PERMATANG PAUH P44
Salam kepada semua pengunjung setia…
21 hb Ogos lalu penulis telah bertolak pulang dari Permatang Pauh ke Muar… Setelah semua perkara di sini penulis bereskan, hari ini 24hb Ogos penulis dan dua orang rakan akan bertolak semula ke Permatang Pauh untuk meninjau dan membantu sebagai petugas pilihanraya kecil ini.
Jadi mintak maaflah banyak-banyak pada pengunjung blog ini sekiranya penulis belum sempat update blog ni…Insya-Allah sebaik sampai P-044 saya akan update terus dari sana (Permatang Pauh)
Pada rakan-rakan yang jugak akan ke P-044 hari ni harap dapat jumpa disana…penulis akan berkampung di P-044 sampai hari PILIHANRAYA & dalam tempoh tu akan berpusat dibilik gerakan PKR- DUN.Permatang Pasir.
Kepada pengunjung yang mempunyai maklumat atau pandangan, bolehlah email kan artikel atau pandangan anda untuk dipamerkan didalam blog ini terus kepada
Terima Kasih




























Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.
