Batu Pahat ‘dibelasah’ Pakatan Rakyat
Parlimen, KUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Ahli Parlimen (BN-Batu Pahat) Dr Puad Zarkashi ‘dibelasah’ dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan dari beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Beliau yang memulakan perbahasan bajet 2009 sebaik sahaja Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengakhiri perbahasannya pagi tadi.
Semalam (13 Okt) Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diberi peluang pertama untuk membahaskan bajet itu kemudian bersambung pada hari ini yang mengambil masa hampir satu jam.
Sebaik diberi peluang berbahas, Puad yang memulakan mukadimah perbahasannya mempertikaikan cadangan Anwar yang mahu membentangkan semula bajet selepas penurunan harga minyak global.
Puad turut mempertikaikan masa hampir enam jam yang diambil Anwar untuk membahaskan bajet tetapi tidak mempunyai ‘point’ untuk mengatasi masalah ekonomi negara.
(more…)



























Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;