Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Debat Rakyat kembali bersidang hari ini!

Posted under HEBAHAN by admin on Monday 13 October 2008 at 7:54 pm

Dari Dewan Debat Rakyat

Membina Kematangan Berpolitik

Ada orang bertanya, mengapakah saya membangunkan Debat Rakyat. Biar saya jawab di sini. Ia adalah satu projek yang saya usahakan bersama beberapa orang rakan-rakan yang prihatin mengenai tahap kematangan politik rakyat Malaysia. Lantas, mereka mencadangkan agar diwujudkan satu satu wadah bagi membolehkan rakyat pelbagai latarbelakang politik untuk berbahas. Biar hujah lawan hujah.

Atas semangat itulah maka saya menyenaraikan tiga link utama gabungan bloggers mengikut aliran politik iaitu Penggabung Suara (diuruskan oleh sahabat-sahabat UMNO), Beras Padu (dikendalikan oleh sahabat-sahabat PAS) dan Rencana Rakyat (dikendalikan oleh rakan-rakan dalam PKR).

Kedua, melalui Debat Rakyat juga kami mengharapkan agar rakyat dapat berpartisipasi dalam proses membuat keputusan dalam negara. Berkali-kali saya tegaskan, adalah terlalu merbahaya membiarkan ahli-ahli politik mencaturkan masa depan kita. Usah katakan ahli politik tidak ada kepentingan peribadi. Mereka juga manusia seperti kita. Melalui Debat Rakyat, saya cuba membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menjadi “check and balance” kepada ahli politik Malaysia.

Dan ketiga, kami mengharapkan sesiapa sahaja yang ingin memahami “suara rakyat” dan “suara akar umbi” dapat datang ke sini dan membaca 100 blog yang saya fikir mewakili suara rakyat Malaysia.

Adalah diharapkan Debat Rakyat dapat memberikan sumbangan kecil kepada membina kematangan politik di negara ini. Cukuplah dengan politik pembunuhan personaliti. Marilah kita gantikan dengan politik ilmu dan hujah.

Selamat berbahas!


Rumah dan surau di Kg. Plentong bakal diroboh?

Posted under HEBAHAN by admin on Monday 13 October 2008 at 7:20 pm

“AMK seluruh Johor diminta hadir ke Kg. Plentong Tengah bermula pada 15hb Oktober ini pada jam 5pm untuk membantah tindakan BN merobohkan Rumah Rakyat di sana. GERAKkan seramai mungkin untuk hadir!”

Setiausaha AMK Johor telah dihubungi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim beberapa hari yang lepas . Beliau menyatakan kebimbangan kerakusan pihak berkuasa sekarang untuk merobohkan semua rumah , bangunan dan Surau di Kg. Plentong Tengah, Plentong Johor.
DSAI minta seluruh jentera AMK Johor membantu penduduk disitu sehingga ke peluh dan usaha terakhir. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu kampung yang telah dibayar sebahagian hakmilik tanah itu.

Terdahulu Ketua dan Naib Ketua AMK Malaysia telah datang ke Kg. Plentong Tengah pada pertengahan Ramadhan yang lepas. Sokongan moral, sumbangan,kata-kata semangat dan nasihat telah beliau sampaikan pada masjis berbuka puasa.

Malangnya ahli parlimen Tebrau iaitu En. Khalid Nordin hanya sibuk merebut jawatan Ketua Bahagian & MT UMNO tanpa memperdulikan para penyokong dan pengundinya. Pemimpin yang berjiwa konon-kononnya mulia ini sebenarnya salah seorang yang Hipokrit. Diberitahu pondok Polis akan ditempatkan disitu bagi menyekat dan menangkap ’sesiapa yang dianggap onak’. Penduduk disitu dimaklumkan secara lisan bahawa roboh tetap roboh, hanya menanti hari yang sesuai.
Surat rayuan penduduk yang diajukan kepada Menteri Besar Johor, ada sumber yang yang memberitahu bahawa ia mungkin telah berada ditong sampah untuk menanti masa untuk dihantar ke tempat ‘pembuangan pusat sampah’.

Kepada semua rakyat Malaysia, Kg. Plentong Tengah bukanlah kawasan Setinggan tetapi pemilik tanah tersebut berbangsa Singh telahpun mengambil deposit dan pada masa yang sama Sigh penipu itu telah menjualnya kepada syarikat yang mempunyai talian darah dengan Istana. Ratusan ribu ringgit telah diserahkan tetapi En. Khalid Nordin, En Ghani Othman dan En. Shahrir Samad lebih sibuk untuk pertandingan untuk program ‘Raja Lawak musim ke-3?.


Najib diminta bentang bajet baru

Posted under BERITA by admin on Monday 13 October 2008 at 7:19 pm

Ketua pembangkang menggesa menteri kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak membentangkan Bajet 2009 yang baru memandangkan krisis kewangan dunia yang kian serius kini.

anwar ibrahim parliament 131008Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan “belanjawan yang ketinggalan zaman” seperti dibentangkan lebih sebulan lepas.

Bajet 2009 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, waktu itu sebagai menteri kewangan, pada 29 Ogos lalu.

Beliau telah bertukar portfolio sebagai menteri pertahanan dengan timbalannya itu bulan lepas.

Ucapan Anwar di Parlimen hari ini pertama kali dibuat sebagai ketua pembangkang selepas memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh beberapa hari sebelum pembentangan belanjawan tersebut.
(more…)


Dewan Rakyat mulai bersidang hari ini

Posted under ARTIKEL by admin on Monday 13 October 2008 at 7:18 pm

Dari Blog MPpas

Dewan Rakyat mulai bersidang hari ini 13 Oktober selepas berehat panjang sepanjang Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri.

Pembentangan Bajet 2009 oleh Menteri Kewangan pada 29 Ogos lalu mula dibahaskan hari ini. Kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan ucapannya membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet 2009) mulai jam 11.30 pagi selepas sesi soal jawab.

Klik di sini untuk lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk hari ini.

Anwar menjadi tumpuan media
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, Anwar akan menyentuh pelbagai mesej yang “tersurat dan tersirat” dalam ucapannya hari ini.

KAKITANGAN Parlimen, Mohd. Sidek Mohd. Sani menyusun kedudukan baru bagi dua Ahli Parlimen dari Parti Maju Sabah (Sapp) iaitu Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau). Sapp kini bertindak sebagai wakil Bebas selepas keluar Barisan Nasional bulan lalu. - foto The Star

KAKITANGAN Parlimen, Mohd. Sidek Mohd. Sani menyusun kedudukan baru bagi dua Ahli Parlimen dari Parti Maju Sabah (Sapp) iaitu Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau). Sapp kini bertindak sebagai wakil Bebas selepas keluar Barisan Nasional bulan lalu. – foto The Star

(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme