Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Memahami Konsep ‘One World Government’

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by admin on Wednesday 1 July 2009 at 6:57 pm

oleh Ibnuyaacob

pyramid_dollar

Salah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati.

 Semasa menghasut dan memujuk golongan elit untuk menyertai Illuminati, Weishaupt berhujah bahawa seluruh peperangan yang berlaku di dunia hanya boleh dihentikan jika semua kerajaan-kerajaan bersatu di bawah satu payung pentadbiran sahaja.

Payung itu pula hendaklah dikuasai oleh golongan cerdik pandai yang berlatar belakangkan akademik dan profesional atau ahli ekonomi.

Weishaupt juga berhujah bahawa peperangan yang berlaku di dunia adalah berpunca dari sikap tamak golongan pertengahan dan kerabat diraja yang tidak mementingkan rakyat. Hujah Weishaupt ketika itu memang tepat pada masanya kerana Eropah ketika waktu tersebut sedang berada di zaman kegelapan.

Golongan bawahan dan ahli akademik sememangnya ternanti-nantikan seorang hero yang akan membawa revolusi menghapuskan kekejaman golongan pertengahan dan diraja.

Fakta dan idea yang dibina Dajjal untuk digunakan Weishaupt amat tepat ketika itu, maka dalam masa yang singkat ramai golongan elit teruja dengan idea One World Government.
(more…)


GEMPAR: DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat

Posted under ARTIKEL by admin on Wednesday 1 July 2009 at 6:46 pm

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibunegara akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.


Teori Wawasan 2020

Posted under ARTIKEL by admin on Wednesday 1 July 2009 at 6:20 pm

Oleh Ibnuyaacob

mahathir13211

Tiada perkara yang paling mengecewakan apabila mengetahui bahawa dasar yang dibentuk oleh kerajaan
Malaysia kelihatan hampir sama dengan dasar yang dibentuk oleh Israel khususnya dalam kaedah meningkatkan kemajuan negara.

 Artikel ini merujuk kepada dasar yang dibentuk kerajaan Israel pada 1990-an dahulu iaitu Israel 2020 dan melihat bagaimanakah ia boleh sama pula dengan dasar Wawasan 2020. Adakah ia secara kebetulan?
(more…)


10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by admin on Wednesday 1 July 2009 at 12:54 pm
aiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

“Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.”

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

(more…)


Pahang Daily Bakal Saman Balas RM2 Juta Terhadap Saiful Bukhari

Posted under BERITA, HEBAHAN by admin on Wednesday 1 July 2009 at 11:02 am

 

SUMBER: PDO

Susulan kenyataan “angkuh” oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan kononnya beliau telah difitnah oleh blog ini, maka atas dasar kemanusiaan dan keyakinan maka pihak kami tidak teragak-agak untuk menfailkan tindakan saman terhadap beliau dalam masa terdekat ini.

Dalam laporan polis dan kenyataan terdahulu Saiful dan peguamnya, beliau secara jelas menyatakan Pahang Daily Online (PDO) telah menfitnah beliau berhubung dengan laporan “penyakit misteri”nya.

 Pihak kami telah dikecam hebat oleh ramai pihak berhubung dengan perkara itu. Malah banyak email yang diterima dari kalangan pembaca seluruh dunia yang mengutuk tindakan kami.

Malah, apa yang lebih aneh ialah tindakan pihak polis yang Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang begitu cepat dan pantas menghantar beberapa orang pegawai mereka untuk menyiasat salah seorang Krew Editor kami di Kuantan iaitu Blogger Cucumatkilau beberapa hari selepas laporan dibuat.

Siasatan yang dilakukan lebih lima jam itu jelas sekali menumpukan kepada siapakah yang telah menulis enam artikel yang dikatakan menfitnah Saiful itu. Soalnya sekarang, pihak polis begitu “drastik” dan cukup cemerlang dalam tindakan mereka ketika itu. Malah, siasatan itu lebih menjurus kepada “membantu” Saiful menyediakan bukti-bukti bagi membolehkan beliau menyaman pemilik blog ini.

Tambah mengecewakan ialah pihak polis juga dipercayai telah masuk dan
(more…)


Hadi tempelak BN, cuba pecah-belah PR

Posted under BERITA, HEBAHAN by admin on Wednesday 1 July 2009 at 10:23 am

 

KELANA JAYA, 1 Julai  – Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menempelak usaha yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Umno untuk mewujudkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, BN berusaha untuk melaga-lagakan setiap parti dalam Pakatan Rakyat dan perhimpunan malam tadi PAS menempelak tohmahan yang dilemparkan oleh parti pemerintah itu.

“Perhimpunan ini juga menjadi bukti perpaduan dalam Pakatan Rakyat masih kuat dan saya mengucapkan terima kasih kerana kehadiran saudara dan saudari pada malam ini ke dalam satu majlis perhimpunan ini untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat dapat melakukan satu pembaharuan…perkara ini tiada dalam BN.

“Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya,” katanya dalam ucapan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat semalam.

Ini katanya, menyebabkan kedudukan Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti yang matang dan boleh memimpin negara serta diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah negara dalam pilihanraya yang akan datang.
(more…)


Ini Yang Dikatakan Siaran Langsung Dari Parlimen?

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by admin on Wednesday 1 July 2009 at 10:02 am

Ini yang dikatakan siaran langsung dari Parlimen?
Adakah anda sekalian perasan siaran langsung tersebut akan sengaja dipotong ketika sesi soalan dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,
Siapa yang memberikan arahan tersebut? Harap Menteri dapat memberikan penjelasan yang cukup mengenai perkara tersebut.
Mungkin sesetengah pihak yang merasakan tindakan begini akan memberikan kelebihan kepada mereka tapi ini telah menghina pemikiran pengundi.
Lihat video clip dibawah…
(more…)


Jambatan Pulau Pinang II Terlalu Mahal, Pakatan Gesa Kos Dikaji Semula

Posted under BERITA by admin on Wednesday 1 July 2009 at 9:48 am

 

Kerajaan digesa mengkaji semula kos projek pembinaan jambatan Pulau Pinang kedua  yang menelan belanja RM22 billion hanya untuk fasa satu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim berkata rakyat sudah tentu tidak mampu menanggung kos setinggi itu dan menyarankan  BN meneliti semula pelan laluan jambatan itu bagi mengurangkan harga projek.

Projek Jambatan Pulau Pinang II dilancarkan pada November 2006 dan dijangka siap pada Mei 2012.

Jambatan 24 kilometer itu akan  menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di selatan Pulau Pinang.

Pembinaan projek ini bagaimanapun tertangguh ekoran lonjakan kos projek, akibat kenaikan kos bahan binaan serta kegagalan Kumpulan UEM memberikan sebut harga yang tetap.

“Saya tidak menolak rasional meneruskan dengan projek jambatan itu, tetapi saya musykil mengapa projek jambatan kedua diteruskan di laluan yang dicadangkan yang menelan belanja yang besar,” kata Anwar.

Projek ini berbilion ringgit ini dibina dengan bantuan pinjaman dari Republik Rakyat China, dalam usahasama Kumpulan UEM dan China Harbour Engineering Co. Ltd (CHEC).

Walaupoun kosnya begitu tinggi, Kerajaan BN sudah pun mengeluarkan surat tawaran RM22 billion kepada (more…)


BN Ertinya ‘Bini Najib’ ?

Posted under ARTIKEL by admin on Wednesday 1 July 2009 at 9:34 am

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label “bini Najib” – alasannya Rosmah Mansor seolah-olah menerajui negara  ini disisi suaminya dan adalah wanita pertama negara yang berpengaruh luas.

“Dulu kita dengar BN (ertinya) ‘barang naik’. “Itulah dijaja oleh orang ramai  tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu ‘Bini Najib’,” kata Mahfuz.

Mahfuz berkata demikian  di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal

Rosmah Mansur and Lee Kuan Yew 160609 Tambahnya, istilah itu “jika dikaji, ada kebenaranya” apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia awal bulan ini juga bertemu dengan Rosmah, selain Najib.
(more…)


Tuan Aziz nafi dakwaan salahguna kuasa dan rasuah

Posted under BERITA by admin on Wednesday 1 July 2009 at 9:23 am

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa “beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah”.

Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

manek urai by election umno bn candidate tuan aziz tuan mat 290609Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) – jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.

Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.

Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang ‘meragukan’ ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »
Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme