Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



HADIAH BN UNTUK RAKYAT JOHOR!

Posted under HEBAHAN by admin on Thursday 16 October 2008 at 9:58 pm

PERKAMPUNGAN MELAYU DIROBOH

Mana Muhyiddin Yassin? Mana Ghani Othman? Mana Khaled Nordin? Mana Pak Menteri Pembela Rakyat?


BERITA TV3 mengatakan Kg Plentong Tengah ini adalah setinggan! Setinggan?


AMK MUAR bongkar ‘KISAH SEBENAR’ disebalik Kg Plentong Tengah

Posted under ARTIKEL by admin on Thursday 16 October 2008 at 5:47 pm

Oleh: AMK MUAR

AMK Bahagian Muar telah menemubual beberapa penduduk kampung termasuk Ketua UMNO Cawangan Kg Plentong Tengah dalam merungkai kisah sebenar disebalik Isu Perobohan Kg Plentong ini. Beberapa maklumat telah berjaya kami sahkan dan kami akan paparkan dalam ‘post’ yang berikutnya. Pendedahan ini juga boleh diikuti dalam Rencana Rakyat setelah keseluruhan sumber dan maklumat ini kami sahkan!

Tunggu!!!

KRONOLOGI KG PLENTONG TENGAH

1984 – 1986 – KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT).1987 – PTG telah dikurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2 kali dalam masa dan waktu yang sama. Mosbert Berhad (MB) —> Jet Ace Const (JAC) —> Oakfield Ent.
(more…)

Bukit Lenang Sdn Bhd tetap roboh Kg Plentong Tengah!

Posted under BERITA, HEBAHAN by admin on Thursday 16 October 2008 at 5:19 pm

“Lebih dari 100 orang penduduk dan NGO telah dipukul oleh FRU dan Polis. Penduduk ditahan!”

kemaskini 4.15pm Seramai 27 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk tiga wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.
(more…)


Terkini dari Kg. Plentong Tengah.

Posted under BERITA by admin on Thursday 16 October 2008 at 3:08 pm

AMK dari seluruh Johor  dengan semangat kental  telah bersama-sama dengan penduduk Kg. Plentong Tengah bagi memastikan rumah mereka tidak dirobohkan.

15 Oktober 2008.

* 10.00 pagi - Anggota Polis Johor Jaya memula Sekatan jalan raya
* 5.00 Petang - Ketibaan 20 AMK Johor Bahru
* 5.20 Petang - Ketibaan 15 AMK Muar dan Kulai ke Taman Universiti untuk mendengar taklimat ringkas sebelum bergerak ke Kg. Plentong Tengah.
* 5.30 Petang - Anggota Polis menambah bilangan bagi menghalang orang luar masuk
* 6.00 Petang - Ketibaan 25 AMK dari beberapa bahagian dari Tenggara, Simpang Ranggam.
* 6.30 Petang - Wakil penduduk diwakili Wak Pian mulai gusar kerana penduduk ada yang dihalang untuk pulang kerumah.
* 7.30 Malam - 5 AMK Muar dan 5 AMK Kulai ditahan Polis di pintu masuk Kg Plentong Tengah selama lebih kurang 1 jam sebelum dilepaskan dengan syarat beredar dari kampung tersebut.
* 8.40 Malam - AMK Muar dan Kulai akhirnya berjaya dibawa masuk oleh En.Kassim (Ketua Jawatankuasa Bertindak) Kg Plentong Tengah melalui ‘lorong tikus’.
* 8.45 Malam - Penduduk Kg. menjamu AMK Johor yang ingin tidur bersama-sama mereka.
* 10.00 Mlm - Wakil penduduk menyerahkan rumah usang untuk kami bermalam di bersebelahan surau.

16 Oktober 2008

* 5.30 Pagi - Sholat Subuh berjemaah bersama penduduk
* 6.30 pagi - Penduduk Kg. menyediakan sarapan.
* 7.00 Pagi – ketibaan beberapa lagi AMK Johor.
* 7.45 Pagi - Ketibaan 4 Kontigen FRU dengan anggota lebih kurang 200 Anggota
* 8.00 pagi - Anggota Polis menambah lagi Anggota
* 8.10 Pagi - Lebih kurang 300 orang temasuk dari PKR, PAS, DAP, PRM dan NGO dapat memasuki Kampung
* 8.20 pagi - Sdr. Mohd Nazri terpaksa menenangkan penduduk Kg. yang semakin panik. Polis menabah lagi anggota
* 8.30 pagi - FRU mula mengepung kami. Penduduk semakin panik.
* 9.30 Pagi - Rayuan kami telah diterima agar penagguhan merobohkan premis.
* 10.30 Pagi - Pemaju memberitahukan kami tarikh berikutnya 29hb Oktober 2008.

* 10.31 Pagi -1. Kira-kira 10 rumah kosong telah dirobohkan
2. 100 orang penduduk dan NGO telah di pukul oleh FRU dan Polis
3. 24 penduduk telah ditahan oleh Polis
4. Bantahan penduduk telah meningkat kepada 4,000-5,000 orang.
5. Mangsa yang telah dipukul telah dihantr ke Klinik dan Hospital.

6. MENTERI BESAR JOHOR SEDANG MENJAMU PARA STAFF DAN AHLI UMNO SEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI DI KEDIAMANNYA.

* 11.30 Pagi - Ketibaan Sdr. Samsul Iskandar dan beberapa Exco AMK Malaysia ke Kg. Plentong Tengah
*12.00 tgh/hari - Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghubungi AMK berjanji untuk berunding dengan pihak pemaju bagi menyelesaikan isu perobohan di Kg. Plentong Tengah.
* 12.30 tgh/hari – FRU & polis makan tengahari yg telah disediakan oleh pihak pemaju.
- Helicopter PDRM masih berlegar-legar
* 1.30 pm – Setakat ini 28 orang telah di tahan termasuk 2 wanita.
* 1.50 pm – Pihak FRU & pemaju meneruskan meroboh rumah penduduk walaupun ketika ini hujan.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme