Membongkar hukuman yang dikenakan terhadap Raja Petra
Oleh: cucumatkilau
Ramai pihak kini panik dan tertanya-tanya, apakah punca sebenar Pengendali laman web Malaysiatoday ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sedangkan kes yang beliau hadapai itu, jika dibawa ke mahmakah pun kerajaan belum tentu menang.
Tuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk tulisan pada “komen artikel” adalah amat tidak wajar sama sekali. Semua orang tahu bahawa “komen artikel” boleh ditulis oleh sesiapa pun dengan menggunakan nama samaran. Mungkinkah beliau diperangkap oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha menyelamatkan kepentingan politik peribadi masing-masing?. Inilah yang sedang dinilai oleh rakyat.
Jika sekadar bersandarkan kepada hina agama dan Nabi, lebih banyak kes yang sepatutnya ditahan ISA sebelum ini. Bukankah kita pernah digempar dengan individu yang mengaku tuhan, rasul, imam mahadi dan sebagainya. (more…)



























KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) – Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.