Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia




Rakyat diseru beri solidariti, Mahkamah dijangka buat keputusan esok,

Posted by admin on Wednesday 8 October 2008

Mahkamah akan tentukan sama ada keputusan membawa kes ke Mahkamah Tinggi atau terus kekal di Mahkamah Seksyen hari ini. Gambar: Malaysia Insider


KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER (SK)
– Hujah-hujah pihak pembela Anwar Ibrahim akan bersambung jam 11 pagi esok sebelum mahkamah memutuskan samaada membawa kes berkenaan ke mahkamah tinggi atau tidak.

Hari ini, Hakim S.M Komanthy Suppiah menyatakan bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Oleh yang demikian, para pendokong keadilan dan reformasi diminta agar berkumpul di Mahkamah Jalan Duta pagi esok bagi mendengar keputusan berkenaan.

Pada 10 September lalu, Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Ini berikutan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata hitam” Anwar pada 1998.

Blog Widget by LinkWithin

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme