Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



DSAI usul bincang Projek Jambatan Ke-2 Pulau Pinang

Posted under ARTIKEL by admin on Thursday 2 July 2009 at 8:46 pm

Oleh Anwar Ibrahim

Pada hari ini saya telah mengusulkan supaya mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya mencadangkan:

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan cadangan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memandangkan kos projek tersebut adalah terlalu tinggi berbanding cadangan laluan alternatif yang mampu menjimatkan RM4 billion dana awam.”

Pada Ogos 2006 Kerajaan Persekutuan mengumumkan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia Ke9 dan upacara perasmian pecah tanah telah disempurnakan pada 12 November 2006 [oleh Perdana Menteri ketika itu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia dibina oleh usahasama China Harbour Engineering Co Ltd dan UEM. Pembinaannya menggunakan laluan selatan dengan jarak 24km dengan kos keseluruhannya melibatkan RM12 billion dan dijangka siap pada pertengahan 2012.

(more…)


Ekonomi Malaysia bergantung US Dollar

Posted under BERITA by admin on Thursday 2 July 2009 at 8:42 am

Dipetik dari Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS- Marang) berpandangan ekonomi negara ini perlu dimerdekakan dan tidak lagi bergantung kepada Dolar Amerika.
Beliau berkata demikian apabila sebelumnya menyarankan agar untuk menghapuskan sistem riba, pakar ekonomi khususnya disarankan mengkaji lebih mendalam alternatif yang lebih baik dan berakhlak dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam dan tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep Al-Bai Bithaman Ajil.

Sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan rakyat semalam katanya, antara muamalat Islam yang perlu dilaksanakan ialah Al-Qardhul Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah.

Jelasnya sistem Al-Qardhul Hassan menggalakkan produktiviti yang mana mempunyai barakah untuk menggalakkan rakyat bekerja dengan amanah dan ikhlas.

Dalam ucapannya Abdul Hadi turut menekankan, muamalat Islam juga perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa.
(more…)


One Malaysia dan One Israel satu kebetulan?

Posted under ARTIKEL by admin on Thursday 2 July 2009 at 7:07 am

oleh Ibnuyaacob

onemalaysia

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

 Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.
(more…)


Dato Seri Nizar di Muar Johor

Posted under BERITA by admin on Thursday 2 July 2009 at 7:02 am

 

Dari Blog: Lawan Tetap Lawan

Gambar sekitar Program Dato Seri Nizar di Muar Johor semalam. Dato Seri yang datang dari Kuala Lumpur diarak ke tempat ceramah dari Plaza Tol Pagoh. Lebih dari 5 kenderaan dan 4 buah motosikal berkuasa besar mendahului Konvoi sempena kedatangan Dato Seri Nizar ke Muar. Konvoi bergerak hampir 20 Kilometer sebelum sampai ke lokasi tempat ceramah iaitu di Markaz Pas Kawasan Bakri Muar Johor.

Ketibaan Dato Seri Nizar disambut dengan paluan kompang dan juga perarakan masuk ke markaz tersebut sambil di beri tepukan gemuruh oleh lebih dari 5000 RAKYAT sekitar Muar. Mereka yang hadir tanpa mengira Bangsa dan sambutan sebegini hanya pernah berlaku pada awal perasmian Markaz tersebut kira -kira 16 tahun yang lalu dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz, namun kali ini ia diserikan kembali dengan kehadiran Wira Negeri Perak dan Menteri Besar Rakyat ke tempat tersebut.

Ketibaan Dato Seri Nizar juga disambut oleh Ketua BPPMNJ Dato Mahfuz Mohammad, Dr Boo Cheng Hau ( Adun Skudai), Hj Anwar salleh ( Pengerusi PKR Johor) dan Yb Dr Sheikh Ibrahim Salleh ( Adun Sg Abung).

Kalungan Bunga juga dibuat oleh wakil Penduduk India di sana. Cenderahati juga disampaikan oleh Pengerusi Pas Negeri kepada Dato Seri Nizar.

Semangat dan juga Aura beliau amat menarik perhatian apabila Dato seri sentiasa mendapat perhatian dari semua lapisan masyarakat terutamanya dari kalangan anak muda di Johor yang mana boleh dikatakan sambutan itu sebenarnya diluar jangkaan.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme