Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Kes Altantuya: Institusi keadilan disabitkan bersalah!

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by admin on Saturday 15 November 2008 at 10:14 am

Oleh: Mohamed Hanipa Maidin

Ramai dari kalangan rakyat mungkin agak bingung bagaimanakah Razak Baginda boleh dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri di atas pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada jam antara 9.54 pagi, 18 Oktober 2006 dan 9.45 pagi, 19 Oktober 2006.

Bagi mereka yang mengharapkan kebenaran sebenar (the real truth) daripada episod pembunuhan ngeri ini, saya ingin menasihati lupakan sahajalah hasrat anda tersebut. Perbicaraan jenayah bukan bertujuan mencari kebenaran. Dengan lain perkataan Mahkamah bukan tempat mencari kebenaran.

Perbicaraan jenayah melibatkan soal bukti dan keterangan. Mahkamah hanya berminat dengan isu keterangan dan bukti. Tidak lebih daripada itu. Apabila kita bercakap tentang bukti dan keterangan ianya tertakluk kepada kaedah dan prosedur tertentu sebelum ianya boleh diterima oleh Mahkamah.
(more…)


Wajah-Wajah Pengebom Bali Sesudah Maut

Posted under HEBAHAN by admin on Saturday 15 November 2008 at 9:50 am

Wajah Imam Samudra

Misteri Tanda Syahid Amrozi Cs Terkuak

Tiada kata yang terucap melainkan kalimat takbir, Allahu Akbar, atas kondisi jenasah ketiga syuhada Bali. Betapa tidak, ketiga syuhada tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di kancah peperangan, meski mereka ‘tidak sedang berperang’ melawan musuh Islam.

(more…)


Ku Li berucap di Kongres PKR?

Posted under BERITA by admin on Thursday 13 November 2008 at 10:55 pm

Pucuk pimpinan PKR disarankan supaya menjemput veteren Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menghadiri Kongres Tahunan Nasional parti yang akan berlangsung hujung bulan ini.

khalid jaafar“Itu pendapat saya secara peribadi…beliau patut dijemput hadir dan berucap,” kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Khalid Jaafar.

Beliau yang juga bekas setiausaha akhbar penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditanya kemungkinan Tengku Razaleigh itu membuat penampilannya dalam kongres kali ini.
(more…)


Malaysiakini:Ezam belum terlambat?

Posted under ARTIKEL by admin on Sunday 9 November 2008 at 7:40 pm

Oleh WFAUZDIN NS

 Terus terang saya katakan saya adalah salah seorang penyokong dan peminat setia Sdr Ezam Mohd Noor semasa bekas orang kuat DS Anwar ini berada di dalam Parti KeADILan.  Kekaguman saya terhadap Sdr Ezam melebihi kekaguman saya terhadap YB Azmin malahan melebihi Hj Mat Sabu.  Mungkin kerana semangat Sdr Ezam ketika itu saling tidak tumpah seperti tokoh pujaan saya DS Anwar.  Ini semua kenangan lama saya sebuah kenangan yang amat pahit untuk saya telan sehingga kini.

Alhamdulillah, saya belum sampai ke tahap memuja dan meminati Sdr Ezam sehingga ke peringkat fanatik.  Seandainya saya fanatik terhadap Sdr Ezam, sudah tentu sekarang saya telah pun hanyut bersama beliau. (more…)


Raja Petra dibebaskan dari ISA

Posted under BERITA by admin on Saturday 8 November 2008 at 9:33 am

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.

raja petra kamaruddin habeas corpus case 071108 12Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.

Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah menjelang 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera.

Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.Raja Petra dibawa dari kem tahanan itu menjelang tengah hari sebelum dibawa di depan hakim kira-kira jam 3.15 petang dan dibebaskan lima minit kemudian.


Kerajaan BN sembunyi situasi sebenar ekonomi negara – Husam

Posted under ARTIKEL by admin on Friday 7 November 2008 at 9:05 am

(Hrkh) – Kerajaan Barisan Nasional tidak seharusnya berbangga dengan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion, sedangkan rakyat tidak mendapat gambaran sebenar ekonomi negara.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, apa yang berlaku hari ini kerajaan belum memberikan gambaran sebenar kedudukan ekonomi negara, sebaliknya hanya mengeluarkan pelbagai kenyataan dengan mendakwa ekonomi masih kukuh.

“Apa yang berlaku adalah di sebaliknya di mana negara sedang menghadapi krisis ekonomi dunia akibat kegawatan yang kronik.

“Sebelum ini pernah berlaku pinjaman bank tidak berbayar setelah berlakunya krisis ekonomi pada 1978 – 1979 di mana pada ketika itu pasaran saham jatuh merudum.

“Sekarang fenomena itu berlaku lagi di mana pasaran saham menjadi tidak menentu,” katanya di sini.
(more…)


Barrack Obama Pula Dikaitkan Dengan Yahudi

Posted under BERITA by admin on Friday 7 November 2008 at 9:00 am
Cukup-cukup aku tak paham dengan puaka-puaka UMNO/BN ni. lepas sorang-sorang pemimpin yang bawa watak Islamik cuba dikaitkan dengan Yahudi.
Kalau dari tahun 1998 sampai sekarang kita dimomokkan dengan cerita Anwar ejen Yahudi, bermula dari hari ni, ada pulak puaka-puaka UMNO/BN yang cuba kaitkan Barrack Obama pulak dengan Yahudi.

Semuanya aku perasan dari blog ANGIN PERUBAHAN yang sememangnya taksub pada UMNO/BN.

Tajuk entri dalam blog tersebut Obama Dipengaruhi Israel?korang boleh baca sendiri entri tu dengan menklik tajuk entri tersebut.
(more…)


PAS calonkan bekas Bendahari Agung PKR ketuai PKNS

Posted under BERITA by admin on Friday 7 November 2008 at 8:51 am

PAS Selangor mencalonkan bekas bendahari agung PKR Abdul Rahman Othman untuk mengambil alih teraju utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dipangku oleh Low Siew Moi.

Timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS itu pada asalnya dijadual memangku jawatan pengurus besar perbadanan tersebut selama setahun sebelum ia mencetuskan kontroversi kerana Low bukan pemimpin Melayu.

Susulan siri bantahan itu, exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan pengganti Low.

Dr Hasan, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, dilaporkan berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.

abdul rahman othmanAbdul Rahman (foto), pernah bergiat dalam Umno bahagian Muar sebelum menyertai parti pembangkang, kini menyertai PAS. Ahli perniagaan itu berkelulusan dalam bidang perakaunan.

Ketua penerangan PAS negeri Saari Sungib berkata, seorang lagi calonnya tokoh korporat, Mohd Yusof Khan.
(more…)


Najib tutup ruang bahas?

Posted under BERITA by admin on Wednesday 5 November 2008 at 3:29 am

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) – Seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan ketika Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 petang tadi.

Tindakan itu dibuat selepas Najib menutup ruang ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam perbahasan yang telah berlangsung selama sejam.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib.

Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah ‘belanjawan tambahan’ dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

Namun Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya.
(more…)


Naib Presiden Gerakan ditemui mati!

Posted under BERITA, HEBAHAN by admin on Tuesday 4 November 2008 at 2:39 am

dr s vijayaratnam 1950 to 2008Naib Presiden Gerakan Dr S Vijayaratnam ditemui mati di luar kliniknya di Seremban pagi ini. Mendiang berusia 58 tahun.

Menurut laporan, mendiang jatuh dari bumbung bangunan tiga tingkat miliknya, yang dikenali sebagai ‘Vijay Mahal’ di Jalan Tengku Hassan pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurut Bernama, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata, Vijayaratnam datang ke kliniknya seperti biasa dan mengambil kunci untuk naik ke tingkat atas bangunan.

“Kata pembantu klinik itu, majikannya memberi alasan ada orang hendak menyewa tingkat teratas di bangunan itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »
Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme