Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Calon Timbalan Presiden Umno Perlu Elak Daripada Menjadi Proksi

Posted under BERITA by admin on Monday 6 October 2008 at 7:22 am

BATU PAHAT, 5 Okt (Bernama) — Pemimpin-pemimpin yang berhasrat bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan perlu mengelak daripada menjadi proksi kepada mana-mana pihak, kata Ketua Penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, jika gejala pemimpin menjadi proksi itu berlaku pada pemilihan parti tahun depan, ia adalah sesuatu yang tidak baik kepada Umno.

“Mereka yang menawarkan diri (untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno) itu mesti mengelak daripada memiliki sifat-sifat proksi kerana ia adalah sesuatu yang tidak baik kepada Umno.”

“Bersifat proksi itu tidak baik kepada Umno dalam usaha untuk memastikan parti kita dipimpin oleh mereka yang mempunyai strategi dan idea-idea yang baru,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Puad yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat dan anggota Parlimen Batu Pahat melihat gandingan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kombinasi Presiden dan Timbalan Presiden Umno yang terbaik untuk parti serta negara.
(more…)


Tun Mahathir tidak percaya PM akan berundur

Posted under BERITA by admin on Monday 6 October 2008 at 12:51 am

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat untuk mengumumkan pengundurannya sebagai Presiden Umno.

Abdullah disebut-sebut akan mengumumkan pengundurannya itu sebelum mesyuarat bahagian-bahagian Umno 9 Oktober ini.

“Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalik. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

“Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,” mStar memetik Dr Mahathir sebagai berkata ketika ditemui pemberita di rumah terbukanya di Seri Kembangan hari ini.

Dr Mahathir juga mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti.
(more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme