Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Malaysiakini: Harakah & Suara Keadilan digantung 3 bulan?

Posted under BERITA by admin on Monday 23 March 2009 at 8:46 pm


 Saya telah dimaklumkan oleh satu maklumat rasmi bahawa Akhbar Rasmi PAS Harakah dan Akhbar Rasmi Keadilan telah digantung selama 3 bulan mulai hari ini. Surat Pengantung yang dihantar ke Pejabat Harakah petang tadi.

Pihak pengurusan Harakah sedang membuat surat rayuan berkaitan dengan perkara ini kepada Pihak Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah, pengantungan Akhbar Harakah dengan alasan yang kecil, iaitu kerana harakah dijual ditempat awam.

Alasan yang sama juga digunakan sebelum ini untuk membenarkan akhbar itu dirampas di beberapa negeri Utara Malaysia.


(Ahmad Lutfi Othman sedang membuat Pemeriksaan terakhir sebelum Harakah di cetak)Apa yang cukup dikesali pengantungan Harakah bermula era DS Najib untuk mengambil alih tapuk pemerintahan negara. Dalam masa ynag sama pilihan raya kecil akan berlangsung. DS Najib telah memulakan era pemerintahannya dengan cara yang cukup tidak demokratik.

Adalah diharapkan pengantungan Harakah akan membuka mata rakyat untuk bangkit menentang Barisan Nasional khususnya UMNO. Pengantungan ini akan menjadi titik tolak pengistiharkan perang keatas kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara di negara kita.

Oleh: WTKO


PWTC jadi tumpuan!

Posted under ARTIKEL by admin on Monday 23 March 2009 at 8:42 pm

KUALA LUMPUR Mac 23 –Menjelang perhimpunan agung yang akan bermula secara rasmi mulai esok, sekali Pusat Dagangan Dunia Putra sudah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan menghadapi persidangan UMNO kali ini yang penuh bersejarah dan dramatik selepas tahun 1987. Kali ini, UMNO bukan sahaja bakal menyaksikan proses ” Peralihan Kuasa” tetapi saingan sengit bagi semua jawatan tertinggi parti dari Pemuda , Wanita, Puteri dan sehingga ke Majlis Tertinggi. Setelah , Datuk Seri Ali Rustam “menerima kad ” merah daripada Lembaga Disipilin UMNO, kini perhitungan antara di antara ” Dua Tan Sri ” – Muhyiddin ataupun Mat Taib. Persekitaran hotel – hotel sekitar Kuala Lumpur sudahpun dibanjiri dengan kehadiran para perwakilan. Cakap – cakap politik dan sms semakin laju beterbangan menjelang detik – detik terakhir pemilihan. Persoalanya adakah UMNO akan berubah ataupun di ubah? Dalam tempoh masa 24 jam ini, apa – apa pun boleh terjadi ?
Kempen – kempen di saat terakhir juga semakin kencang. Macam – macam yang kita dengar. Apakah UMNO negara akan dikejutkan dengan satu lagi tsunami politik minggu ini ?
Yang pasti semua nak menang !
Apakah yang akan diluahkan oleh Presiden Parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Taklimat Presiden esok ?
Ramai nak dengar “clue” daripada Pak Lah kerana , Pak Lah dikatakan jarang bercakap mengenai UMNO setelah umumkan pelan peralihan kuasa.
( gambar – Mstar )

sumber: wilayahkini.blogspot


Najib terkena sumpah Altantuya?

Posted under ARTIKEL by admin on Monday 23 March 2009 at 8:30 pm

Selepas akhbar Perancis, Liberation mendedahkan cerita terperinci pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu dan kaitannya dengan pemimpin negara, akhbar British, Times pula menerbitkan cerita sensasi itu.

Turut menyiarkan cerita ini adalah TV Australia, ABC, sebelum ini.

Semalam, 22 Mac, Timesonline menyiarkan semula cerita itu dengan tambahan maklumat dari wartawannya di Kuala Lumpur.

Menurut laporannya itu, selain pembunuhan Altantuya, pusat kepada laporan ini adalah pemberian komisyen sebanyak RM155 juta kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda.

Menurut laporan Times, pembangkang mendakwa RM155 juta itu adalah komisyen pembelian kapal selam dari Perancis, manakala menteri Pertahanan waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata ia bukan komisyen tetapi bayaran perkhidmatan projek.
(more…)


Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?

Posted under ARTIKEL by admin on Wednesday 18 March 2009 at 10:52 pm

Kertas jampi di bawah meja Pak Lah? Mar 18, 09 3:44pm Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno. Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut beberapa lalu.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 di bangunan ibu pejabat parti. Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan. Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan satu kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor akhbar harian itu lagi. Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang ada mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.

Menurut laporan itu, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut. Untuk kepastian lanjut, pasukan polis itu menghantar objek-objek kepada bahagian forensiknya.. Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak. “


Kenapa Pas tenang melihat muqabalah Anwar-Abdullah?

Posted under ARTIKEL by admin on Wednesday 18 March 2009 at 10:30 pm
Dr Bhokin Bhalakula, Mantan TPM Thailand turut hadirDi penghujung Usrah Pemuda Titiwangsa malam tadi ada sahabat yang membangkitkan soal kenapa pimpinan Pas begitu tenang melihat muqabalah Anwar-Abdullah yang berlangsung pada 10 Mac lepas di di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Ini berbeza dengan respon yang diterima oleh pemimpin Pas dari kebanyakkan rakan Pakatan setelah isu Muqabalah Pas-Umno hangat diperdebatkan.

Anwar dalam kenyataan menafikan bahawa ada sebarang rundingan tengahari itu, begitu juga Abdullah yang turut menolak untuk menceritakan isi perbincangan mereka sepanjang berada di madrasah itu.

 

 

(more…)


Ali Rustam Bubar kerajaan BN Melaka?

Posted under ARTIKEL by admin on Wednesday 18 March 2009 at 1:57 pm

Oleh mohdnoorawang

 Isu yang hangat diperkatakan dalam lobi Parlimen Malaysia, bagaikan “bom jangka” meletup bila-bila waktu. Malah tak ubah cakap-cakap dikopitian rancak dibualkan dengan fakta dan khabar-khabar yang perlu penjelasan dan bukti.

Datuk Seri Muhd Ali Rustam menteri besar Melaka salah seorang calun untuk timbalan presiden umno dikatakan membuat ugutan sinis mahu bubarkan kerajaan barisan nasional Melaka dan menubuhkan kerajaan bebas. (sila layari blog the riding YB Haji Zulkifli Nordin).

Gara-gara Ali Rustam dikatakan akan dihadapkan kelembaga displin umno bersama dengan Khairi Jamalludin calun ketua pemuda umno, Datuk Seri Khir Toyo calun ketua pemuda umno, dan Datuk Seri Azalina M. Said.

Calun timbalan presiden umno TS Muhyidin Yassin berrentap dengan TS Muhd Taib. Jelas Muhyiddin Yassin menang mudah. Peluang Ali Rustam agak malap walaupun Ali Rustam bertanding.

Begitu juga calun pemuda Khairi Jamaluddin dan Khir Toyo bukan lawan Datuk Muhklis Mahathir. Ketua pemuda umno Mukhlis menang mudah walaupun ada bertandingan. Isu Muhklis jarang diperdengar dalam lobi , parlimen cukup baik dan agak bersih.

Walaupun nama Ali Rustam, Khairi Jamaludin, Khir Toyo dan Azalina menjadi topik panas dalam lobi parlimen kami angapa sebagai khabar angin Laut Selat Melaka atau hanya untuk sedap tatapan mulut semasa minum kopi dan teh.

Namun kadang kadang berita angin ada juga betul sebelum dinafikan atau sebagai satu ugutan sebelum pehak yang berkenaan mengambil tindakan. Kita tunggu dan lihat, umno dulu kini dan selamanya berjuang untuk perut dan rasuah


Proton MPV Exora boleh ditempah mulai sabtu ini – Malaysiakini

Posted under INFO PENGGUNA by admin on Wednesday 18 March 2009 at 11:47 am

Proton hari ini memilih nama Proton Exora untuk model pertama kenderaan pelbagai gunanya (MPV) yang boleh ditempah mulai Sabtu ini. 

Nama itu dipilih 251,763 nama hasil pertandingan membabitkan penyertaan orang ramai yang dilancarkan pembuat kereta nasional itu. / BHM, Foto: malaysia-kini.com

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme