Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



PERLAKUAN LUCAH PUTERI UMNO

Posted under UMUM by admin on Sunday 17 August 2008 at 2:45 pm

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) – Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka. Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi. Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.

Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah. “Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya. “Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku,” ujar beliau ketika ditemui di muktamar hari ini.

Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat. “Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka,” katanya lagi. Malah kata beliau pernah berlaku d zaman Rasullullah saw, baginda mengadakan acara bergusti dengan ahli gusti Arab, Abu Dardar di mana katanya dia tidak akan menerima Islam kecuali baginda dapat mengalahkannya. Akhirnya Nabi Muhammad saw menyahut cabaran tersebut dan baginda menang sehingga Abu Dardar memeluk Islam. “Ini menggambarkan Islam boleh berada di mana-mana keadaan. Begitu juga di Permatang Pauh. Oleh itu kita tetap memberi sokongan padu kepada Anwar. “Semoga kemenangan Anwar akan membuat perubahan yang jelas di Dewan Rakyat nanti,” ujarnya. Biar apa halangan pun kata beliau PAS tetap menyokong Anwar di Permatang Pauh. – mj

INI PULAK TAK LUCAH KE? BAGUS PELAPIS BN NI….rupanya ini yang diajar kepada penyokong BN ataupun sememangnya pemimpin-pemimpin BN ni yang KAKI LIWAT!

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub berkata..

”Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan semua pihak supaya memelihara adab sopan ketika berkempen kerana mereka yang melakukan perbuatan memaki hamun, menunjukkan isyarat lucah atau berkelakuan lucah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Di bawah seksyen tersebut, ujar beliau, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. – Dah tangkap ke?


PERTANDINGAN TIGA PENJURU

Posted under UMUM by admin on Sunday 17 August 2008 at 2:24 pm

Arif Shah Omar Shah (menunjukkan tanda bagus) bersama Hanafi Mamat (tengah) dan Anwar Ibrahim selepas selesai proses penamaan calon di Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

BN yang diwakili calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, akan menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61 dan Presiden AKIM, Hanafi Mamat, 51.

Pada awalnya, pilihan raya kecil itu seakan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman turut menyerahkan borang pencalonan atas tiket Bebas.

Bagaimanapun Dr. Mansor secara mengejut menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman calon dibuat menyebabkannya kehilangan wang deposit RM10,000. Ini kerana tindakannya itu dilakukan selepas pukul 10 pagi, tempoh penyerahan borang pencalonan tamat.

Arif, mengemukakan kertas pencalonannya pada pukul 9.03 pagi dengan dicadang oleh Abdul Kalam Ahmad dan disokong oleh Normala Abdul manakala Anwar menyerahkan borang sembilan minit kemudian dengan pencalonannya dicadangkan oleh Ibrahim Ahmad dan disokong oleh Mohd. Hamdan Abdul Rahman.

Hanafi yang mengemukakan borang pada pukul 9.40 pagi, dicadangkan oleh Lockman Abdul Rahman dan disokong oleh Romli Musa.

Nama ketiga-tiga calon bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.

Mereka disahkan bertanding bagi kerusi Parlimen kawasan tersebut selepas tamat tempoh waktu bantahan selama sejam bermula 10 pagi.

Sementara itu Arif tiba paling awal di pusat penamaan itu diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin BN dan penyokongnya kira-kira pukul 8.30 pagi.

Sementara itu, Anwar yang memakai baju Melayu biru diiringi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, tiba pada pukul 8.40 pagi bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin gabungan Pakatan Rakyat.

Parlimen Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar terdiri daripada 57,969 pengundi biasa dan 490 pengundi pos yang layak membuang undi pada pilihan raya kecil yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.

Anwar yang menguasai kerusi Parlimen itu sejak 1982 sehingga beliau dipecat daripada UMNO pada September 1998, diberi laluan oleh Wan Azizah yang meletak jawatan pada 31 Julai lalu.

Sementara Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Seberang Jaya merupakan rakan rapat Anwar ketika pemimpin PKR itu menjadi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Hanafi pula pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1990 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan atas tiket Bebas tetapi gagal.

AKIM yang didaftarkan sebagai parti politik pada 16 Februari 1995 dan mempunyai 10,000 anggota di seluruh negara juga pernah meletakkan calon di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan pada pilihan raya umum 1996 tetapi kesemuanya tewas.

Sementara itu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima lima bantahan tetapi tiada pencalonan yang ditolak.

Mengulas mengenai tindakan Dr. Mansor yang tiba-tiba menarik diri, Kamaruzaman berkata:

“Beliau (Dr. Mansor) menarik diri pada pukul 11.15 pagi tanpa memberi sebarang alasan. Beliau memaklumkan sudah ubah fikiran dan enggan meneruskan hasrat bertanding.


PENAMAAN CALON P44

Posted under UMUM by admin on Sunday 17 August 2008 at 2:16 pm

Penamaan calon Permatang Pauh buktikan komitmen tinggi penyokong Pakatan Rakyat
Mohd Sabri Said Foto Nasir Sudin Sat Aug 16, 08 5:21:57 pm MYT
PERMATANG PAUH, 16 Ogos (Hrkh) – Hari penamaan calon Parlimen P44 Permatang Pauh selesai dalam keadaan terkawal dengan menyaksikan sokongan pada Pakatan Rakyat berganda berbanding BN.
Walaupun hari ini bermulanya cuti persekolahan dan hari cuti bagi sektor awam, BN dilihat gagal menyaingi para penyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih matang, tidak kebudak-budakan dan berdisplin.
Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air lazimnya bermalam sama ada di hotel, homestay, rumah sewa mahupun surau, masjid ataupun Markas PAS dan KeADILan.
Kehadiran awal membolehkan mereka pergi lebih awal ke tempat berhimpun yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis.
Pihak keselamatan menempatkan penyokong KeADILan di bawah Lebuhraya Butterworth-Kulim manakala BN berdekatan Sekolah Rendah Mengkuang.
Hari ini juga menyaksikan calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak diarak bersama ahli dan penyokong kerana pihak polis mengarahkan semua orang yang berkumpul menunggu calon Pakatan Rakyat masuk dahulu untuk mengelakan keadaan bertambah sesak.
Memandangkan senario itu, Pakatan Rakyat terpaksa berarak tanpa kelibat calon dan pada mulanya timbul tanda tanya di kalangan penyokong kenapa Anwar tiada bersama rombongan tersebut sedangkan semua pemimpin KeADILan dan pemimpin PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Dr. Mariah Mahmud dilihat hadir.
Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat turut bersama setengah jam kemudian.
Berbagai sepanduk dan slogan dilaungkan para penyokong Pakatan Rakyat sekaligus menenggelamkan para penyokong BN yang sekali-sekala menunjukkan aksi lucah.
Selepas sesi bantahan tamat pada jam 11.00 pagi kebanyakan penyokong BN mengambil sikap menyepikan diri dan meninggalkan kawasan perhimpunan untuk mencari tempat berteduh berbanding penyokong Pakatan Rakyat yang terus berhimpun di tengah terik matahari.
Tepat pukul 11.45 pagi Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengisytiharkan tiga nama calon yang layak bertanding iaitu calon KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato’ Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat.
Untuk mengelak kejadian tidak diingini, ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela dikerah mengawal keadaan.
Helikopter milik Polis Diraja Malaysia dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan penamaan calon bagi mengawal keadaan.- tajdid_ –>

Salam dari Permatang Pauh

Posted under UMUM by admin on Sunday 17 August 2008 at 5:15 am

Pukul 6.25 petang tadi penulis dan dua orang rakan memulakan perjalan ke Permatang Pauh, Seberang Jaya.. Setelah mengambil masa lebih kurang 5 jam.. kami telah selamat sampai ke daerah Kubu Kuat Anwar Ibrahim kira-kira pukul 12 malam.

Suasana di Permatang Pauh tampak segak dengan poster-poster dan bendera keADILan di merata-rata tempat, tak dinafikan juga dengan poster dan sepanduk BE END.

Penulis telah sampai ke Rumah Johor di Permatang Tengah dan telah berjumpa dengan Encik Azman untuk melapor diri sebagai sukarelawan. Ramai juga sukarelawan dan petugas yang datang dari negeri tanah tumpah darah AMENO ni (Johor). Setelah dijemput masuk kami pun duduk bersembang dan bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu terkini yang berkaitan pilihanraya di sini.

Penulis diberitahu tentang suasana sewaktu pencalonan yang berlangsung tadi. Seramai kira-kira 100,000 orang telah sama-sama menyambut ketibaan DS Anwar Ibrahim.

Penulis juga ada menemubual beberapa orang penduduk di kawasan ini dan masing-masing telah menyatakan sokongan penuh kepada DS Anwar Ibrahim…

Ikuti hasil temubual penulis pada post yang akan datang..

anakraja@rencanarakyat


Dr. Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?

Posted under UMUM by admin on Sunday 17 August 2008 at 5:15 am

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) – Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.

“Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh,” katanya. Image

Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.

“Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?”

“Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan,” ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

“Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.

“Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?” tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya. Image

Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut.

“Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik.

“Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah.

“Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?

“Adakah ia agenda dirinya atau orang lain,” ujarnya lagi.

Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya. Image

Semalam upacara ‘bersumpah’ Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Sebelum Saiful ‘bersumpah’, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah ‘mubahalah’ akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah ‘disorokkan’ di salah sebuah bilik dalam masjid itu.

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama ‘Uncle Pet’ sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil ‘wudhu.’

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

“Dia kat dalam…,” kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan ‘bermubahalah’ ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, “Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu.” – (tmj)_


BAHTERA YANG HAMPIR KARAM…BIARKANLAH..

Posted under UMUM by admin on Sunday 17 August 2008 at 5:10 am

(sumber: ruhan@tranungkite)

Situasi ini benar-benar melemaskan UMNO.  Keghairahan memperoleh kuasa menyebabkan wang ditaburkan di peringkat cawangan ke bahagian dan seterusnya ke peringkat tertinggi.  UMNO tidak dapat menafikannya lagi. Laporan akhbar, sidang akhbar, dan pelbagai media lainnya telah mendedahkan hal haram ini kepada rakyat. Kita boleh membayangkan kedudukan negara apabila diperintah oleh perasuah-perasuah ini.  Kempen telah bermula di Permatang Pauh.

Seperti yang selalu berlaku, BN akan menabur wang kepada pengundi atas alasan memberi bantuan dan istilah-istilah lain yang sama dengannya.  Perbuatan itu tidak lain dan tidak bukan ialah rasuah.  Kononnya ada badan yang memantau hal ini. Apa tindakan mereka?  Namun demikian, pengundi-pengundi Permatang Pauh dinasihatkan supaya mengamnbil apa saja bentuk pemberian yang diberikan oleh BN, tetapi janganlah beri undi anda kepada perasuah itu.  Hal ini telah lama diamalkan oleh pengundi di Kelantan. Jadilah secerdik mereka. Jika anda sokong mereka, anda akan bersama-sama UMNO/BN meruntuhkan keimanan dan sekali gus mencemar kesucian Islam. BN dan suku-sakat mereka sememangnya tidak mempedulikan halal dan haram. Berhati-hatilah.

Huruf “U” sudah tidak layak digunakan oleh parti itu. Mereka tidak lagi bersatu. Kesemuanya menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.  Puncanya ialah ketiadaan demokrasi dalam parti itu. Pertandingan untuk merebut jawatan tertinggi telah disusunletakkan.  Kuota kelayakan bertanding masih dikuatkuasakan.  Bos baru akan mula berkuasa pada 2010 (itu pun jika diizinkan Allah).  Bos lama akan berundur. Yang selama ini berada di bawah ketiak bos sekarang akan berbondong-bondong melarikan diri untuk berpaut pada dahan baharu.  Perlumbaan inilah yang mau tidak mau menyeret rasuah politik yang kini telah membarah.

Barangkali ahli-ahli parti yang sedang reput ini telah pasrah bahawa hayatnya sudah hampir ke penghujung. Jika terlambat, tiada apalah yang dapat. Sekarang inilah masanya untuk merebut saki-baki peluang yang masih tinggal.  Ramai pemimpin mereka mengecam tindakan jahat ini, namun kesannya tiada.  Sudah berbuih mulut pemimpin memberi nasihat.  Memanglah tidak berkesan. Ketam mengajar anaknya berjalan betul. Mana boleh!!!

Selama ini UMNO/BN sering menafikan mereka menggunakan taktik kotor dalam pilihan raya. SPR juga sering menafikan mereka berat sebelah dalam mengendalikan pilihan raya. Kini, telah ternyata tuduhan yang dibuat pembangkang benar belaka. Dalam PRU 11, UMNO/BN menggunakan RM218 juta hanya untuk bahan kempen, tak termasuk yang lain. Jumlah ini melebihi had yang dibenarkan menurut undang-undang pilihan raya. Ini bermakna mereka telah menipu. Patutlah dapat kejayaan besar. PM berbangga dengan kejayaan haram itu. Dari sudut hukum, semua wakil rakyat BN yang beragama Islam yang menang dalam PRU 11 itu wajib tanggung dan jawablah di akhirat nanti.

Bagaimana pula halnya dengan perbelanjaan BN untuk PRU 12 yang lalu? Mungkinkah jumlahnya lebih besar daripada PRU 11? Lebih baik jumlahnya diketahui sebelum keputusan PRU 13 diketahui!  Kegiatan tidak bermoral ini ditambah pula oleh kaum wanita dan puterinya yang tidak pandai menutup aurat, beria-ia melaungkan “jihad” bagi menghadapi PRK Permatang Pauh. Betulkah mereka benar-benar mengerti istilah yang diucapkan itu? Yang pasti mereka tidak segan silu mempersendakan hukum-hakam Islam. Kini, sibuk pula dengan sumpah laknat Saiful yang tidak Islamik, fakta yang berubah-ubah, dan mengkesampingkan Mahkamah Syariah.  Mengapa Saiful enggan memberi keterangan di Mahkamah Syariah? Mengapa Saiful enggan menjawab soalan berkenaan Najib bila diajukan para wartawan? Adakah Saiful tidak mempercayai keadilan Mahkamah Syariah? Mengapa memakai separuh Islam dan separuh sekular? Kesemua ini mendatangkan keraguan besar kepada rakyat walaupun pada ketika menyaksikannya mereka terpinga-pinga. Di samping itu, PM juga mengamalkan upacara keberhalaan apabila meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebangsaan. Sanggupkah anda menyokong Melayu jenis ini?   Hentikanlah!!!

Pada masa yang sama, setelah Melayu Pulau Pinang dipinggirkan selama 50 tahun pemerintahan UMNO/BN, rakyat Pulau Pinang bukan sahaja ditipu malahan juga dinafikan hak mereka melalui pembatalan projek PORR dan Monorel. Sebaliknya mereka mempropagandakan isu tol Sungai Nyior dan cadangan kemasukan 10% nonbumi ke UiTM. Mereka tahu kontrak telah ditandatangani dengan pembina projek tetapi masih cuba untuk memperbodoh-bodohkan pengundi Permatang Pauh dengan memindahkan tanggungjawab itu ke bahu orang lain. Semua orang tau bahawa BN telah meluluskan kemasukan 10% nonbumi ke MRSM dan Matrikulasi. Oleh sebab itu, cadangan MB dari Pakatan Rakyat statusnya bukan perkara baru tetapi merupakan sambungan idea BN. Ini hanya cadangan. Ini hanya cadangan. Ini hanya cadangan. Cadangan belum tentu dilaksanakan. Cadangan belum tentu dilaksanakan. Cadangan belum tentu dilaksanakan. Itu pun susah nak faham. Itu pun susah nak faham. Itu pun susah nak faham. Itu pun mengundang demonstrasi pelajar UiTM dan luahan celupar NCnya. Lain kali selidik, periksa, dan analisa dulu letak duduk sesuatu perkara supaya tidak terdedah kegelabahan dan kecelaruan emosi hingga terserlah kebodohan diri walaupun berada di menara gading dan memegang tampuk pentadbiran pulak tu!!! Jangan digelar profesor kangkung pulak nanti. Mengapa memilih untuk menonjolkan keceluparan daripada mempamerkan kecendekiawan dengan menulis sepuluh buku bertaraf masterpiece misalnya? Mengapa memilih untuk menjadi demonstrator jalanan daripada menjadi siswa kelas dunia? Alahai Melayu UiTM. Alahai NC Melayu. Patutlah Lee Kuan Yew kata kita ni tak ada quality, integrity, dan credibility. Malunya Melayu. Kalau begini bangsa lain pandang tinggikah kepada kita? Mahukah mereka menggaji kita? Pasal tulah ramai Melayu menganggur. Nak harap taukeh besar Melayu, jauh panggang dari api. Jumlahnya pun boleh dibilang akibat kegagalan DEB yang UMNO/BN juga buat onar. Perlukah kita memberi undi kepada UMNO/BN? Hentikanlah!!!

Sebenarnya sudah sampai masa untuk meninggalkan kapal yang hampir karam ni, jika tidak mau kelemasan. Jauhi mereka. Carilah kebahagiaan di tempat lain. Kejarilah sinar baru yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Peluang terbentang luas ke arah itu. Mengapa kita tidak menghiraukannya? Mau tunggu sampai bila? Tak perlu tunggu nasi jadi bubur.

Buatlah perhitungan dengan segera. Bulatkan tekad. MULAKAN DI PERMATANG PAUH. MULAKAN DI PERMATANG PAUH. MULAKAN DI PERMATANG PAUH!!!!!

TABIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme