak tahu kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi.


Keikhlasan PAS diragui – Tun Mahathir

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by anakraja on Monday 27 July 2009 at 4:19 pm

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik.

Katanya, ini kerana pemimpin mereka hanya berusaha untuk memperkukuhkan PAS dan bukan memantapkan BN.

“Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang Umno, dan selepas pemimpin PAS (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita.

“Sebabnya mereka kempen untuk PAS dan bukan untuk kerajaan,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri sesi hari pertama Dialog Perkongsian Pintar di Munyonyo, Uganda, lapor Bernama.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Nik Aziz (kanan) berharap perselisihan pendapat yang timbul dalam kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan PAS sewaktu kempen pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

Dr Mahathir mahu Umno berhati-hati menerima kerjasama itu bagi mengelak daripada terjerat permainan politik PAS.

“Yang pertama, PAS mahu kerjasama dengan siapa? Kalau mahu kerjasama dengan BN, masuk dalam BNlah. Kalau mahu kerjasama dengan Umno, itu sudah ‘racist party’ seperti yang didakwa pihak tertentu, jadi saya khuatir dengan niat mereka,” katanya.

Mengenai penyertaan beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk terbaru bekas naib presiden MIC Datuk S.S. Subramaniam ke dalam PKR, Dr Mahathir berkata tindakan itu sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik kepada BN.

“Tidak banyak orang Umno yang menyertai PKR. Sebelum ini, saya pun berhenti
menjadi ahli Umno tetapi saya tidak menyertai parti lain.

“Namun kita lihat banyak pemimpin parti komponen BN, yang dilayan secukupnya, masih tidak berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi,” katanya.

Dr Mahathir berkata penyelesaian terbaik untuk menangani kemelut itu ialah dengan mewujudkan kerajaan yang baik yang disokong oleh rakyat.

-MALAYSIAKINI-


Sasaran Najib 2012

Posted under ARTIKEL by anakraja on Monday 27 July 2009 at 4:14 pm

NAJIBPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah.

Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam
jangka masa sederhana.

“Saya ingin mengisytiharkan bahawa bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai ‘lead minister’ atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan,” katanya ketika berucap di majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, lapor Bernama.

Menurutnya bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

Kurang jenayah jalanan

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada penghujung tahun 2010.

Katanya, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pada usaha pengurangan kadar jenayah sebagai satu daripada Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Najib berkata, NKRA pengurangan jenayah dipecahkan kepada tiga bahagian, satu daripadanya ialah jenayah jalanan seperti curi ragut dan samun tanpa senjata, kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan kepada ahli keluarga dan juga masyarakat umum.

Katanya statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng kerana ia merupakan 17 peratus daripada keseluruhan indeks jenayah 2008 manakala

tempat tumpuan jenayah jenis ini terdapat di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, yang mencatat sebanyak 72 peratus daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan tahun lepas.

“Oleh itu, kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20 peratus pada penghujung 2010,” katanya.

Kedua, kata perdana menteri, ialah menambah baik persepsi rakyat terhadap keselamatan awam, dan untuk itu, pasukan-pasukan sukarela terutamanya RELA akan dikemaskini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur termasuk penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama anggota polis dalam usaha membenteras jenayah jalanan.

Balai-balai polis yang berkaitan akan dinaik taraf manakala peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan kamera litar tertutup.

Usaha perangi rasuah

Perdana Menteri berkata untuk meningkatkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan berkerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

Mengenai Indeks Prestasi Utama (KPI), Najib berkata dalam usaha memerangi rasuah, Perdana Menteri berkata gejala itu perlu dibendung sebelum ianya menjadi barah.

Merujuk kepada ranking oleh Transparency International mengenai persepsi rasuah

yang meletakkan Malaysia pada tangga 47 tahun lalu, berbanding pada kedudukan 39 pada 2004, beliau berkata untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

Dalam meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyediakan pendidikan terbaik bermula daripada peringkat asas, iaitu peringkat prasekolah.

Untuk itu, katanya, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

“Suka atau tidak, adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah dan masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian.

“Maka, bagi menangani kemelut ini, saya telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012,” kata Najib.

Sekolah ditawar ganjaran

Beliau berkata kerajaan juga akan menawarkan satu ganjaran atau satu Bai’ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah rendah dan menengah dengan memberi ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

Selain itu sebagai projek perintis, 100 sekolah jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah
Berprestasi Tinggi.

“Dengan ini kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012,” katanya.

Najib juga mengumumkan bahawa bermula Januari 2010, semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada setiap 1 haribulan bagi bulan berkenaan di bawah NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Kerajaan juga telah menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan dalam kalangan wanita kepada seramai 4,000 orang menjelang 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

Sehingga Jun 2009, seramai 717 wanita telah dikenal pasti berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program itu, katanya.

Jalan luar bandar diturap

Dalam memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman, Perdana Menteri berkata menjelang tamatnya 2010, sepanjang 750km jalan luar bandar dirancang siap dibina di Sabah dan Sarawak, dan jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500 atau dua kali ganda daripada perancangan awal.

“Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat 2012. Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga kategori iaitu jalan berturap, jalan kerikil dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada kepada hampir dua juta
penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak,” kata Najib.

Bagi Semenanjung Malaysia pula, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan “kesemua rakyat tinggal paling jauh pun” 5km dari kemudahan jalan berturap.

“Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah

peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Mengenai bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak, beliau berkata tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90 peratus di kedua-dua negeri itu menjelang akhir 2012 dan untuk tujuan itu sejumlah RM2 bilion diperuntukkan bagi kemudahan 60,000 isi rumah.

Tingkat bekalan elektrik

Najib berkata memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80 peratus berbanding 99 peratus di Semenanjung, kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95 peratus pada akhir tahun 2012.

“Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir 2012,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman lebih selesa kepada golongan miskin dan miskin tegar dengan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 buah unit rumah bagi keperluan golongan itu sehingga penghujung 2012 di seluruh negara.

Mengenai pengangkutan awam, Najib berkata mengikut statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16 peratus daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam.

“Makanya, kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini ditingkatkan lagi kepada 25 peratus pada penghujung 2012. Namun, kita semua harus menyedari untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mampan dan berjangka panjang.

“Walau apapun buat langkah permulaan, saya mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set ‘4-car-train’ akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya,” katanya..

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »
Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme