ADUN DAP Kedah isytihar bebas
Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah.
Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong BN tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.
Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, memberitahu Bernama, pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.
“Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak),” katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya DAP negeri sedang menunggu jawapan balas dari DAP pusat mengenai keputusan mereka berundur dari Pakatan Rakyat di negeri tersebut.
Lee berkata berkata kerajaan negeri pimpinan PAS mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya umum lepas.
(more…)


























