Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Kg Plentong Tengah, harga barang dan Melayu dihina lagi

Posted under ARTIKEL by admin on Friday 31 October 2008 at 4:03 pm

Oleh Saad

KG PLENTONG TENGAH

 Malang sungguh nasib melayu Plentong Tengah apabila mahkamah menolak rayuan lebih 200 penduduk kampung dari terus menduduki tanah yang telah diduduki semenjak lebih 20 tahun lalu.

Untuk mendapatkan tanah itu penduduk bukan saja telah ditipu peguam yang dilantik mereka sebanyak hampir setengah juta ringgit pada tahun-tahun 1989-1993 tetapi juga terpedaya sekali lagi apabila mengeluarkan lebih lapan ratus ribu kepada firma guaman milik Oakfeild Ent ( syarikat yang dikurniakan tanah tersebut).
(more…)


Kes Altantuya: Bapa kecewa keputusan hakim!

Posted under BERITA by admin on Friday 31 October 2008 at 3:43 pm

Tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu telah mengecewakan bapa mangsa berkenaan.

Dalam satu maklum balas kepada wartawan sebentar tadi,Dr Shaariibuu Setev melahirkan kekecewaan dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Mohd. Zaki Md. Yasin.

Walaupun dua tertuduh lain iaitu Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diperintah untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut,namun keputusan tersebut masih tidak memuaskan hatinya.

Katanya, keputusan tersebut bakal mencemarkan imej sistem kehakiman negara ini di peringkat antarabangsa kerana kes itu menjadi tumpuan dunia.
(more…)


Mahkamah bebaskan Razak Baginda, Azilah dan Sirul diarah bela diri

Posted under BERITA by admin on Friday 31 October 2008 at 3:32 pm

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah bagaimanapun telah mengarahkan dua tertuduh lain iaitu, Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul.
(more…)


Pakatan desak siasatan terhadap Najib diteruskan!

Posted under HEBAHAN by admin on Friday 31 October 2008 at 3:15 am

Pakatan Rakyat  mendesak supaya siasatan tetap diteruskan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung skandal pembelian Helikopter EC-725 keluaran Eurokopter bernilai RM1.67 bilion.

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Hussin Ali ketika dihubungi Suara Keadilan bagi mengulas keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembelian helikopter tersebut yang dikatakan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global.

” Pertama sekali, kita setuju keputusan kerajaan supaya Eurokopter itu ditarik balik kerana harganya mahal, kerana mungkin berlaku implikasi rasuah dan sebagainya tetapi kita tetap mendesak supaya kerajaan meneruskan siasatan terhadap pembelian itu kerana surat pembeliannya telah pun dikeluarkan” jelas beliau.
(more…)


Kes Altantuya: Nasib 3 tertuduh esok

Posted under BERITA by admin on Friday 31 October 2008 at 3:07 am

KUALA LUMPUR: Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman dan penganalisis politik yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan diketahui esok.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin akan membacakan keputusannya pada jam 9 pagi, sama ada mahkamah akan memanggil ketiga-tiga tertuduh untuk membela diri atau membebaskan mereka.

Kes berprofil tinggi itu membabitkan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 36, didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor, antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme