Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Penyertaan 3 Ribu Orang Bekas Ahli MIC P.Pinang

Posted under BERITA by admin on Sunday 12 October 2008 at 7:33 pm

PULAU PINANG, 10 SEPTEMBER (SK) – Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan menerima kemasukan kira-kira 3000 ahli baru KeADILan esok di satu majlis di Bayan Baru.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, penyertaan ahli baru ini menandakan rakyat telah bosan dengan Barisan Nasional serta pergolakan politik Barisan Nasional.
“Penyertaan mereka akan diketuai oleh salah seorang pemimpin kanan MIC negeri ini yang mana negeri ini yang juga ketua bahagian,” katanya.
Katanya lagi pemimpin berkenaan telah menunjukan komitmen terhadap KeADILan dan bosan dengan karenah pemimpin MIC yang sibuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri.
“Dalam keadaan sambutan Deepavali beberapa hari lagi, rakyat menuntut pembelaan terhadap mereka, dimana pemimpin MIC sibuk merampas kekayaan,” katanya ketika dihubungi oleh Suara Keadilan Online.
Sim juga berkata walaupun terdapat usaha peralihan kuasa, namun bagi rakyat tiada sebarang perubahan yang akan berlaku kepada mereka.
“Apa yang rakyat minta bukan perubahan tampuk kepimpinan yang mengutungkan golongan orang kaya, yang rakyat minta perubahan untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.


(more…)

AMK MALAYSIA:KERAJAAN DIGESA TURUNKAN HARGA MINYAK, HAPUS SURCAJ

Posted under UMUM by admin on Sunday 12 October 2008 at 11:51 am

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

10 Oktober 2008

KERAJAAN DIGESA TURUNKAN HARGA MINYAK, HAPUS SURCAJ

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menggesa kerajaan pimpinan Abdullah & Najib menurunkan harga runcit petrol dan diesel di negara ini ke paras di bawah RM 2.00 selaras dengan penurunan harga minyak mentah petroleum kepada AS$88 setong 9 Oktober lalu.

Kenaikan harga runcit petrol sebanyak 78 sen Jun lalu cukup memberi tekanan kepada kehidupan rakyat. Kenaikan tersebut juga menyebabkan harga barangan makanan dan keperluan harian naik mendadak. Walaupun diberi penurunan berjumlah 25 sen pada Ogos dan September lalu, ianya terlalu kecil malah tidak memberi kesan kepada harga barang makanan dan keperluan harian.

AMK turut menyelar keputusan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar supaya surcaj yang dikenakan ke atas tambang bas ekspress dan bas henti-henti diteruskan walaupun ia sepatutnya tamat 15 Oktober ini. Langkah tersebut dilihat sebagai menyebelahi pihak pengusaha tanpa menghiraukan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat di negara ini sebagai pengguna. Walaupun pelbagai alternatif yang boleh diambil kerajaan, kerajaan seolah-olah sengaja membebankan rakyat.

AMK kesal kerana dalam keadaan rakyat semakin menderita akibat kenaikan harga barang dan kos kehidupan, kerajaan dilihat masih berlengah untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel. Pengurangan harga runcit petrol dan diesel di negara ini ke paras di bawah RM 2.00 diyakini boleh membantu menyelesaikan kedua-dua konflik tersebut.

AMK yakin dengan komitmen kerajaan baru Pakatan Rakyat yang akan direalisasikan tak lama lagi, kehidupan rakyat akan lebih terbela dan terjamin berbanding kerajaan UMNO/BN tak kira siapa yang memimpinnya.

Hasmuzair Hassan
Timbalan Pengerusi
Biro Hal Ehwal Kepenggunaan AMK Malaysia
merangkap Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Malaysikini: SYED HAMID ALBAR MENIKAM ORANG ISTANA?

Posted under BERITA by admin on Sunday 12 October 2008 at 11:16 am

Oleh: AMK Johor

Bahagian UMNO Kota Tinggi bergolak.

Daeng Malik yang mana rumahnya hanya berapa ratus meter dari Istana Bukit Serena. Dengan penuh kehibaan apabila beliau digantung dari bertanding selama 3 tahun. Beliau diantara penaja utama ‘Kembara Mahkota Johor’. Mendapat lampu hijau di Istana Bukit Serene untuk menerajui Bahagian dan Parlimen Kota Kinggi Kota Tinggi.

Ada orang Felda Kota Tinggi mengatakan ‘ Orang melayu Arab tikam melayu Buggis’. Sebelum Daeng malik digantung hak bertanding, beberapa orang kuat Syed Hamid Albar ke Kementerian Dalam Negeri Putrajaya membawa dokumen konon-konon Daeng Malik perasuah terhebat di Johor. Maka ada ‘arahan’ dokumen itu diteliti dari Kementerian dalam Negeri ke Ibu Pejabat UMNO PWTC. Dengan muslihat enggan terkubur sebagai Ketua Bahagian, ada yang berpendapat melayu Arab ini mengarahkan agar melayu Buggis ini disingkir dan dihinakan.

Dengan nada sedih Daeng Malik dengan darah pahlawan ditubuhnya merayu agar beliau diberi keampuanan agar dibenarkan bertanding. Khabarnya Tengku Mahkota Johor terkejut dan murka rakan karib Bagina dihinakan sedemikian rupa. Kami di AMK Johor turut berdukacita sepertimana Ketua cawangan, Penyokong, dan kerabat Diraja Johor yang lain rasakan. Dalam hati kami berkata… ‘Sampai bila orang-orang UMNO mahu menjadi anak jantan sejati tanpa menikam bangsa sendiri……’

[Nota AMK Johor kepada Daeng malik : lawan tetap lawan ..... Jangan beri peluang pengecut jadi pemimpin.]

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme