Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



SUMPAH: CATATAN DARI BLOG PARLIMEN AMPANG

Posted under UMUM by admin on Saturday 16 August 2008 at 2:51 am

Babak baru drama jijik UMNO/BN “Sodomi Part-2? kini ditayangkan kepada rakyat Malaysia. Petang tadi, Saiful Bukhari Azlan, telah mengadakan sidang medianya di sebuah hotel di ibu negara dan mendedahkan bahawa beliau telah pun bersumpah di hadapan beberapa orang Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (mengikut maklumat pegumnya) dengan ditemani ayah dan peguamnya. Walaubagaimanapun, Saiful enggan menjawab apabila wartawan menanyakan tentang pertemuannya dengan Najib Tun Razak dan juga hal pemeriksaan kesihatannya di Hospital PUSRAWI.

Beberapa minggu lalu Dr Osman, seorang pegawai perubatan di Hospital PUSRAWI K.Lumpur menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful setelah diadukan kepadanya bahawa dia telah diliwat. Menerusi pemeriksaan tersebut doktor itu gagal menemui sebarang kesan liwat mahupun tanda-tanda bahawa dubur Saiful pernah diliwat dan ini dicatat dengan jelas dalam laporan beliau. Pada waktu pemeriksaan itu beliau tidak dimaklumkan siapakah yang meliwat Saiful kerana baginya itu merupakan pemeriksaan rutin seorang doktor kepada pesakit.

Hanya setelah selesai pemeriksaan tersebut Saiful mengatakan bahawa dia diliwat seorang VIP lantas Dr Osman menyarankan agar dia ke Hospital kerajaan bagi tujuan pengesahan jika aduan Polis hendak dibuat.

Saiful hanya ke Hospital Besar Kuala Lumpur setelah lebih dua jam pemeriksaannya di Hospital PUSRAWI yang terletak tidak sampai 1 km dari Hospital tersebut. Banyak pihak yang curiga mengapa terlalu lama masa yang diambil Saiful dan apakah yang berlaku sekitar dua jam sebelum itu. YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak juga telah mendedahkan sekurang-kurangnya empat buah hospital lain telah menolak untuk mengubah laporan pemeriksaan mereka ke atas Saiful kerana mereka menyanjung tinggi profesionalisme mereka sebagai pengamal perubatan dan tidak mahu terlibat dalam fitnah besar ini. Dan baru-baru ini juga Dr Osman, doktor  yang membuat pemeriksaan perubatan awal terhadap Saiful telah menandatangani satu Statutory Declaration yang menyatakan bahawa beliau berpegang teguh kepada laporan pemeriksaannya terhadap Saiful.

Dengan bersumpahnya Saiful petang tadi tidak sedikitpun menggoyah perancangan di Permatang Pauh, kerana perkara ini sememangya sudah dijangkankan dan tidak mustahil juga ada lagi kejutan palsu dan fitnah yang lebih besar dihamburkan bagi mengasak halwa telinga rakyat. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tenang menyatakan bahawa ini ialah salah satu dari perlaksanaan rencana jahat dan taktik kotor politik murahan UMNO bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya yang sudah dijangka. Ketika Saiful ditanya oleh wartawan mengapakan memilih hari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai hari untuk bersumpah, Saiful dengan selamba menjawab “ It’s all a coincidence. We don’t know that Anwar is going to contest and I wish to stress here that I need strength and God has given it to me now. It so happens that it is Friday today..” Kebetulan! Ya, Saiful menjawab ini hanya kebetulan dan mereka tidak tahu bahawa Anwar akan bertanding. Aneh, kerana adakah kebetulan juga pada minggu lepas Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah sehari selepas beliau mengumumkan untuk bertanding di Permatang Pauh? dan kini Saiful bersumpah sehari sebelum penamaan calon. Apa pula akan jadi sehari sebelum hari mengundi pada 26 Ogos kelak?

Tanda tanya mengapakan Saiful disorokkan dari khalayak umum turut terjawab secara simbolik pada sidang medianya petang tadi. Nyata, para pengarah dan perancang drama jijik ini gagal mendidik Saiful agar menghadam betul-betul dan menghafal skripnya. Dengan asakan soalan bertubu-tubi dari para wartawan, nyata Saiful beberapa kali memberi kenyataan yang berlainan dengan apa yang dimainkan media arus perdana selama ini. Buktinya, petang tadi Saiful mengaku bahawa dia diliwat hanya sekali iaitu pada 26 Jun 2008 pada waktu 3.01 petang dan 4.30 petang. Sedangkan sebelum ini beria-ia dilaporkan bahawa dia kerap bersama Anwar Ibrahim ke luar negara, untuk apa kenyataan begitu disensasikan selama ini?. Dan kenyataan yang paling bercanggah ialah apabila pada awalnya dituduh bahawa perbuatan liwat itu diadakan tanpa kerelaan kemudian diubah kepada suka sama suka dan kini perlakuan itu kembali kepada tanpa kerelaan. Rakyat jadi bingung sekali!

Dalam sidang media yang sama, Saiful turut menyatakanI swore in the name of Allah at the Federal Territory Mosque this evening in accordance to the teachings of Islam and as advised by religious scholars and teachers …” Bahawa sumpahnya itu adalah menurut ajaran Islam dan seperti yang dinasihatkan oleh Ulama’ dan juga guru-gurunya. Nah, yang ini amat mengelirukan. Siapakah Ulama’ dan guru yang menasihatkan sedemikian rupa? Adakah Saiful meminta pandangan daripada Ulama’ besar UMNO, Al Fadhil Ustaz Najib Tun Razak ataupun makhluk sesumpah Ezam Mohd Noor? Ini sangat mengelirukan dan berbahaya. Kerana, pada awalnya Anwar juga menyatakan kesediaannya untuk bersumpah bagi menegakkan kebenaran. Namun setelah mendapat nasihat dari para Ulama’ muktabar seluruh dunia dan juga pengamal Syariah yang diiktiraf, maka hasrat itu dibatalkan, Sebaliknya Anwar Ibrahim memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam, selaras dengan kehendak agama yang menyatakan bahawa orang yang menuduh itu wajib mendatangkan bukti dan saksi.Antara Ulama’ besar yang melarang beliau bersumpah kerana ianya tidak menurut Syariah Islam ialah Syeikh Taha Jabir Al Alwani, Ulama’ Usul Fiqh tersohor, Syeikh Prof. Dr Mustaffa Ceric, Prof. dr Akhbar Ahmed,Mufiti Perak, Sahibus Samahah Dato’ Harussani Zakaria dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Hasyim Yahaya serta ramai lagi.termasuklah Walaupun sedar dengan memilih cara itu beliau akan dipertikaikan dan boleh menggoyah keyakinan ramai , namun Anwar tetap berpegang kepada ajaran sebenar yang dinyatakan oleh para Ulama’ tersebut. Bagi Anwar Ibrahim, inilah ujian akhir yang perlu dilepasi bagi meneruskan kemaraan rakyat menuju Putrajaya September ini. Apa yang berlaku sekarang ialah strategi terdesak UMNO yang pastinya akan kepanasan apabila tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat kelak. Oleh itu tidak hairanlah pembesar UMNO kini bermati-matian menentangya dengan pelbagai cara.

Soal sumpah Saiful itu biarlah dinilai di sisi Allah s.wt yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Janga kita lupa bahawa dalam siri pertama drama “Sodomi Part -1?, Anwar Ibrahim pernah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan perkara terkutuk itu. Dan kini lihatlah dan carilah ke mana perginya watak-watak utama yang satu ketika dahulu tidak segan silu bersubahat dengan fitnah besar itu. Anwar juga menyatakan perkara yang sama kepada Ulama’ dan pengamal perubatan Islam terhormat Dato’ Dr Haron DIn sebaik sahaja beliau di pecat. Dr Haron Din dengan bekalan pengalaman dan Ilmunya mempercayai Anwar setelah beliau menggengam tangan Anwar dan melihat tepat ke matanya sambil bertanyakan perkara tersebut. Itulah yang menjadi titik tolak sokongan PAS kepada perjuangan Anwar Ibrahim dari 1998 hingga kini.

Jelaslah kini, UMNO yang dalam keadaan terdesak sudah amat melampau batasan manusiawi hingga sanggup melakukan apa sahaja. Tanpa mereka sedari, kini rakyat yang sudah dikejutkan dengan badai Tsunami Politik PRU 12 yang lalu makin jelik dengan karenah mereka yang keterlaluan. Hakikat kekalahan masih tidak dapat ditelan oleh UMNO dan BN. Tatkala sokongan padu pengundi Cina dan India yang masih hangat dan langsung tidak terkesan dengan kes rekaan ini, niat bagi mengalih mood pengundi Melayu di Permatang Pauh akan menjerat mereka sendiri. Kerana dari risikan yang dilakukan di beberapa kampung sekitar DUN Seberang Jaya mendapati bahawa isu ini amat menyentuh mereka dari segi emosi seorang Islam dan Melayu. Walaupun berlainan ideologi politik namun yang lebih diutamakan ialah jasa keluarga Pak Ibrahim kepada Permatang Pauh dan maruah Melayu yang cuba dilondehkan oleh UMNO demi untuk menghalang Anwar Ibrahim. Alhamdulillah, reaksi positif ini dijangka akan bertukar menjadi undi simpati buat Anwar sendiri. Sama-sama kita berdoa kepada Allah s.w.t agar kekuatan ini semakin kental demi mempertahankan yang haq dan menentang kezaliman dan penipuan mereka yang berkuasa.

Ameen.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme