Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Malaysiakini:Teori ‘RAHMAN’ dah sempurna?

Posted under ARTIKEL by admin on Thursday 9 October 2008 at 12:57 am

Teori ‘RAHMAN’ : ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

SATU ARTIKEL LAMA YANG PADAT (tolong komen)

Ini satu cerita lama, tetapi saya perbaharui edisinya dengan menceritakan hakikat sebenar yang tersembunyi di sebalik teori ini. Yang tersirat di sebalik yang tersurat. Majoriti orang-orang UMNO termasuk pemimpin-pemimpin atasannya amat percaya dengan teori “rahman”. Tetapi sungguh malang sekali tafsiran mereka salah terhadap penghujung (akhiran) kisah teori ini. Saya minta anda mengambil sedikit masa membaca apa yang saya akan kupas di ruang yang terhad ini.

Tulisan ini yang mengupas teori “rahman” agak panjang sedikit namun saya mengharapkan setiap pembaca redha meluangkan masa anda membaca, meneliti serta menghayati perincian yang saya buat untuk renungan mahupun harapan kita bersama. Saya telah cuba untuk meringkas sependek mungkin tetapi hasilnya tetap panjang.
(more…)


Anwar dan Najib, siapa akan ke Seri Perdana?

Posted under ARTIKEL by admin on Thursday 9 October 2008 at 12:17 am

Akhirnya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009 dan juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Keputusan Perdana Menteri itu diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC petang tadi.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan Perdana Menteri pada pertengahan 2010.

Namun akibat dari prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau telah didesak agar segera meletak jawatan.

Keputusan Abdullah ini membolehkan Dato’ Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri enam bulan akan datang.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme