Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



TERBONGKAR! H1N1 satu konspirasi?

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN, UMUM by anakraja on Thursday 13 August 2009 at 7:26 pm

oleh: Hishamuddin Rais

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan “tukar tiub”.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan – cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation – population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.”

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota – sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ’setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru – pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka – samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.


Siapa pengkhianat bangsa, negara?

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by anakraja on Wednesday 12 August 2009 at 2:05 am

(Hrkh) - Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara? Benarkah pengkhianat sedemikian wujud atau sekadar dongengan Umno-BN untuk meraih simpati murahan daripada rakyat?

Persoalan pengkhianat bangsa dan negara bukan kali pertama diutarakan. Malah jika dilihat,ungkapan sedemikian seringkali menjelma terutama dalam menghadapi detik-detik pilihan raya atau negara sedang dilanda pelbagai isu yang hangat.

“Rakyat tidak pernah lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen,”tegas Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam blog peribadinya.

Beliau yang mengulas isu khianat sebelum itu menjelaskan siri program yang dihadirinya semalam.

“Saya tiba sekitar jam 5.00 petang di Felda Neram Satu. Acara tersebut disusun khas bagi mendekati masyarakat Felda serta menerangkan keutuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat dan khususnya jalur perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

“Ditekankan keutamaan dasar yang dilakar demi kesejahteraan rakyat semua, dan bukannya hanya untuk memenuhi nafsu tembolok tauke-tauke kaya serta sesegelintir bangsawan politik semata.

“Turut disentuh kejayaan negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan dan memerangi rasuah kendati pun berhadapan serangan bertali arus aparat umno-BN,”jelasnya.

Beliau juga menerangkan bagaimana program menjamin kebajikan rakyat seumpama pemberian air percuma, tabung warisan anak Selangor, skim mesra usia emas yang dilaksanakan di Kelantan mahupun Selangor.

“Tidak ketinggalan, saya menegaskan pentadbiran di semua negeri Pakatan Rakyat yang berlandaskan kebolehan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Semua dasar tersebut terbukti mesra pelabur, apatah lagi ketika mengalami kemurungan, mereka tentunya mahukan pengurusan ekonomi terbaik dan beramanah.

“Program seterusnya adalah ceramah bersama Dato’ Chua Jui Meng di Bandar Chukai dan kemudiannya ceramah perdana di Kerteh bersama Saifuddin Nasution, Ustaz Harun Taib serta Abdul Rahman Yusuf. Lanjutan mengungkapkan dasar pemerintahan yang beramanah, saya lontarkan pula lawan dari makna amanah itu; perbuatan khianat.

“Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.

“Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri,”tegasnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mendakwa ada individu-individu yang sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

BACA SELANJUTNYA KLIK DI SINI


Suspek pengganas rakyat Malaysia paling dikehendaki, Noordin Mohammed Top dibunuh

Posted under BERITA, HEBAHAN, UMUM by anakraja on Sunday 9 August 2009 at 4:34 am

Images of leading Islamic militant Noordin Mohammad Top are seen in a wanted poster at a police station in Malang, East Java August 8, 2009. Indonesian police have shot dead a man suspected to be Top during raids in Central Java and were trying to identify his body, police sources said on Saturday.

Police raid a house where militants are hiding in Temanggung, Central Java August 8, 2009 in this video grab. Indonesian police have shot dead a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top during raids in Central Java and were trying to identify his body, police sources said on Saturday.

Police raid a house where militants are hiding in Temanggung, Central Java August 8, 2009 in this video grab. Indonesian police have shot dead a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top during raids in Central Java and were trying to identify his body, police sources said on Saturday.

Police raid a house where militants are hiding in Temanggung, Central Java August 8, 2009 in this video grab. Indonesian police have shot dead a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top during raids in Central Java and were trying to identify his body, police sources said on Saturday.

Police raid a house where militants are hiding in Temanggung, Central Java August 8, 2009 in this video grab. Indonesian police have shot dead a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top during raids in Central Java and were trying to identify his body, police sources said on Saturday.

Police raid a house where militants are hiding in Temanggung, Central Java August 8, 2009 in this video grab. Indonesian police have shot dead a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top during raids in Central Java and were trying to identify his body, police sources said on Saturday.

Police raid a house where militants are hiding in Temanggung, Central Java August 8, 2009 in this video grab. Indonesian police have shot dead a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top during raids in Central Java and were trying to identify his body, police sources said on Saturday.

A forensic officer investigates a house where up to 500 kg of bombs have been found in Jatiasih, Bekasi, West Java August 8, 2009. Police have launched a series of raids since Friday and two police sources close to the investigation into last month's Jakarta hotel attacks said a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top was killed during raids in Temanggung, southeast of Jakarta.

Forensic officers carry evidence after a police raid in a house where up to 500 kg of bombs have been found in Jatiasih, Bekasi, West Java August 8, 2009. Police have launched a series of raids since Friday and two police sources close to the investigation into last month's Jakarta hotel attacks said a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top was killed during raids in Temanggung, southeast of Jakarta.

Evidence is displayed in front of a house where up to 500 kg of bombs have been found after a police raid in Jatiasih, Bekasi, West Java August 8, 2009. Police have launched a series of raids since Friday and two police sources close to the investigation into last month's Jakarta hotel attacks said a man suspected to be leading Islamic militant Noordin Mohammad Top was killed during raids in Temanggung, southeast of Jakarta.

Suspek pakar bom Noordin Paling dikehendaki di Asia diberkas

Laporan awal sebut dia terbunuh dalam serangan polis

JAKARTA: Pakar bom paling dikehendaki Indonesia, Noordin Md. Top, yang turut dikaitkan dengan siri pengeboman di negara itu sejak 2002, telah diberkas lewat malam tadi.

Malah laporan tidak rasmi menyebut Noordin mungkin terbunuh dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Temanggang, Jawa Tengah.

AP melaporkan, dalam kejadian itu, polis Indonesia telah membunuh dua suspek militan selain menahan lima lagi suspek serta merampas bahan letupan dan sebiji bom kereta.

Sepanjang malam tadi, media tempatan melaporkan, Noordin yang merupakan perancang dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia bersembunyi di dalam rumah di mana bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran selepas 10 jam polis mengepung kawasan rumah itu.

Dua stesen televisyen tempatan melaporkan, Noordin telah terbunuh dalam operasi itu namun perkara itu tidak dapat disahkan. Ujian DNA mungkin akan dilakukan untuk memastikan perkara itu.

Serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengepung rumah tersebut selama kira-kira 16 jam.

Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan kawasan rumah itu menjelang subuh.

Noordin, suspek yang amat dikehendaki sebelum ini turut mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian letupan dua hotel milik warga Amerika Syarikat di sini bulan lalu.

Mstar


Darah Teo di ruang tangga?

Posted under BERITA, HEBAHAN by anakraja on Saturday 8 August 2009 at 2:38 am

Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 – pintu masuk utama ke pejabat SPRM – ke tingkat 15 pejabat tersebut.

Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

“Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

“Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut,” kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

“Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan,” kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.


Mahathir: Demo bukan pilihan jika ada cara lain

Posted under ARTIKEL by anakraja on Saturday 8 August 2009 at 2:34 am

Demokrasi mengizinkan demonstrasi, tetapi apabila cara lain terbuka luas, demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan, kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Sama ada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai,” tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Budaya demonstrasi, menurut Dr Mahathitr, adalah datang dari luar.

“Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan.

“Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan,” tulisnya lagi.

Menurutnya, ini kerana yang menjadi mangsa bukan kerajaan sahaja.

“Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat.

“Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih,” tulisnya.

‘Pelabur jadi curiga’

Menurut Dr Mahathir lagi, peniaga lain juga akan tanggung kerugian.

“Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat.

“Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai,” tambahnya.

Menurutnya lagi, apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur sama ada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur.

“Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja – semua peluang ini akan hapus.

“Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk,” tambahnhya.

“Ini sangat menggembirakan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri, Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain.

“Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah negara ini. Na’uzubillah,” tegas Dr Mahathir lagi.

Menurutnya, ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan termasuk di rantau itu dan sehubungan itu beliau bertanya apakah negara-negara ini berjaya?

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menganjurkan perhimpunan anti-ISA yang disertai kira-kira 20,000 orang di ibunegara 1 Ogos lalu.

Perhimpunan tersebut turut disertai Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikannya.

Manakala pemimpin kerajaan pula mengecam perhimpunan tersebut kerana menurut mereka kerajaan sedang menyemak semula akta tersebut yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.


Saman Anwar untuk ugut pengkritik?

Posted under BERITA by anakraja on Wednesday 5 August 2009 at 7:21 pm

Saman RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan menutup mulut timbalan perdana menteri dan pengkritik ketua pembangkang itu.

Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata tuntutan saman setinggi itu dilihat lebih kepada “ugutan” terhadap pihak terbabit supaya tidak mendedahkan kelemahan Anwar.

“Ini cara Anwar untuk tutup mulut siapa yang cuba dedah keburukannya,” kata Datuk Mukhriz Dr Mahathir kepada Bernama hari ini, mengulas isu itu selepas Muhyiddin menyifatkan penasihat PKR sebagai “pengkhianat” perjuangan Melayu.

Muhyiddin, juga timbalan presiden Umno, membuat kenyataan itu ketika merasmikan mesyuarat parti bahagian Sri Gading di Johor berikutan perhimpunan membantah ISA di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Berikutan itu, Anwar mahu menteri pelajaran menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka, selain menuntut ganti rugi RM100 juta daripada Muhyiddin dan Utusan Malaysia yang melaporkan berita berkenaan.

Mukhriz berkata Muhyiddin tidak perlu meminta maaf kerana
dakwaannya itu berasas.

Beliau berkata ayahnya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini pernah disaman Anwar tetapi akhirnya kes itu digugurkan mahkamah kerana tiada asas kukuh.


Polis ‘berlebihan’ tembak gas, air.

Posted under BERITA by anakraja on Wednesday 5 August 2009 at 4:45 am

MALAYSIAKINI

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air “berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan” perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Selain menegaskan peri pentingnya hak orang ramai mengadakan perhimpunan, dalam satu kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak asasi.

“Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa,” kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.



Tiada maaf bagimu Anwar! – TPM

Posted under BERITA, HEBAHAN by anakraja on Wednesday 5 August 2009 at 4:42 am

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tuduhannya penasihat PKR “pengkhianat” seperti dituntut mantan timbalan perdana menteri, semalam.

Timbalan perdana menteri mengesahkan beliau menerima notis daripada peguam Anwar yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya bagi memfitnah, lapor Bernama.

“Ya, saya sudah menerima surat peguam itu. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan yang sesuai.

“Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu,” Muhyiddin dipetik berkata.

Berikutan perhimpunan membantah ISA pada Sabtu lepas, beliau melabelkan Anwar sebagai pengkhianat seperti laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor, kelmarin.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan presiden Umno menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan akhbar berkenaan, Anwar juga menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan.


Anwar Pengkhianat?

Posted under BERITA by anakraja on Tuesday 4 August 2009 at 11:46 am

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Pemimpin Umum PKR itu berang dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat’ kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri gading di Johor semalam.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan perdana menteri menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan Utusan, Anwar juga menuntut gantirugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan.


Jentera pilihan raya PAS telah bersedia

Posted under ARTIKEL, BERITA, UMUM by anakraja on Monday 3 August 2009 at 5:59 pm

PERMATANG PAUH, (Hrkh) – Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad.

Katanya, jentera PAS terutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Malahan sambungnya, ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti.

“Semua jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan,” ujarnya ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ.

Apapun kata beliau, malam ini PAS Kawasan akan berbincang mengenai nama-nama calon untuk dikemukakan kepada negeri bagi proses terakhir pemilihan sebelum diisytiharkan kemudianya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah bertekad mengerakkan semua jentera pemuda untuk memperkasakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir di samping memperbanyakan program kepemudaan di situ.

Tegasnya, bagaimanapun bukan sekarang pergerakan bermula bahkan sebelum ini lagi ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti.

“Yakinlah kita pasti menang lagi di sini namun yang jelas ialah kerjasama dan pergerakan bersepadu dari segenap segi,” tambahnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Mohd Saat berkata, berbagai program kemasyarakatan telah diatur sejak dulu dan disusun mengikut strategi.

Menurutnya lagi, maklumat mengenai Umno dan BN juga dapat di hidu dari masa ke masa dan memudahkan jentera bertindak menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat.

“Menerusi bacaan Yasin di kampung-kampung banyak membantu jentera dekati masyarakat. Keaktifan Ahli Jawatankuasa juga dipuji kerana sanggup memberi masa untuk kepentingan jamaah,” jelas beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Setiausaha Negeri KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf dalam kenyataanya pada Harakahdaily, yakin calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menang namun tidak anggap mudah kali ini kerana setiap pilihan raya kecil pastinya terdapat umpan.

Dari segi kerjasama sambungnya, KeADILan akan memberikan kerjasama maksimum untuk memastikan Dun Permatang Pasir tidak jatuh pada BN setelah Adunnya, Allahyarham Dato’ Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman berjaya mengekal kemenangan tiga penggal berturut-turut.

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »
Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme