Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



PARLIMEN: MP PAKATAN RAKYAT KELUAR DEWAN

Posted under UMUM by admin on Thursday 28 August 2008 at 11:03 pm

Untuk pertama kali selepas 10 tahun, Anwar kembali bersuara didalam Dewan Rakyat dan mengutuk tindakan pemerintah yang rakus untuk menggunakan kuasa dan mempergunakanya untuk tujuan politik.

“Rang undang-undang ini dibantah semua termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar berkaitan, tapi dipersutujui oleh orang politik yang rakus. Ternyata kerajaan dan kabinet hari ini takut benar dengan suara rakyat,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika bangun mencelah perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) petang ini.

Dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan, Menteri Dalam negeri Syed Hamid Albar dikritik hebat oleh <!–more–>ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana keengganan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji “kecacatan” dalam rang undang-undang DNA.

Menteri berkenaan berkeras bahawa jawatankuasa pilihan tidak perlu ditubuhkan untuk mengkaji rang undang-undang tersebut.

Sehinggakan, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali memberikan kata dua kepada Syed Hamid sama ada iya atau tidak.

Azmin Ali turut melahirkan rasa sedih kerana Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang juga berada di dewan hanya duduk berdiam diri dengan melihat tindak tanduk menterinya itu.

Selepas itu, Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuanku Jaffar mencelah bahawa beliau akan meneruskan prosiding untuk mendapatkan kelulusan bagi bacaan kedua rang undang-undang tersebut yang telah mengakibatkan Anwar dan semua ahli Parlimen Pakatan bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.


6 SEBAB ANWAR GAGAL DIJATUHKAN PRK P44

Posted under UMUM by admin on Thursday 28 August 2008 at 5:19 pm

mStar (ANALISIS): “Kita Menang, We Won”. Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kelmarin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan susulan melangkah ke Parlimen – premis yang beliau tinggalkan 10 tahun lalu. Majlis angkat sumpah dijadual berlangsung pagi tadi.

Sehingga September 1998 beliau berada di kerusi nombor dua barisan hadapan di bahagian blok kerajaan selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertentang mata dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng.

(more…)


ANWAR DI PARLIMEN

Posted under UMUM by admin on Thursday 28 August 2008 at 3:05 pm


ARTIKEL PILIHAN: BADUT-BADUT PILIHANRAYA

Posted under UMUM by admin on Thursday 28 August 2008 at 6:15 am

PRK PP : Lawak bodoh senario juak juak UMNO

(OLEH: notan from TRANUNGKITE)

“Assalamu alaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Selesai sudah PRK PP dengan keputusannya sudah diketahui.DSAI memang besar tetapi sepanjang tempoh kempen,kita dapat menyaksikan beberapa kelucuan pemimpin UMNO dalam usaha mereka menagih undi para pengundi. Berbekal dengan sumpah Saiful yang diadakan sehari sebelum hari penamaan calon,putera dan puteri kebayan UMNO mula menunjukkan aksi “ANJING” di hari penamaan calon. Melucukan kerana sebelum itu telah ditegaskan oleh si Saiful bahawa tuduhan liwat yang dilemparkan kepada DSAI adalah masalah peribadi mereka berdua. Jadi apakah jadahnya putera dan puteri kebayan UMNO ini melakonkan aksi liwat sang anjing di khalayak ramai. Bukankah aksi sebegitu adalah aksi yang bodoh dan melucukan? (more…)


AKHIRNYA..KEMBALINYA SEORANG PEJUANG!

Posted under UMUM by admin on Thursday 28 August 2008 at 5:27 am


No english title – video powered by Metacafe


Dato Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pagi esok (Khamis – 28 Ogos).

Demikian dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia ketika membaca pemasyhuran semasa memulakan sidang pagi ini.

“Saya telah menerima surat dari Suruhanjaya Pilihanraya 8.30 pagi ini memaklumkan keputusan pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, oleh yang demikian majlis angkat sumpah akan diadakan pada (more…)


DESTINASI PERTAMA ANWAR IBRAHIM

Posted under UMUM by admin on Thursday 28 August 2008 at 5:11 am

Syukur alhamdulillah Allah SWT telah memperkenankan doa-doa TGNA, TGHA dan TGHD serta seluruh rakyat Malaysia termasuklah doa-doa orang-orang yang dizalimi dan doa-doa orang-orang yang dianiayai. Semoga mereka ini semua diberi ganjaran pahala lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang kini hampir tiba.

Juga kita tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk-penduduk PP yang terutama sekali telah memberi kepercayaan kepada DSAI dalam kertas undian mereka. Kita bersyukur rakyat PP terbukti celik, prihatin, cerdik dan waras dalam memilih pemimpin masa hadapan untuk PP.

Terbukti sudah bahawa PP telah mencatitkan satu sejarah dalam pilihanraya kecil di mana (more…)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme