Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



APA LAGI NI?

Posted under UMUM by admin on Monday 18 August 2008 at 4:53 pm

Semalam aku ronda seluruh P44 Permatang Pauh. Mula-mula aku stop aku Seberang Jaya. Bendera masih belum banyak dan poster calon pun belum sampai lagi. Kat Seberang Jaya, pondok panas BN memang banyak berbanding pondok panas PKR, tapi pasai apa kosong tak ada orang? Aku jumpa sorang member Umno Permatang Nibong kat situ dan cuba la korek sikit-sikit info. Dia ni pun takut nak cakap. “Kita jumpa kat Permatang Nibong sat lagi, ada cerita hot!”

Aku pun pi kat Jalan Sembilang. Depan Bilik Gerakan PKR, selonggok buluh untuk buat tiang bendera terlonggok kat tepi jalan dan ada sorang reporter tengah ambil gambar. Ambil gambar buluh nak buat apa? Aku pun ikut gila macam dia, snap satu shot. Bila aku sembang dengan dengan member-member PKR, baru aku perasan. BN la ni sedang cuba untuk menggunakan isu keganasan dalam pilihanraya ini. Dan aku tak tolak kemungkinan, buluh yang nak buat tiang bendera ni pun akan diputarbelit, kononnya nak buat senjata. Jadi sebelum depa putarbelit cerita ni, baik aku siarkan dulu.

Orang-orang PKR kena standby dengan isu-isu keganasan ni. BN akan all-out dengan isu keganasan, untuk menakutkan pengundi dari keluar mengundi.

BN tau depa akan kalah kalau pilihanraya diadakan secara adil dan bersih, jadi depa akan gunakan apa saja untuk menghalang pengundi dari keluar mengundi. Hari mengundi dibuat pada hari bekerja. Kebanyakan pengundi Permatang Pauh bekerja di Prai ataupun Pulau Pinang. Siapa yang kerja shift pagi, dah tentu sukar untuk mengundi. Tang sini pun pun, sekitar 5,000 pengundi mungkin tidak dapat keluar mengundi.

Kemudian disogok pulak dengan cerita-cerita tentang keganasan, saja nak bagi takut pengundi untuk keluar mengundi. Punya la haprak.

Dari Jalan Sembilang, aku pi kat Kg. Pertama. Bilik gerakan Kg. Pertama ni terletak kat Jalan Permatang Nibong dan kat situ la aku jumpa member Umno kat Seberang Jaya tadi. Dia bagi tau, orang-orang Jalil merajuk dan sudah jumpa dengan orang PKR, depa akan sokong Anwar. Jalil mesti frust bila tak terpilih, dan peluang untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagian akan musnah, kalau Arif Shah menang dalam pilihanraya ni. Mahu tak mahu, Arif Shah mesti ditewaskan oleh orang Umno sendiri. Dan orang-orang Jalil akan memastikan undi depa pi kat Anwar.

Keputusan memberikan undi kepada Anwar ni dibuat selepas pengumuman Najib tempoh hari. Selepas saja pengumuman calon, Jalil dan orang-orangnya berkumpul dipejabat Jalil di NB Plaza, depan Pacific Megamall sampai 3 pagi.

(Walaubagaimanapun, keputusan ini telah diketahui oleh Najib, dan semalam….Najib menawarkan satu juta ringgit kepada Jalil. Baca Cucumatkilau)

(perakexpress)


ORANG KAMPUNG HALAU NAJIB DI PERMATANG PAUH

Posted under BERITA by admin on Monday 18 August 2008 at 4:34 pm
Aduh…malunya orang kampung halau…Ingat PR saja tak suka kat kami…Orang kampung pun meluat…Malu…Malu…Malu…makkkkkkk……abahhhhhhh….abang jeb…..
Ish…dah la tadi tak sempat nk lunch…kena jaga jeb pula
Abang jeb nih…dh orang tak suka..gatal2 datang…

Lawatan Dato’Seri Najib Razak menjadi kecoh apabila orang kampong keluar untuk menunjuk perasaan.Beliau yang dalam perjalanan pulang dari Seberang Jaya dan singgah untuk melawat bilik puteri UMNO di kampong tersebut telah disambut dengan tunjuk perasaan memprotes kehadiran beliau .Penduduk kampong mula berkumpul apabila kelihatan para pergerakan putera UMNO berkumpul beramai-ramai.

Mereka memprotes kerana mendakwa bahawa puteri UMNO telah membina khemah di atas tanah yang statusnya dimiliki oleh seorang warga Singapura dan tanah itu juga telah berpindah milik dari beberapa orang pemimpin UMNO sebelum ini sehingga terlepas ketangan orang asing.malah tidak ada seorang pun puteri UMNO berasal dari kampong tersebut begitu juga putera UMNO yang hadir. Mereka adalah dari luar kampong tersebut.Perasaan inilah yang menyebabkan orang kampong menjadi marah kerana menurut pendudk kampong Kubang Semang,tidak ada sedikit pun anak tempatan di bilik gerakan puteri UMNO tersebut.

Kes berat nih di pmtg pauh untuk kalahkan anwar…takkan nk suruh si sesumpah pulak bersumpah dia kena liwat?hehehe
Cabooottttt…………..mungkin nk pekena nasi kandar plak…hehehe
Lepas salam…nk kena blah ni….hehehe
Alahai Jeb
Kami Mahu UMNO keluar dari kampung kami

Dato Seri Najib yang singgah selama 15 minit tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan bergegas lalu dari situ secara tergesa-gesa dan penduduk kampong mengejek beliau.Tunjuk perasaan selama hampir 30 minit sebelum dan selepas kehadiran Dato Najib itu berakhir apabila beliau beredar dari situ.Sebelum itu,orang kampong yang tahu akan kehadiran Najib mula berkumpul beramai-ramai sekitar jam 4.00 petang kerana melihat kelibat putera UMNO.

Beberapa kain rentang ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang berkumpul.Keadaan menjadi bertambah kecoh dengan masing-masing berkumpul.Hampir separuh anak-anak muda dan orang-orang kampong tersebut keluar untuk melihat kejadian tersebut kerana merasakan kehadiran bilik gerakan tersebut tidak harus ada dikampung mereka.malah ada yang menjerit “keluar dari kampong kami”,”jangan ceroboh kampong kami”.Kesesakkan jalanraya berlaku hampir 10 kilometer kerana masing-masing ingin melihat dan memperlahankan kenderaan dan kehadiran unit FRU.

(PERISIKRAKYAT)


JIKA ANWAR PERDANA MENTERI MALAYSIA…

Posted under UMUM by admin on Monday 18 August 2008 at 4:17 pm

Jika Anwar Perdana Menteri..
Madet tentu terkancing gigi..
Nak makan tak selera lagi.
Kubur kata mari, mari..mari..

Jika Anwar Perdana Menteri..
Najib dan Dolah sure cabut lari..
Bawa duit berguni-guni..
Sampai ke mampuih duit tak habih lagi..

Kalau Anwar Perdana Menteri..
Musa Hasan dan Patail pucat lesi..
Terlalu takut akan gerigi besi…
Tentu lama jadi penghuni..

Kalau Anwar Perdana Menteri..
Menteri UMNO bodeknya mesti..
dari UMNO mereka lari..
Ke Keadilan pula parti pilihan hati..

Kalau Anwar Perdana Menteri..
Rakyat tentu suka hati..
Minyak dah jadi murah sekali..
Rezeki tentu bertambah lagi..

Jika Anwar ke Putrajaya..
Itu tandanya rakyat dah berjaya..
Membuang segala sial dan puaka..
Yang dulu maharaja lela..

Jika Anwar ke Putrajaya..
Ekonomi Malaysia naik semula..
Pasaran saham melambung pula..
Pelaburan datang dengan segera..

Di Permatang Pauh Anwar tandingi..
Akibat dari kasihnya isteri..
Bagi suami tempat selamat sekali..
Sampaikan UMNO tak tau calon nak dicari..

Kata pula Khairi menantu Badwi..
Kenapa bertanding kerusi isteri..
Hamid Albar yang bini orang dia bawak lari..
Katanya Anwar hanya berani ditempat sendiri..

Aku nak tanya si Albar dan Khairi..
Pasai apa hangpa pun bertanding ditempat sendiri..
Kalau jantan silalah ke Nilam Puri..
Tentu kalah dengan deposit sekali..

Itukan semua strategi..
Kalau bertanding tentu menang yang dicari..
Siapakah yang bertanding untuk dikalahi..
Kalau ada Tanjung Rambutan dia bakal menghuni..

Kalau Anwar menang kali ini..
UMNO tentunya menggigit jari..
Idea apalah pulak nak dicari..
Nak buat aniaya sekali lagi..

Marilah kita sesama doakan..
Agar Anwar diberi kemenangan..
Malaysia tentulah menjadi sanjungan..
Itulah harapan itulah impian..

Hidup Anwar hidup Malaysia…


HARI KE-2 di P44: HENTIKAN PEMBOHONGAN!

Posted under UMUM by admin on Monday 18 August 2008 at 3:15 pm

PERMATANG PAUH 18 Ogos 2008- Sengaja penulis menghadiri satu ceramah pilihanraya UMNO yang berlangsung di Permatang Tengah walaupun baru lepas kami menghadiri siri ceramah DSAI di Kg Belah Dua.

Dalam ceramah UMNO  tersebut, seorang  ustaz dengan suara yang cukup lantang telah menuduh dan mengutuk DSAI tanpa sedikit pun perasaan bersalah, seolah-olah dia seorang hakim yang telah menjatuhkan hukuman kepada DSAI. Isu liwat yang diputarbelitkan menjadi agenda utama untuk memancing undi penduduk Permatang Pauh yang masih dalam kebingungan. Inilah taktik kotor yang merupakan senjata terakhir BN setelah banyak isu yang tidak mendapat tempat di hati penduduk di sini.

Semasa ceramah itu berlangsung, kedengaran bunyi bising dari ekzos Mat-Mat Rempit UMNO yang dengan bangganya membawa bendera dacing empat tail.. namun dikatakan oleh ustaz UMNO itu bahawa merekalah (mat rempit) yang bakal menjadi pelapis negara satu masa nanti. Adakah negara kita akan ditadbir oleh Mat Rempit? Terlalu banyak pembohongan disampaikan tak kira dari media mahupun dari penceramah-penceramah BN.

Berita Terkini TV3 jam 1.30 tengahari mengatakan bahawa bekalan elektrik telah terputus semasa ceramah DSAI di Kg. Belah Dua dan mengatakan bahawa PR tak cukup bajet pilihanraya. Ini sebenarnya satu propaganda BN untuk menggambarkan bahawa PR  lemah dari segala segi. MAKLUMAT INI ADALAH TIDAK BENAR! Sebenarnya tiada bekalan elektrik yang terputus! Penulis berada disitu sehingga selesai DSAI memberi ceramahnya. INI PEMBOHONGAN!

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMASTIKAN DS ANWAR IBRAHIM MENDAPAT KEMENANGAN YANG BESAR DALAM PILIHANRAYA INI! ALLAHU AKBAR!!


SUKMA PERNAH SUMPAH BOHONG

Posted under UMUM by admin on Monday 18 August 2008 at 2:31 pm

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Hrkh) – Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan terdapat pelbagai percanggahan yang berlaku termasuk mempermainkan agama dalam kes yang melibatkan pertuduhan terhadap dirinya.

” Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik Umno dan mempermainkan al-Quran dan agama?

“Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?” katanya yang dilihat mempersoalkan sumpah Saiful Bukahri Azlan baru-baru ini.

Kata Anwar dalam blognya perkara ini telah dirujuk ke Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam.

“Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak sama sekali kemungkinan ia berlaku. Dalam masa sama, Saiful masih dalam kawalan polis!” katnya

Percanggahan kes ini cukup banyak kata Anwar dan mempersoalkan sama ada isu terbabit melibatkan perbuatan rela atau dipaksa malah pihak polis masih tidak menjawab penglibatan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Rosmah Mansor.

“Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik umno dan pilihan raya kecil.

“Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya,” katanya.


BAKAL DALAM DIARI PERMATANG PAUH

Posted under UMUM by admin on Monday 18 August 2008 at 2:23 pm

Berita yang bakal anda dengar…atau sudah dengar dah……atau mustahil untuk dengar……..spekulasi……

  1. Puteri UMNO diraba bontot – dah ada dah..
  2. Orang PR pukul wartawan – pun dah ada.
  3. mak cik kena pukul oleh org PR sbb pakai topi BN – tungguuuuuu…
  4. Org komplen DSAI jarang balik Permatang Pauh – dah ada sket2…..
  5. Mat Rempit UMNO pukul org PR, tp org PR dituduh kaki pukul…-baru jap tadi kat tv3..
  6. Rumah Pek Mo kena baling cat kalis conteng….
  7. sorg lagi mengaku diliwat dan bersumpah pakai muqaddam tafsir lak…
  8. yang sebenar, penyokong BN = 300 org, Penyokong PR = 100,000 org..tp keluar TV3, BN = 30,000, manakala PR = 1,000 (nyaris2 bahagi 2 lagi tu)
  9. Si Epol tunjuk muka minta simpati kat Permatang Pauh sambil bapak dia pakai songkok yg tinggi nak mampus tapi kepala botak.
  10. Ezam mintak maaf kat DSAI sbb strategi tak jadi…
  11. Pek Mo tak nak jadi no 1 sebab tak ada ‘ong’.
  12. Pak Lah release tension naik kapal layar baru ke Australia, pekena nasi beriyani…lepas tahu DSAI menang.
  13. Tok Jib offer diri jadi TPM DSAI.
  14. Uncle Pet buat Reunion Teacher’s Pet….Warisan Wanita Terakhir.
  15. Abg Sham hunus 2 bilah keris lagi kat UiTM macam P Ramlee pegang sepsang sai (ke apentahlah) dlm 6 Jahanam …mentang2 logo UiTM ada lambang keris.
  16. Rakyat PP (Permatang Pauh) inginkan perubahan. Perubahan Ahli Parlimen ke, atau perubahan pimpinan negara? You choose..
  17. maki hamun pengganti berbalas pantun – dah ada bunga2 dah…
  18. bapak perasuah politik wang nasihatkan pemimpin lain jangan main politik wang, kotorrrrrrrrr.!!!!
  19. Si Epol nk bersumpah kat tempat ibadat mana pula selepas ini? Jeng jeng jeng…..tunggguuuuu!!!
  20. Tok Jib cakap melayu berjaya sebab UMNO, tapi kalau gagal, siapa punya angkara ye?
  21. kereta pelindung ketua2 samseng Malaysia nyaris terbalik digoncang sambil ditampal stiker PKR – saya ingatkan BPR datang nak tangkap saya…hihiihihihihihih..

Nasi tambah pls…….

(SUMBER: pemudabersih)


APA SEBENARNYA BERLAKU?

Posted under UMUM by admin on Monday 18 August 2008 at 1:49 pm

SALAM PERJUANGAN dari Permatang Pauh!!
Semasa penamaan calon bagi PilihanRaya Kecil Parlimen Permatang Pauh..  inilah yang sebenarnya terjadi….. Akhbar2 dan berita2 yg menjadi “balaci” kepada kerajaan BN.. menyebarkan berita mengarut dan penuh dgn penipuan serta berat sebelah.. -anakraja~
Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh dikesali

PERMATANG PAUH, 17 Ogos ( Smbr Hrkh) – Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka.

Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.

Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.

Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

“Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya.

“Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku,” ujar beliau ketika ditemui di muktamar hari ini.

Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat.

“Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka,” katanya lagi.

Malah kata beliau pernah berlaku d zaman Rasullullah saw, baginda mengadakan acara bergusti dengan ahli gusti Arab, Abu Dardar di mana katanya dia tidak akan menerima Islam kecuali baginda dapat mengalahkannya.

Akhirnya Nabi Muhammad saw menyahut cabaran tersebut dan baginda menang sehingga Abu Dardar memeluk Islam.

“Ini menggambarkan Islam boleh berada di mana-mana keadaan. Begitu juga di Permatang Pauh. Oleh itu kita tetap memberi sokongan padu kepada Anwar.

“Semoga kemenangan Anwar akan membuat perubahan yang jelas di Dewan Rakyat nanti,” ujarnya.

Biar apa halangan pun kata beliau PAS tetap menyokong Anwar di Permatang Pauh. – HarakahDaily.net

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme