Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Altantuya’s Dad: RPK shouldn’t be a victim of political (in)justice

Posted under ARTIKEL by admin on Tuesday 7 October 2008 at 9:15 pm

Altantuya Shariibuu’s dad, Stev, has emailed me his statement (through his lawyer in Mongolia) regarding RPK’s trial and detention under the ISA. The image above is his own handwriting.  The translation copy I receive in his mail says: (more…)


RM7 juta beli 14 buah jam tangan?

Posted under BERITA, HEBAHAN by admin on Tuesday 7 October 2008 at 2:25 pm

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) – Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong?

Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya kickdefella.wordpress.com.

Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada kepada beberapa individu di beberapa kementerian.

Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat.
(more…)


Pak Lah umum pertahan jawatan Presiden UMNO

Posted under BERITA by admin on Tuesday 7 October 2008 at 7:40 am

Tunggulah esok atau Rabu…calon Timbalan Presiden mungkin dua orang kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman rasmi sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO atau tidak bertanding bertanding pada pemilihan parti itu Mac depan, esok atau hari Rabu.

“Tunggulah dalam masa yang tak lama lagi, esok atau Rabu”, katanya.

Serentak dengan itu, beliau berharap, akan dapat mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Rabu ini bagi menjelaskan perubahan pelan peralihan kuasa.

Pelan peralihan kuasa awalnya dipersetujui pada pertengahan 2010 telah dipercepatkan pada Mac 2009 selaras dengan penundaan pemilihan jawatan tertinggi UMNO kepada Mac 2009 dari Disember 2008.

Abdullah pada 26 Oktober lalu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah memaklumkan akan mengumumkan mengenai keputusannya sama ada akan mempertahankan jawatannya itu atau tidak sebelum 9 Oktober, tarikh bermulanya persidangan peringkat bahagian.

Mengenai pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, Abdullah berkata saingan untuk jawatan itu mungkin akan ditandingi satu atau dua calon saja, manakala yang lain akan berundur.
(more…)


Membongkar Fakta Sebenar Disebalik Insiden Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan !!

Posted under BERITA, HEBAHAN by admin on Tuesday 7 October 2008 at 5:57 am

Dari laman Pahang Daily
Satu Syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita “Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan“. Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis.

Apakah yang berlaku sebenarnya?.

Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu?.

Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya ketika diluar tugas rasmi?

Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah “mirip” kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu. Beliau juga dikatakan telah membuat tembakan rambang dan membahayakan orang awam. Tiada apa yang berlaku, namun disebalik kisah tersebut tersembunyi sebab musabab kenapa Prebet Adam melakukannya. Ini kerana tekanan perasaan dan jiwa akibat “adiknya” yang dikatakan meninggal dunia gara-gara penangan “orang ternama”. Apakah kes terbaru ini juga sama seperti yang pernah berlaku itu. Segala persoalan masih bermain difikiran ramai orang terutamanya para penduduk dan orang awam yang berada di tempat kejadian tempoh hari.
(more…)


Strategi Anwar tersasar?

Posted under ARTIKEL by admin on Tuesday 7 October 2008 at 5:01 am

Banyak cakap-cakap politik termasuk di warung kopi mempertikai kegagalan usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September lalu.

Walaupun pelbagai alasan diberikan, namun ada yang melihat sejak peristiwa 16 September tidak menjadi kenyataan mereka tidak lagi mengimpikan kerajaan baru jika tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan pembentukan atas dasar lompt parti.

Ia bukan bermaksud tidak menerima usaha Anwar namun, rakyat lebih mahu jika sesuatu yang dirancang itu bukan setakat untuk dihebahkan tetapi menuju kejayaan yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Namun menilai semula titik bengit ‘16 September’yang kini menanti ‘16 Oktober’ ada yang melihat sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Malaysia ini, persoalannya samada Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) seorang yang layak menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya?

Pastinya di minda para penyokong Anwar, nama Ketua Umum KeADILan itu menjadi ratib untuk mengisi jawatan nombor satu negara kerana bagi mereka berdasarkan pengalaman Anwar benar layak mentadbir.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme