Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



PILIHAN PENGUNDI TETAP ANWAR IBRAHIM

Posted under BERITA by admin on Wednesday 20 August 2008 at 5:38 pm

PERMATANG PAUH, 20 Ogos (Hrkh) – Seluruh jentera PAS Pulau Pinang termasuk Pemuda dan Muslimat kini berkampung di Permatang Pauh bagi menjalankan kempen meraih undi memenagkan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sementara para pengundi di Permatang Pauh pula dikatakan telah membulatkan tekad akan mengundi Anwar bagi membawa perubahan termasuk kepada lanskap politik negara.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man semasa ditemui Harakahdaily sebentar tadi di Pejabat Adun Permatang Pasir dekat sini.

Beliau yang datang bagi memantau perjalanan gerak kerja kempen di Permatang Pasir berkata, sejak dari mula pengumuman Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, jentera PAS negeri itu telah dikerahkan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.

Sebaik sahaja penamaan calon, semua jentera PAS di Pulau Pinang menjalankan kerja-kerja siang dan malam meraih undi, berkempen, berceramah secara kecil-kecilan mahupun rumah ke rumah semata-mata bagi memastikan Anwar menang.

Menyentuh isu fitnah liwat yang dihadapkan media arus perdana dan jentera BN di sini terhadap Anwar, beliau berkata isu itu tidak memberi kesan kepada sokongan terhadap Anwar.

Malah pengundi di Permatang Pauh sebenarnya mempunyai ‘personal touch’ dengan Anwar yang pernah memimpin Parlimen Permatang Pauh sejak dalam Umno hingga tersingkir pada tahun 1998.

“Ini bukan soal parti yang lawan, tetapi di sini pengundi melihat ‘batang tubuh’ Anwar sebagai orang yang berjasa, malah peristiwa 1998 sebenarnya kurang memberi kesan kepada keyakinan pengundi kepada Anwar,” katanya.

Justeru beliau yakin dengan kerja-kerja kempen yang dilakukan dan dengan perkembangan sihat pengundi terhadap Anwar, Parlimen Permatang Pauh ini akan kekal kepada KeADILan.

Beliau turut memberitahu bahawa para pengundi kaum Cina langsung tidak memyakini kempen yang dijalankan BN kerana mereka telah melihat betapa BN tidak menjaga kepentingan rakyat.

Malah kata beliau, jika Umno tabur wang atau memberi ganjaran sekalipun, peralihan undi tidak akan berlaku, sebaliknya undi kepada Anwar akan terus meningkat.

“Kecuali kalau mereka guna taktik yang cukup kotor pada saat akhir, itu pun kita tidak yakin akan mengubah pendirian pegundi untuk mengundi Anwar.Di sini pengundi telah menetapkan pendirian akan mengundi Anwar untuk perubahan,” ujar Salleh lagi.



BERSAMA CHEGUBARD DI PERMATANG PAUH

Posted under UMUM by admin on Wednesday 20 August 2008 at 12:11 pm

(sumber: amkgelangpatah)

Pelik Tapi Benar – Cerita CheGuBard Di Permatang Pauh


Dua hari lepas jalan di Kubang Semang sesak teruk…. cheGuBard yang ada 3 tempat ceramah cuma sempat pergi dua tempat… satu lagi gagal sampai kerana jalan depan Pejabat Umno Bahagian Permatang Pauh tutup. Jalan tutup kerana sebuah kereta yang terlanggar sebuah kereta yang diletakkan sebelum pejabat parti itu dan kemudian cuba larikan diri sebelum panik dan melanggar 5 buah kenderaan lagi serta terlanggar seorang budak melayu bermotorsikal. Bebudak Umno di depan Pejabat Umno itu terus menyerbu kereta yang dipandu lelaki cina itu dan memecahkan tingkap kereta tersebut. Lelaki cina itu panik keluar dan cuba lari kemudian dipukul pula lagi. Mujur polis segera datang dan meleraikan keadaan. Lelaki cina itu ditangkap dan dibawa ke balai Polis. Jalan ditutup sementara bebudak Umno ditenangkan dan kereta – kereta yang rosak di bawa pergi.

Ini mungkin kerana kempen perkauman yang keterlaluan yang dibawa oleh Umno.

Tetapi pelik dalam TV3 tiba – tiba cerita lelaki cina itu ditangkap kerana curi kereta dan penyokong keADILan merusuh….. hahahahahaaaaa

Jentera Umno semalam mula bertindak ‘ganas’ ceramah cheGuBard di Kg. Kuala Mengkuang diganggu oleh bebudak bermotor Umno.Ketika menuju tempat ceramah,tiba di simpang masuk Kg. Kuala Mengkuang ada bilik Gerakan Umno, cheGuBard terpaksa perlahankan kenderaan kerana agak ramai. Rupanya Ezam sedang berceramah, nada dan amarahnya sama bunyi seperti dalam keADILan. sempat berhenti sebentar…isunya kosong cuma serangan peribadi ke atas Anwar, cuma yang menarik ialah Ezam dan Lokman Adam satu pentas…. kira – kira 100 orang mendengar ceramah.

Saya berceramah kira – kira 1/2 km dari tapak ceramah Bn. Ketika saya memulakan ceramah sekumpulan pemuda bermotorsikal beramai – ramai datang membuat bising. Kira – kira 5 minit selepas itu Toyota Alpard Putih yang dinaiki Ezam lalu perlahan dengan di iringi Kereta Polis dan sekumpulan lagi pemuda bermotorsikal. Pelik Ezam di iring Polis ….menterikah dia ? tak akan pendekar kebanggaan Omar Din Lincah takut hingga di iring polis..?

Namun bagus juga di buat macam itu…orang kampung marah !! Dua orang penduduk tempatan datang selepas ceramah sebelum cheGuBard naik kereta…. mereka perkenal diri sebagai ahli dan pengundi Umno sebelum ini…. mereka juga benci dengan taktik ganas perguna bayar bebudak Melayu buat kacau.
Kata mereka ialah mereka kecewa kerana taktik bayar budak – budak buat kacau ini hanya di buat dalam kawasan Melayu…kenapa tidak dikawasan bukan Melayu…kerana orang bukan Melayu pandai tak macam Melayu yang dibodohkan Umno. denngan bayaran harian…

Taktik Umno bahaya… bakar api perkauman dan mungkinkah peristiwa Umno bunuh penyokong PAS 1986 berulang..?

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme