Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



MAWI undang Anwar, Pak Lah dan Nik Aziz

Posted under ARTIKEL, BERITA by admin on Saturday 25 October 2008 at 8:41 pm

KUALA LUMPUR: Majlis ‘wedding of the year’ antara juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 27, dengan pelakon, Nora’asyikin Rahmat (Ekin), 29, dikhabarkan akan lebih ‘hangat’ dengan kehadiran tiga tokoh politik tanah air.

Mawi yang dihubungi Harian Metro berkata, memang menjadi impiannya majlis bersejarah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha, perkara itu masih dalam rangka senarai jemputan orang kenamaan dan belum ada perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan majlis.
(more…)


Awas! Jika anda sering menggunakan PC ditempat umum!

Posted under INFO PENGGUNA by admin on Saturday 25 October 2008 at 7:48 pm

PERHATIKAN BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk dihujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yang tidak diinginkan.

pas123.blogspot.com


Rakyat tidak boleh menaruh harapan lagi pada UMNO

Posted under ARTIKEL by admin on Saturday 25 October 2008 at 7:36 pm

Rakyat terutamanya orang Melayu diingatkan tidak lagi menaruh harapan kepada Umno dan kepimpinannya bagi membela nasib mereka kerana Umno sedang berada dalam kehancuran dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi, kata Yang DiPertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif.

Berucap pada ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh, di Kampung Paya Kecik, dekat sini baru-baru ini Abdul Rahim mengingatkan adalah penting bagi rakyat dan orang Melayu menyandarkan harapan kepada perkembangan dalam Pakatan Rakyat yang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan negara ini.

?Apa lagi yang boleh diharapkan kepada Umno yang sedang menuju kehancuran. Umno sudah tidak ada nilai dan harga diri. Mereka menuju kepada kehancuran yang sudah tidak boleh diselamatjkan lagi?

Lihat sahaja sekarang mereka berlumba untuk mendapat tempat bukan untuk menjaga rakyat tetapi untuk meraih kepentingan diri walaupun mengorbankan moral dan akhlak.
(more…)


Penurunan harga minyak tidak melebihi 15 sen?

Posted under BERITA by admin on Saturday 25 October 2008 at 6:55 pm

Malaysiakini: Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul
Samad.

Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.
(more…)


BSKL : APA DAH JADI EKONOMI MALAYSIA

Posted under ARTIKEL by admin on Saturday 25 October 2008 at 1:06 pm

BSKL makin huru-hara dalam 5 hari dagangan pasaran saham di niagakan BSKL telah jatuh hampir 60 mata atau 7%. AMK Johor menjangkakan jika Barisan kabinet yang akan dirombak menyaksikan kejatuhan lagi parah.

Pelabuhan-pelabuhan utama di Malaysia merekodkan kemasukkan kapal dagang menyusut secara mendadak pada tahun ini. Hotel-hotel pulak mula menunjukkan kekurangan pengunjung dengan ketara. Maklumat AMK Johor dapati selepas Hari Raya Aidil Fitri, ada tangan-tangan ajaib mengarah jabatan dan kementerian Kerajaan memberi cuti istimewa ke hotel mewah. Sedangkan sebelumnya larangan mengadakan seminar, mesyuarat dan aktiviti ke hotel.

Ada sebuah jabatan di Kuala Lumpur menyewa Hotel Swiss Garden pada bulan ini mencecah ratusan ribu hanya unuk membincangkan soalan kuiz.
Itulah sebab MP BN takut ke Parliman. Pemborosan, kecuaian dan ketirisan yang tidak dapat dijawab. Dan Abdullah Badawi terus dengan tabiat makan gaji buta.


Muhyiddin bakal terima balasan Abdullah?

Posted under ARTIKEL, HEBAHAN by admin on Saturday 25 October 2008 at 4:29 am

KETIKA bercakap di Beijing, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan beliau akan merombak kabinet, sedikit sebanyak merisaukan beberapa orang yang ’sudah tersindir’ dengan pukulan paling keras Abdullah Ahmad Badawi, di minggu ketiga bulan Syawal.

Mungkin rombakan yang hendak dibuat, ekoran kemenangan beberapa nama baru dalam MCA, termasuk Dato’ Seri Chua Soi Lek yang kini menjadi Timbalan Presiden, tetapi sedikit sebanyak, ada beberapa kerusi Umno dikatakan turut tergugat dengan perkembangan terkini.
(more…)


Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu

Posted under ARTIKEL by admin on Saturday 25 October 2008 at 4:09 am

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu – ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan ’secara beransur-ansur’, kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

“Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita,” kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya.
(more…)


Laporan BPR terhadap Najib

Posted under BERITA by admin on Saturday 25 October 2008 at 1:14 am

PUTRAJAYA,24 OKTOBER (SK)- TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama-sama dengan Setiausaha PAS Ahmad Sabki Yusuf dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke susulan daripada laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK Fariz Musa 20 Oktober lepas.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme