Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Klip Video Anwar Dihalang berceramah di Lembah Pantai

Posted under UMUM by anakraja on Saturday 30 January 2010 at 8:49 pm


APA NAK JADI? DUA SURAU DI MUAR DIBALING BOM PETROL

Posted under UMUM by anakraja on Thursday 21 January 2010 at 3:52 pm

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini – sebuah daripadanya rosak teruk.

 

 

Menurut polis, surau tersebut terletak kira-kira dua kilometer dari satu sama lain.

Ketika dihubungi, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.

Surau Silaturahim di Jalan Ismail mengalami kebakaran pada langsir dan cermin manakala Surau Parit Beting pula mengalami kebakaran di ruang solat wanita, permaidani dan pintu.

Imam Surau Parit Beting, Harun Parit, berkata kejadian disedari seorang guru agama yang datang mengajar al-Quran pada jam 10 pagi.

Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu Malaysiakini bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu.

Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli  berkata, kebakaran di surau pertama itu disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing.

“Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini.

“Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita,” katanya.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme