Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Anwar, Lupakan Cita-Cita Membentuk Kerajaan Pusat?

Posted under ARTIKEL by admin on Tuesday 21 October 2008 at 7:48 pm

Semalam saya menghabiskan masa kurang lebih tiga jam di pejabat KeADILan di Tropicana bersama Malaysian DJ Blogger dan beberapa yang lain. Saya telah menyampaikan apa yang patut saya sampaikan secara peribadi. Saya amat berharap mauduk perbincangan kami yang akan disampaikan kepada Datuk Seri, akan Datuk Seri berikan keutamaan. Penekanan saya hanya tertumpu kepada menyempurnakan pembangunan ummah untuk memenangi hati rakyat. Ini perjuangan dan ini jugalah amanah.

Saya pasrah dengan ketidaksampaian Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih kerajaan pusat pada 16hb September 2008. Saya juga pasrah dengan kegagalan usaha yang sama pada 23hb September 2008.

Kita harus bertindak berdasar kepada kehendak rakyat. Kita harus bertindak berdasar kekuatan dan keupayaan yang ada. Kita harus berbalik kepada dasar perjuangan membela rakyat dan memartabatkan kedaulatan negara.

(more…)


Kepentingan Moral: Beza Anwar-Chua Soi Lek, UMNO-MCA

Posted under ARTIKEL by admin on Tuesday 21 October 2008 at 12:37 pm

Oleh anak_muar

 Pemilihan Agung MCA sudah pun tamat dan menyaksikan kemenangan Dato Seri Ong Tee Kiat yang telah memenangi jawatan presiden MCA dengan mengalahkan lawannya iaitu bekas naib presiden MCA dan juga bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng manakala bagi jawatan timbalan presiden telah berlaku satu kejutan besar di mana kemenangan bekas menteri kesihatan dan juga bekas naib presiden iaitu Dato Seri Chua Soi Lek.

Dato Seri Chua Soi Lek telah meletak jawatan sebagai menteri kesihatan dan naib presiden MCA gara-gara beliau telah mengaku terlibat dengan skandal video seks dengan seorang wanita di sebuah hotel.Pengakuannya amat memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia khususnya parti MCA dan juga komponen BN yang secara tidak langsung telah mencalarkan imej BN yang selalu menekankan pentingnya moral seorang pemimpin.

Kemenangan Soi Lek ini menjadi tanda tanya bagaimana ahli MCA boleh mengangkat seorang pemimpin yang begitu rendah tahap moralnya.Apapun kita harus memuji keberanian ahli-ahli MCA untuk membawa kembali Soi Lek dalam parti dan menyokongnya sebagai timbalan presiden MCA yang baru.
(more…)


JOHOR : YANG PARAH KIAN TERGADAI

Posted under ARTIKEL by admin on Tuesday 21 October 2008 at 11:51 am

Dalam masa 50 minit sahaja Index BSKL merundum 16 mata. Mungkin ia ’selling panic’, atau kenyataan sebenar. Penganilisis semalam rata-rata berkata faktor pemilihan MCA memberi impak yang besar pada politik Malaysia akan datang. Kemenangan pemimpin ‘kotor’ dari Johor itu menunjukkan masadepan Malaysia undur kebelakang. Mereka berkata jika di Jepun , USA atau Britian, pemimpin menghadapi skandal sex apabila telah turun akan terus ke dapur membantu isteri memasak.
Hairiki politik Malaysia sememangnya sudah menjadi lumrah. Yang dibuang dan bersalah dijulang yang benar pula dibiarkan lupus. Maka tidak hairanlah jika hari ini Index BSKL akan merundum ke parah 860 mata. Apa yang dibimbangkan jika ekonomi Malaysia tidak dibaikpulih dengan segera Ringgit Malaysia akan menceceh RM 3.80 berbanding US$1.00 dalam masa terdekat.
Malam tadi ada seorang veteran UMNO yang pernah menjawat Speaker DUN Johor berkata, Habislah Malaysia dijual kalau Muhyidin menang naib Presiden UMNO. Penulis enggan komen cakap-cakap itu kerana blog ini kian panas sejak kebelakangan ini. Namun AMK Johor mengucapkan syabas kepada JCORP kerana telah membayar berbilion-bilion ringgit kepada pemegang saham Dana Johor dan ASJ ( pembayaran semula ) atas kesilapan ’seseorang’ yang mencatur ekonomi Johor. Katanya wang tersebut datangnya dari penjualan merugikan terhadap beberapa asset dan bangunan milik JCORP. Siapa peduli pekara ini ????

PEMACU GEMILANG JOHOR

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme