TUN MAHATHIR KECAM KERAJAAN
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam kerajaan kerana memungkiri janjinya selama ini untuk tidak menapis kandungan internet – dasar yang perkenalkan semasa pentadbirannya dahulu.
“Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini,” kata Dr Mahathir dalam blognya – Chedet blog.
Dr Mahathir yang memperkenalkan dasar tiada tapisan internet pada pertengahan tahun 1990-an, berkata tindakan kerajaan itu menunjukkan “tahap keangkuhan yang menindas menyerupai sebuah negara kuku besi”.
Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISPs) di negara ini supaya mengharam Malaysia Today.
“Saya tidak sentiasa bersetuju dengan Malaysia-Today.net dan (editor lamanweb itu) Raja Petra Kamaruddin. Beliau adakalanya agak tidak bertanggungjawab,” tambah Dr Mahathir. (more…)






























