Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



ANWAR BERSUMPAH DEPAN PARLIMEN

Posted under BERITA by admin on Tuesday 19 August 2008 at 5:10 pm


Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan yang beliau akan bersumpah. Walaubagaimana pun, sumpah tersebut akan diadakan di Bangunan Parlimen pada 27 hb Ogos 2008 , hari Rabu , di hadapan Speaker Dewan Rakyat , Tan Sri Pendekar Amin Mulia , sebagai Ahli Parlimen P-44 Permatang Pauh , insyaAllah yang bakal dimenanginya , dalam pillihanraya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 26 hb Ogos 2008 , hari Selasa nanti.

Sumpah Agung ini , merupakan satu permulaan dan langkah pertama serta langkah keramat , sumpah keramat ini bukan saja bagi menawan Parlimen , bahkan juga satu misi bagi mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya!


GAMBAR-GAMBAR YANG TAK LEPAS KAT TV

Posted under UMUM by admin on Tuesday 19 August 2008 at 3:36 pm






Gambar-gambar ini pastinya tiada ruang untuk disiarkan di kaca tv1,tv2,tv3,ntv7,8tv,tv9 serta lain-lain media cetak milik parti pemerintah.Imej dari rakan2 bloggers yang ternyata lebih telus daripada media arus perdana.

Jika imej yang dipaparkan ini adalah dari parti pembangkang nescaya ia akan dipaparkan berkali-kali dan diulas berkali-kali. Sedarlah wahai media pemutar-belit, rakyat sudah muak dengan cerita-cerita begitu. Tidakkah tuan-tuan pemilik media ini sedar gelombang kebangkitan rakyat pada PRU 12 baru-baru ini adalah disebabkan oleh rasa loya nak termuntah dengan cerita-cerita begini? Janganlah memporak-perandakan pemikiran rakyat seolah-olah mereka berada di bawah tempurung kelapa. Rakyat kini sudah tahu mana yang benar dan salah. Ubahlah sikap sebelum 16 September 2008 menjelma. Anda sudah kesuntukan masa. Harapan rakyat amat jelas.Gelombang tsunami kedua akan berlaku pada 26 Ogos ini di Permatang Pauh.


GEMPAR: PUTERI UMNO MEMANG DI CABUL!

Posted under UMUM by admin on Tuesday 19 August 2008 at 3:17 pm
PRU 12: TAPI BUKAN DENGAN PKR! RUPANYA DENGAN CALON BN SENDIRI!

Oleh Mawar Berduri (post asal)

Saya sebagai ahli puteri di Bakri merasa begitu tertekan sekarang atas apa yang berlaku kepada salah seoarang ahli kami semasa sedang berkempen untuk Kamaruddin Suratman Calon BN Dun Sg Abong, Parlimen Bakri Johor.

Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Itulah yang berlaku kepada ahli puteri yang bernama Saadah kerana telah di CABUL kehormatan oleh orang kuat calon sendiri yang bernama Abas di dalam kereta semasa dalam perjalanan untuk berkempen dari rumahnya di Kg Kelantan Muar ke Tmn Perdana Muar.

Kami mengharapkan supaya dalam suasana kempen Pillihanraya, Calon dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya, malah dia pun “sama-sama naik” dan menyerahkan kepada anak buahnya untuk menyelesaikan masalah ini, sedangkan kami berhempas pulas berkempen untuknya.

(tekan cntrl + untuk besarkan tulisan)

Ingatkan Kak Anum sebagai ketua Puteri UMNO Bahagian Bakri dapatlah mempertahankan anak buahnya, malangnya Saadah telah diberi amaran supaya tidak menghebahkan ataupun membuat laporan polis. TIdak cukup setakat itu Saadah telah dituduh yang bukan-bukan seolah-olahnya dialah yang menggoda Abas pula.

Saadah juga telah dipecat dari Puteri UMNO dan namanya telah dibuang dari keahlian Puteri. Saya tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku selepas ini. Siapakah lagi yang dapat membela nasib kami sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kami hanya semata-mata mahu menyelamatkan maruah seseoarng individu.

Kami ingin menekankan disini bahawa ahli Puteri masih lagi mempunyai maruah dan harga diri, bukannya menjadi alat pemuas nafsu.

Saya harapkan ahli Puteri di luar sana terutamanya di Johor agar berani memperjuangkan dan mempertahankan hak dan maruah kita. Diharapkan kepada Kak Noraini yang berada di Parlimen Parit Sulong dapatlah menjengok kat kami di sini.

Bersama ini disertakan laporan polis yang telah dibuat oleh Saadah. Saya tuliskan semula laporan yang telah dibuat Saadah untuk kita semua mudah membacanya kerana susahnya laporan ini hendak dikeluar.

Mawar Berduri
Ahli Puteri Bakri

Laporan Polis yang di taip semula :-

“Pada 27/2/2008 jam l/kurang 9 malam saya telah menaiki m/kar yang menjemput saya dirumah alamat di atas untuk pergi ke bilik gerakan umno di tmn perdana muar. Dalam kereta tersebut saya bersama 2 lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke tmn perdana Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya. Saya berkata kepada Abas sekiranya masih meraba saya mahu terjun dari kereta. Kemudian saya telah mengadu perkara tersebut pada Abang Dolah iaitu pemuda umno tetapi Abang Dolah beritahu supaya tidak membesarkan isu ini dan tidak menghiraukan aduan saya. Saya juga dapat tahu nama sudah tiada dalam senarai puteri umno. Ketua Puteri umno bahagian nama Anum juga ada memberi amaran supaya saya tidak beritahu perkara tersebut pada orang dan membuat laporan polis serta menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tidak berpuashati dengan tindakan Abas yang mencabul saya. Inilah laporan saya.”

Attached Images
File Type: jpg laporancabul1.jpg

EZAM MERACAU DI PERMATANG PAUH

Posted under UMUM by admin on Tuesday 19 August 2008 at 7:28 am

(dari blog pemimpin: Pn. Zuraida Kamaruddin)

Setelah kecewa akibat tidak dipilih untuk menjadi calon UMNO di Permatang Pauh bagi melawan Dato Sri Anwar Ibrahim, kini Ezam rela menjadi kuda tunggangan parti perkauman terbesar Malaysia itu. Sedar bahawa dia masih lagi diragui UMNO, kini Ezam berhempas pulas cuba melakukan pelbagai cara bagi meyakinkan pimpinan UMNO bahawa sememangnya dia ialah hero Melayu nombor wahid yang dahulu pernah tersilap langkah mengikut jejak Anwar Ibrahim kononnya.

Ezam sudah berada di Permatang Pauh bagi membantu kem BN menyebarkan propaganda mereka disamping menjadi peluru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Hanya tak sampai tiga bulan menyertai UMNO, Ezam terus mengubah wataknya. Siapapun yang pernah mengenali beliau, tahu kepetahannya berceramah menghentam UMNO dan juga Pak Lah sendiri satu ketika dahulu. Malah Ezamlah orangnya yang membuat laporan. Berbakul-bakul sumpah seranah dan juga hamburan kata-kata kesatnya kepada kepimpinan UMNO dan Pak Lah sendiri telah dirakamkan. Anda boleh ke laman Youtube bagi mengesahkan kenyataan saya ini. Itu belum lagi termasuk segala macam sumpah yang dilafazkannya termasuklah sumpah keramat dan lain-lain lagi.

Lebih malang lagi Sabtu lepas, apabila berceramah di Permatang Pauh, Ezam telah menelanjangkan dirinya di khalayak umum apabila mencabar Anwar Ibrahim mendedahkan 6 kotak rahsia yang mengandungi bukti rasuah pimpinan tinggi kerajaan. Tak tahulah sama ada Ezam tersasul dan lupa bahawa dia sekarang bersama UMNO! Sejak sekian lama Ezam dikenali sebagai manusia yang beria-ia menyatakan bahawa dia ada menyimpan 6 kotak rahsia besar tersebut dan anehnya pada Sabtu lepas dia mendakwan kotak rahsia itu ada dengan Anwar Ibrahim pula!? Ajaib sungguh. Dalam ceramah yang dihadir 250 orang itu juga (menurut laporan sumber media) Ezam menyerang peribadi Anwar Ibrahim dengan menuduhnya pernah menganugerahkan kontrak secara runding terus sebanyak RM 1billion kepada syarikat kroni.

Mengulas kedua-dua tuduhan tersebut, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata “Selama 10 tahun dia mengaku menyimpannya (dokumen tersebut),sekarang semasa pilihanraya ini dia mendakwa sudah menyerahkan kepada saya. Adakah anda mengambil serius kenyataannya? Mungkin minggu lepas dia ubah fikirannya”..

Tambah Anwar lagi Ezam perlulah membuat laporan rasmi akan tuduhan mengenai penganugerahan kontrak RM 1 billion seperti yang didakwanya dan kemukakan sekali nama-nama syarikat yang berkenaan.

“Dia sekarang terdesak untuk mendapatkan perhatian pemimpin UMNO,jadi saya tak akan layan dia”. Tambah Anwar lagi. Sebelum ini , Anwar telah banyak kali menyatakan dalam ceramahnya bahawa jika terdapat sebarang bukti bahawa dia ada mengambil hatta 1 inci tanah atau wang rasuah semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan dahulu maka sudah tentu BN menggunakan fakta itu sejak 1999 lagi. Nyata ini ialah satu lagi tuduhan tidak berasas yang dimainkan BN. Adakah beliau berani mendedahkan rasuah kerajaan BN sekiranya memang beliau juga terpalit dengan rasuah?  Sikap acuh tak acuh Anwar Ibrahim (tak layan) dijangka akan memanaskan lagi hati Ezam dan makin terserlahlah misinya ke Permatang Pauh iaitu untuk meracau dan menambahkan majoriti kepada Anwar sendiri.Semua sumpahnya juga kini sedikit demi sedikit akan memakan diri.

Hak Ezam untuk menyokong Umno adalah miliknya yang mutlak. Dia boleh memilih parti mana sekalipun yang disukainya hatta menubuhkan parti baru. Tetapi alasan dangkalnya menyertai UMNO amat menggelikan hati ramai pihak. Dahulu Ezam berkata tak mungkin dia memasuki UMNO dan diterima kerana sudah banyak laporannya terhadap UMNO dan rasuah keluarga Abdullah Badawi tapi kini dia sertai juga UMNO dengan alasan Pak Lah hero menentang rasuah! Wah Ezam mungkin mengalami penyakit mudah lupa. Memorinya mungkin tidak berkapasiti besar akibat di brain-wash oleh SB di Kem Kamunting dulu. Tindakan Ezam ini sebenarnya sudah terbukti silap dan Mungkin dia lupa bagaimana bekas-bekas ahli keADILan yang menyeberang kedalam UMNO pernah digunakan kononnya sebagai senjata untuk menumpaskan keADILan, tetapi sebaliknya berlaku. Lihat sahaja apabila Ruslan Kassim dihantar ke Teluk Kemang bagi menjaja kononnya keburukan keADILan dan Dato’ Kamarul Baharin (kini MP Teluk Kemang). Hamdan Taha & Zahid Mat Arip juga dihantar ke Lembah Pantai untuk memburukkan Anwar namun langsung tak berkesan. Ramai lagi bekas keADILan yang tak sabar dan bergayut semula pada dahan rapuh UMNO,tapi tak seorang pun yang kemana-mana.Macam itulah juga. Apa pun yang berlaku, tulisan ini hanyalah sekadar selingan berkongsi buah fikiran. KeADILan tidak sesekali mengambil pendekatan serangan peribadi ke atas UMNO/BN walaupun lautan isu dan rekod yang sedia ada untuk kami jaja ke seluruh pelusuk Permatang Pauh. Namun yang menjadi bahan kempen ketika ini ialah tawaran kami kepada rakyat Malaysia secara umumnya dengan pengundi di Permatang Pauh sebagai pencetus dan penyambung gelombang perubahan ini.


SUDAH LAA…JANGAN BOHONG RAKYAT!

Posted under UMUM by admin on Tuesday 19 August 2008 at 7:10 am

BERITA-BERITA dalam suratkhabar dan televisyen sebenarnya berbohong! Memang Bohong! Ternyata Bohong!



Mereka dengan sewenang-wenangnya mengatakan PKR telah mengupah Mat Rempit untuk membuat provokasi dan mencemarkan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh ini… Ini ternyata bohong! Penulis sendiri berada di Permatang Pauh dan dapat melihat dengan mata kepala sendiri bahawa MAT REMPIT UMNO lah yang membuat kacau semasa ceramah-ceramah PKR sedang berlangsung! Mereka nilah sebenarnya PENCACAI MUDA PENGANGKAT NAJIS! NO STANDARD! NO MANNERS! STUPID!

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme