Anwar: Pakatan mahu tukar kerajaan secara aman!
KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) – Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan
yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu.
“Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh,” katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi.
Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar.
Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan wakil-wakil rakyat Kelantan.
Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.
(more…)


























