Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia




Tiada maaf bagimu Anwar! – TPM

Posted by anakraja on Wednesday 5 August 2009

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tuduhannya penasihat PKR “pengkhianat” seperti dituntut mantan timbalan perdana menteri, semalam.

Timbalan perdana menteri mengesahkan beliau menerima notis daripada peguam Anwar yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya bagi memfitnah, lapor Bernama.

“Ya, saya sudah menerima surat peguam itu. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan yang sesuai.

“Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu,” Muhyiddin dipetik berkata.

Berikutan perhimpunan membantah ISA pada Sabtu lepas, beliau melabelkan Anwar sebagai pengkhianat seperti laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor, kelmarin.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan presiden Umno menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan akhbar berkenaan, Anwar juga menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan.

Blog Widget by LinkWithin

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme