Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia




Malaysiakini: Bila Raja Bersuara….

Posted by admin on Friday 12 September 2008

Titah Tengku Mahkota Pahang kepada Umno

Dalam satu kenyataannya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahukan Umno melakukan usaha bagi mengukuhkan institusi Raja-Raja Melayu dalam meningkatkan peranannya selaku penaung dan pelindung orang Melayu dan agama Islam.

Baginda bertitah, “Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak.”

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ‘co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.”

Tentulah ada sebab mengapa Tengku Mahkota Pahang mengeluarkan titah-kenyataan sedemikian.

Apa yang dititahkannya itu memang benar kerana sepatutnya pemerintahan negara bersaling-wujud (co-exist) di antara badan eksekutif dengan insitusi raja.

Tetapi apa yang berlaku, malah sejak merdeka lagi, seolah-olah ada usaha Umno yang menguasai pemerintahan eksekutif meminggirkan kuasa mutlak raja-raja.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan monarki berperlembagaan (raja berperlembagaan).

Oleh itu parlimen yang mewakili kuasa eksekutif kerajaan tidak boleh terpisah dari peruntukan mengenai Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Maksud ungkapan ‘raja mengatasi undang’ dalam sebuah negara seperti ini tidak sahaja bermakna ‘raja tidak boleh didakwa di mahkamah’ tetapi bermakna perlantikan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen adalah dibuat atas kuasa Yang Di-Pertuan Agong (yang mewakili institusi Raja-Raja Melayu.)

Begitu juga dengan perlantikan hakim bagi menganggotai badan kehakiman yang mana merupakan satu lagi cabang atau institusi dalam sebuah negara demokrasi.

Justeru dalam doktrin pengasingan kuasa dalam konteks sebuah negara demokrasi berparlimen dan monarki berperlembagaan sepatutnya difahamkan seperti berikut: Raja, Legislatif, Eksekutif dan Judiciary dan bukannya tiga badan terkemudian sahaja.

Walaupun ada usaha pihak tertentu memesongkan pemahaman doktrin ini namun kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu, termasuk kuasa memecat Perdana Menteri, menggantungkan Parlimen, mengambil tanggungjawab sebagai Panglima Tertinggi Angkatan tentera secara mutlak tidak boleh dilihat sebagai simbol kosong yang tidak mempunyai apa-apa erti.

Malangnya dalam masa 50 tahun memerintah negara, Umno semakin dilihat sebagai menjalankan semua kuasa  Raja, Legislatif, Eksekutif dan Judiciari.

Titah kenyataan Tengku Abdullah itu sudah tentulah disambut baik oleh kebanyakan rakyat terumatanya orang Melayu dan Islam yang kian sedar usaha tidak langsung Umno meminggirkan Instutisi Raja. – mr _

-harakah-

Kedudukan Seri Paduka Baginda Dalam Senarai Keutamaan Persekutuan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bersemayam di atas Singgahsana pada hari pertabalan.

Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Susunan Keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang kedua puluh. Susunan Keutamaan ini telah digazet dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan Keutamaan ini menyenaraikan 70 kategori seperti berikut:

  1. Yang di-Pertuan Agong.
  2. Raja Permaisuri Agong.
  3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
  4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.
  5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan.
  6. Perdana Menteri.
  7. Timbalan Perdana Menteri.
    Kehormat – 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda)
  8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara, (S.M.N.)
  10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
    Kehormat – 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
  11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
  12. Yang Dipertua Negeri Dewan Negara.
  13. Yang Dipertua Dewan Rakyat.
  14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
  15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
  16. Ahli-ahli Jemaah Menteri.
  17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
    Kehormat – 17A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
  18. Peguam Negara.
  19. Panglima Angkatan Tentera.
  20. Ketua Polis Negara.
  21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
  22. Timbalan-Timbalan Menteri.
  23. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
  24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku-Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
  25. Presiden Mahkamah Rayuan.
  26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
  27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
  28. Ketua Pembangkang di Parlimen.
  29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan.
  30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
  31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
  32. Bekas Ketua Setiausaha Negara.
  33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus 1, 11 dan III.
  34. Bekas Peguarn Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera dan Bekas Ketua Polis Negara.
  35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
  36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
  37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
  38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
  39. Ketua Audit Negara.
  40. Gebenor Bank Negara.
  41. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
  43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  44. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
  45. Datuk Paduka Maharaja Lela.
  46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
  47. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
  48. Profesor-Profesor Diraja.
  49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
  50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
    Kehormat – 50A. Timbalan-Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri.
    Kehormat – 50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
  51. Ahli-ahli Dewan Negara.
  52. Ahli-ahli Dewan Rakyat.
  53. Pegawai-pegawai Gred Utama ‘A’ dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
  54. Panglima Tentera Darat.
  55. Panglima Tentera Laut.
  56. Panglima Tentera Udara.
  57. Timbalan Ketua Polis Negara.
  58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
  59. Naib-Naib Canselor Universiti.
    Kehormat – 59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Menteri Negeri di Sabah/Sarawak.
  60. Pegawai-pegawai Gred Utama ‘B’ dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
  61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama ‘B’ dan ke atas.
    Kehormat – 61A Penerima Anugerah ‘Fellow’ Negara.
  62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu
  63. Pegawai-pegawai Gred Utama’C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
    Kehormat – 63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
  64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.)
  65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
  66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.)
  67. Pegawai-pegawai Gred 1, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
  68. Setiausaha-Setiausaha Politik.
  69. Pegawai-pegawai Gred 11 dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
  70. Konsul-konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

Blog Widget by LinkWithin

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme