6000 DIKERAH ‘BURU’ ANWAR IBRAHIM
Begitu hebatnya Anwar Ibrahim, sehingga memaksa seramai 6,000 Polis dikerah ke Permatang Pauh bermula 22 hb Ogos 2008.
Tidak diketahui, operasi dan kerahan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub [ semasa menjadi Ketua polis Terengganu, ada yang menuduh beliau mengetuai satu operasi sulit menembak menggunakan peluru hidup terhadap dua [2] orang awam di TamanAwam batu Burok, Kuala Terengganu, iaitu Suwandi dan Azman ]
Ia terdiri daripada ;-
i]
UTK [ dimana , 2 orang ahlinya yang dikatakan terlibat meletupkan mayat Altantuya ekoran arahan daripada pihak tertentu , iaitu C/Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar ]
ii]
KOMANDO 69 [ iaitu unit yang sama menyerbu kereta dan konvoi kenderaan DSAI , di simpang masuk rumah beliau di Segambut , kira – kira jam 1.00 tengahari , iaitu , satu jam sebelum tamat tempoh amaran supaya melaporkan diri di Ibu Pejabat Kontingen Polis Kuala Lumpur , dan seterusnya menahanlokap beliau selama satu {1} malam ]
iii]
CAWANGAN KHAS
Untuk mengawal keselamatan di Permatang Pauh. Mengikut kata Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri.
Apa perlunya sebegini ramai anggota polis ditempatkan di Permatang Pauh ?
Mengapa unit – unit UTK, Komando dan Cawangan Khas yang dikerah ke Permatang Pauh ?
Mengapa tidak dihantar Polis biasa untuk mengawal keselamatan orang ramai atau Cawangan Trafik bagi mengurus perjalanan lalu lintas ?
Adakah kerajaan UMNO/BN hendak berperang dengan rakyat Permatang Pauh ?
Adakah rakyat Permatang Pauh dikatogerikan sebagai pengganas ?
Adakah unit – unit UTK, Komando dan Cawangan Khas yang dikerah , bagi tujuan menimbulkan kekacauan , keganasan dan huru hara di Permatang Pauh ?
Adakah kerajaan UMNO/BN benar – benar akan jatuh , bermula dengan kejatuhan di Permatang Pauh ?
Adakah kedudukan calon BN benar – benar tergugat di Permatang pauh ?
Apa Tindakan Kita ? Perhatikan ……..
i].
Adakah 6,000 orang polis ini berpakaian uniform atau preman [ pakaian biasa , awam ] ?
ii].
Sekiranya berpakaian uniform , ok tidak banyak yang perlu dirisaukan
iii].
Kalau berpakaian preman , maka Bahagian Perisikan dan Perang Saraf PKR & PR , mesti membuat tindakan susulan , bermula dari sekarang. Pemantauan lebih rapi, penempatan anggota , berkemungkinan dengn empat tujuan ;-
Pertama . Mungkin betul untuk menjaga ketenteraman awam. Kedua . Disamping motif yang dikhuatiri berselindung , iaitu sebagai pengundi hantu dan . Ketiga . Sebagai pelindung atau pengiring kepada pengundi hantu. Keempat . Menghalang pengundi , iaitu penyokong PKR dari keluar mengundi
Persediaan kita bagaimana ?
Tidak ada apa – apa yang kita ada , disamping strategi – strategi yang telah diatur.
Hanya dengan berbekalkan , semangat dan keazaman sahaja, untuk menjatuhkan kerajaan umno/bn, bagi memakmurkan bumi Allah
i]
Jangan sekali – kali menyediakan sebarang senjata , kapak , keris , pisau atau sebarang senjata tajam , sepanjang temoh kempen yang berbaki empat [4] hari lagi dan pada hari mengundi
ii]
Cuma , petugas – petugas sukarela , seramai mungkin dinasihatkan membawa alat – alat perakam video atau kamera digital , bagi merakam sebarang bentuk provokasi , keganasan , kekacauan dan huru hara yang akan dimulakan oleh UTK, Komando 69 dan Cawangan Khas ini.
Lokasi yang paling penting ialah di pintu – pintu masuk utama 26 pusat mengundi
Harus perlu bersiap sedia 24 jam , menjelang 72 jam terakhir [ 23, 24 & 25 hb ] , atau lebih baik bermula dari sekarang
Apa lagi yang boleh dan mampu kita lakukan ?
Kawalan keselamatan 24 jam seluruh Permatang Pauh, sudah semestinya perlu diperketatkan.Jangan juga tinggal doa, sembahyang hajat dan munajat, sebagai senjata terakhir bagi menghadapi musuh Allah ini.
Kita yakin dengan pertolongan Allah
Kita yakin dengan perancangan kita berserta dengan keizinan Allah , dapat mengalahkan semua perancangan jahat kerajaan umno/bn.
Cadangan
Anggota – anggota Polis UTK , Komando & SB ini akan ditempatkan di beberapa lokasi utama , mengikut tujuan – tujuan dihantar ke PP.
i]
Antara lokasi terpilih , ialah di kubu – kubu kuat PKR , bagi tujuan menghalang dan menakut – nakutkan pengundi daripada keluar mengundi
Sebagai langkah mengatasinya , sangat penting kepada petugas – petugas [ dengan bantuan petugas – petugas setempat ] , menjemput dan menghantar pengundi dari rumah ke tempat mengundi dan sebaliknya.
ii]
Bagi tujuan digunakan sebagai pengundi hantu atau melindungi pengundi hantu
Sebagai langkah susulan, petugas – petugas , dengan bantuan petugas - petugas setempat , perlu membuat kaedah “MARKING ONE TO ONE“ , memerhati , mengawasi , mengekori secara bersungguh – sungguh , setiap pengundi dan orang – orang yang keluar masuk pintu masuk utama tempat pembuangan undi
Kaedah ini dikatakan sangat berjaya dilaksanakan di Kelantan dan Kedah dalam PRU-12 lalu.
Nota Terakhir
Jaga keselamatan dan nyawa Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim , kerana ada khabar – khabar angin serta cakap – cakap [ JANGAN SEKALI – KALI MEMANDANG RINGAN ATAU TIDAK MEMPEDULIKAN MAKLUMAT INI ] , ada cubaan untuk membunuh beliau di Permatang Pauh ini. Jangan ketepikan kemungkinan ini , iaitu tujuan kelima iaitu menghapuskan Anwar Ibrahim , secara TOTAL
Kenyataannya , sehingga ke saat ini , Calon PKR ini sedang mendahului jauh di depan berbanding dengan BN.
Risikan yang terakhir menunjukkan , DSAI dijangkakan memperolehi majoriti melebihi 20,000 undi.
Sekiranya ini berlaku , Putrajaya sudah pasti tidak dapat diselamatkan lagi, ianya , InsyaAllah akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat , menjelang 16 hb September Ini, akan pasti berlaku ekoran dan penghijrahan bukan 30 atau 43 orang MP dari BN , malah secara besar – besaran , iaitu sudah berada pada kedudukan yang sangat selesa
Maklumat ini katanya , juga sudah diterima oleh Perisikan Tentera , Cawangan Khas , Perisikan UMNO , juga Polis.
(sumber: ulitmayang)




























