Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Pakatan Rakyat tawar belanjawan alternatif

Posted under ARTIKEL by admin on Friday 24 October 2008 at 2:12 am

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) – Pakatan Rakyat semalam telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli-ahli Parlimen masih lagi meneruskan perbahasan Bajet 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos lalu.

Cadangan tersebut dikemukan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan faktor lain terhadap Malaysia.

Dalam satu taklimat khas yang diadakan di Parlimen pagi semalam, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan hingga ke tahun 2009.

“Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan pengucupan kemasukan dana asing,” kata Anwar.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme