Pemimpin Umno Perlu Fahami Kehendak Rakyat?
KUALA TERENGGANU, 9 Okt (Bernama) — Pemimpin Umno digesa supaya tidak mementingkan kedudukan dalam parti semata-mata, sebaliknya perlu memahami aspirasi dan kehendak rakyat supaya parti itu terus disenangi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden parti berkata Umno mesti menjadi cermin serta suara rakyat, dan pemimpinnya tidak boleh hanya duduk diam bagaikan perjuangan sudah selesai selepas mereka berjaya memenangi jawatan tertentu dalam parti.
“Di Terengganu, Umno juga pernah merasakan pengalaman pahit jadi pembangkang. Waktu Umno kalah muka pemimpin Umno Terengganu sugul, jalan pun lain macam. Jadi ini mesti jadi iktibar kerana kita berada dalam persekitaran yang sentiasa berubah dan dinamik.
“Kita mesti tahu aspirasi rakyat dan membuat perubahan, dan dengan cara itu rakyat akan senang hati dengan kita,” katanya pada majlis mesra Aidilfitri bersama kepimpinan Badan Perhubungan Umno Terengganu dan pemimpin masyarakat semua peringkat di sini, Khamis petang.
(more…)



























Strategi Abdullah, kata beliau ialah untuk mengurangkan jumlah musuh ke tahap minima.