Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI

Posted under UMUM by admin on Friday 15 August 2008 at 11:12 pm

Dahulu saya pernah mengandaikan bahawa mantan Timbalan Presiden MPP Uniten sesi 2006/2007 ini sudah menemui definisi hidupnya setelah melalui beberapa kisah yang menyedihkan. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai kisah sedih yang menimpanya, tetapi cukuplah harapan saya cuma tinggal harapan. Semalam, dia telah menunjukkan dirinya yang sebenar. Impiannya untuk dikenali di lapangan politik negara sudahpun termakbul. Harapannya untuk menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di antara teman-teman sebaya sudahpun tercapai.

Mudah sahaja. Dengan menjadi “orang belaan” seseorang yang berpengaruh di Malaysia, segala-galanya akan dipermudahkan. Hanya perlu menurut perintah dan melaksanakan “beberapa perkara”, nescaya akan tercapailah segala-gala yang diimpikan selama ini.

Seperti yang saya nyatakan di dalam entri sebelum ini, saya sama sekali tidak terkejut manusia Saiful Bukhari ini tampil dengan dakwaan sama, selepas 10 tahun, ke atas orang yang sama. Saya membaca kisah Konspirasi Peringkat Tertinggi yang di tulis oleh DSAI lebih kurang dua tahun lalu, tetapi sama sekali tidak menyangka Saiful Bukhari bakal meledakkan kisah kospirasi sama sekarang. Namun demikian, setelah diteliti kronologi kes dan pembawaan diri manusia bernama Saiful Bukhari ini, nyata sekali dia hanya dijadikan alat untuk mengalih perhatian rakyat semata-mata.

Terdapat beberapa fakta dan persoalan yang perlu kita fikirkan:

1. mengapa setelah 10 tahun berlalu, baru sekarang DSAI mengulangi kembali perbuatan yang sama? Jika benar DSAI pernah melakukannya, mengapa perlu ditunggu selama 10 tahun? Itupun didakwa oleh seorang pemuda yang “gila publisiti” seperti Saiful Bukhari? Dan lebih-lebih lagi, DSAI hanya baru mengenali Saiful ini semasa kempen PRU 12 lalu.

2. Saiful Bukhari dikhabarkan menjadi orang penting di sisi pembantu khas Timbalan Perdana Menteri. Dia mempunyai akses yang kuat di dalam circle orang-orang UMNO. Tidak mustahil dia menerima arahan daripada ketuanya untuk melancarkan plan terakhir mereka. Tambahan pula, negara akan digemparkan kembali dengan kisah Najib-Malaysia-Altantuya-Mongolia. Jalan terbaik untuk mengalih perhatian adalah dengan mencetuskan “fenomena baru”.

3. Jika DSAI tidak mempunyai alibi untuk kes ini, saya tidak terkejut. Saiful berpura-pura menjadi Pembantu Politik DSAI selama ini, dan pastilah dia “diajar” untuk melihat waktu dan merebut peluang dan kesempatan.

4. DSAI tidak mungkin tidak pernah berwaspada dengan musang berwajah manusia ini. Seorang teman telah berkali-kali melahirkan kebimbangan mengenai kehadiran Saiful Bukhari di sisi DSAI. Malah sanggup dipandang serong oleh DSAI semata-mata ingin memastikan andaiannya selama ini benar belaka. Andaian bahawa kehadiran Saiful Bukhari hanya akan mengancam keselamatan dan kesejahteraan politik DSAI. Tidak mungkin DSAI tidak pernah berwaspada.


GEMPAR! SAIFUL SUDAH BERSUMPAH!

Posted under BERITA by admin on Friday 15 August 2008 at 9:56 pm

Utusan Malaysia melaporkan yang Saiful telah bersumpah mubahalah dimasjid Kuala Lumpur petang tadi.

 


 

 

 

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut…

“A’uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam.” Klik pautan ini untuk seterusnya.

Sumpah beliau itu amat bertentangan dengan keputusan pemeriksaan liwat yang telah dibuat oleh doktor yang memeriksa beliau dari Hospital Pusrawi. Klik pautan ini untuk akuan sumpah Doktor Osman.

Yang menjadi tanda-tanya kini siapakah yang berbohong? DSAI, Raja Petra, atau Saiful? Ketiga-tiga mereka mengaku bercakap benar.

Sementara itu, berikut adalah temubual wartawan mstar dengan Mufti Perlis ,

 

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”   

 

Yang pasti semua rakyat Malaysia ternanti-nanti kesudahan adegan menarik ini.

 


SAIFUL SUMPAH BENAR ATAU PALSU?

Posted under BERITA by admin on Friday 15 August 2008 at 9:54 pm

Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri - Mufti Asri

Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri – Mufti Asri

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

15-08-2008 07:54:40 PM

PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”


SIAPA SAIFUL BUKHARI?

Posted under BERITA by admin on Friday 15 August 2008 at 9:47 pm

Siapa Saiful Bukhari?

Saiful Bukhari

 

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali. 

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (bacaRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

 Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah – pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.


 

 

(sumber: http://melasalam.wordpress.com/)

 


Jentera BN mula tabur wang di kampung-kampung?

Posted under UMUM by admin on Friday 15 August 2008 at 3:12 pm



HARAKAHDAILY – Umno dan Barisan Nasional (BN) mula menggerakkan jentera secara tidak beretika apabila melaburkan wang ringgit kepada penduduk sekitar Parlimen Permatang Pauh (P44) mulai kelmarin.

Selari dengan pengumuman calon BN oleh Timbalan Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmikan jentera BN di Sunway Carnival Mall tepat jam 10.30 malam maka bermulakan jentera Umno ke kampung-kampung untuk memancing undi agar tidak memberikan sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Langkah mereka agar sumbang apabila dapat dihidu oleh petugas KeADILan dan anggota parti lain dalam Pakatan Rakyat di beberapa buah kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti yang dimenangi Timbalan Menteri, Mohd Fairus Khairuddin.

Ada sumber memberitahu sebenarnya petugas BN telah masuk kampung lebih awal bersama pemimpin atasan parti mereka seperti Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno, Dato’ Ali Rustam.

Sesiapa yang pergi mendengar ceramah kelompok tajaan mereka akan dihadiahkan wang saku sebanyak RM100.00 seorang. Semua perbuatan itu diperlakukan untuk menarik pengundi Melayu agar tidak lagi bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh calon KeADILan.

Bagi jentera Umno, PAS, DAP dan KeADILan adalah petualang bangsa dan agama kerana bersekongkol dengan gerakan menjatuhkan pemerintah yang ditunjangi Umno.

Bukan itu sahaja malahan cakap-cakap perkauman juga kian dihebuskan bagi menakutkan orang ramai terutamanya masyarakat melayu yang berbudi bahasa, sopan dan tidak pandai melawan cakap pemerintah.

Antara kampung yang telah dikenal pasti dimasuki ejen-ejen berkenaan ialah kampung belakang Sekolah Menengah Penanti, Guar Perahu, Mengkuang dan Kuala Mengkuang.

Setiap hari jentera yang terdiri daripada ibu-ibu, puteri dan sebahagian ahli yang aktif akan menggunakan berbagai kesempatan untuk bertemu rakyat di kampung-kampung.

Mereka terpaksa buat begitu kerana setiap kali ceramah anjuran Umno dan BN seringkali tidak mendapat kejayaan.

Jadi, cara yang paling terbaik ialah turun padang jalan kaki sampai berpeluh-peluh untuk menunjukan kepada rakyat jelata kesungguhan BN untuk memenangi parlimen ini demi maruah dan kebajikan rakyat yang kurang terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai Pulau Pinang.

Pastinya, mula malam berkempen iaitu 16 Ogos sehinggalah malam terakhir longgokan wang ringgit akan bertaburan di sana sini.

Sekali pandang adanya Pilihan raya Kecil di mana sahaja bermakna peniaga kecil di sekitar kawasan mengundi akan menguat keuntungan berlipat kali ganda.

Bila ada individu memberikan wang ambil sahaja kerana wang itu wang rakyat bukan anugerah BN. Bak kata Menteri Besar Kelantan ‘ Bagi duit ambil, bagi kain pakai bila undi pangkah Pakatan Rakyat’.

Pengundi Melayu yang menjadi pertaruhan kali ini harus menilai di mana kedudukan kerajaan hari ini yang tidak langsung memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang atau Dun yang diwakili Adun pembangkang berlainan dengan ciri-ciri kepimpinan Menteri Besar Kelantan atau Trengganu dulunya.

Apa pun rakyat Permatang Pauh sahaja yang boleh menilai kerajaan mana yang harus dipilih.

Buatlah pemilihan betul nanti semuanya selamat dan hidup dalam keadaan aman dan makmur.


Anwar berhak dapat laporan polis!

Posted under UMUM by admin on Friday 15 August 2008 at 3:08 pm


MALAYSIAKINI – Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak mendapatkan salinan laporan polis berhubung dakwaan liwat yang dihadapinya untuk membuat pembelaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau tidak tahu mengapa salinan tersebut masih tidak diserahkan kepada Anwar walaupun dakwaan telah dibuat terhadapnya di mahkamah.

“Mengikut undang-undang, beliau berhak mendapatkan salinan laporan polis itu untuk membolehkan beliau membuat persediaan membela diri.

“Saya tidak tahu, anda perlu bertanya kepada pihak yang mengendali kes ini untuk mendapat sebab dan jawapan yang tepat.

“Saya hanya Menteri Dalam Negeri dan saya tidak terlibat dalam proses pendakwaan dan penyiasatan,” katanya ketika ditanya mengapa Anwar masih tidak menerima salinan laporan polis itu.

Menurut laporan Bernama, pada 7 Ogos lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh diberikan salinan itu kerana ia dibenarkan mengikut proses perundangan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Sasaran Penting di Putrajaya semalam.

Mengenai tindakan terhadap Majlis Peguam yang menganjurkan forum “memeluk Islam” Sabtu lepas yang telah menimbulkan ketegangan dan mengundang kemarahan pelbagai pihak, Syed Hamid berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.

“Jika kita mahu mengambil tindakan, kita perlu melakukan siasatan, bukan sewenang-wenangnya bertindak… perlu meneliti dari segenap aspek,” katanya.

Keselamatan negara

Syed Hamid berkata, walaupun terdapat tekanan agar tindakan dikenakan terhadap Majlis Peguam ekoran penganjuran forum seumpama itu, namun ia tidak boleh dilakukan kecuali jika terdapat bukti yang sahih bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang menggugat keselamatan negara.

“Jika tiada perkara seumpama itu berlaku, kita hanya boleh memberi amaran agar mereka mengambil kira pandangan dan sensitiviti agama serta kaum lain.

“Kita tidak mahu dalam apa juga konflik atau permasalahan, Islam dianggap sebagai punca sedangkan ia adalah masalah sejagat yang perlu diberi perhatian sama rata oleh semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, apa sahaja isu yang timbul seharusnya dibincangkan secara aman dan teliti supaya sebarang keputusan yang diambil tidak mencetuskan salah faham dan konflik yang berlarutan.

“Saya fikir kalau kita bincang baik-baik, tak ada masalah. Jangan fokus kepada isu tertentu,” katanya.

Sementara itu, Syed Hamid menafikan dakwaan bahawa kementeriannya mengeluarkan arahan melarang akhbar Katholik The Herald menyiarkan sebarang berita mengenai pilihanraya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata sebarang penulisan oleh akhbar berkenaan tertakluk kepada terma dan syarat perlesenan yang diberikan.

Katanya jika akhbar berkenaan hanya memohon lesen untuk penulisan bahan-bahan bercorak keagamaan sahaja, maka mereka perlu mematuhi aspek tersebut dengan tidak melibatkan mana-mana isu yang tidak berkaitan.

“Jika mereka keluar daripada skop yang ditetapkan, maka kami harus menyiasat sama ada mereka telah melanggar undang-undang atau tidak.

“Apabila agama dan politik dicampur-adukkan, ia boleh mendatangkan banyak masalah dan salah faham,” katanya.


Siapa layak jadi PM Pakatan Rakyat?

Posted under UMUM by admin on Friday 15 August 2008 at 3:05 pm

mSTAR – IPOH: Ketika Permatang Pauh diselubungi demam pilihan raya kecil dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri, nampaknya ahli-ahli PAS turut memperimbangkan bahawa pemimpin mereka juga layak ke Putrajaya.

Persoalan ini memang sudah dijangkakan ketika sudah ada cakap-cakap terbuka Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan nama Anwar sebagai bakal “Perdana Menteri yang menanti” selepas 16 September ini.

Sehubungan itu, sebagai langkah awal beliau dikatakan bertanding di kerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Kempen secara tidak rasmi malam tadi di Permatang Pauh, kendalian Pakatan Rakyat, juga menyentuh yang Anwar akan menjadi Perdana Menteri dan pemimpin bagi era baru Malaysia,

Semalam Dewan Ulama PAS Pusat berpendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang merupakan pemimpin yang layak untuk menerajui kerajaan baru jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada 16 September.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, Dewan Ulama sentiasa menyambut baik sesiapa sahaja yang ingin menjadi Perdana Menteri yang baru jika pemimpin yang dipilih itu menjadikan Islam sebagai asas pentadbirannya.

“Jika anda tanya kami (PAS), maka sudah pasti kami katakan Datuk Seri Abdul Hadi adalah orang paling layak untuk memikul tanggungjawab itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian
Dewan Ulama PAS Pusat di Dewan Perbandaran di sini hari ini.

Terdahulu padangan itu diketengahkan oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah yang lebih suka mengutamakan Presiden Pas itu menjadi Perdana Menteri berbanding pemimpin dari parti lain.

Mohamed Daud berkata, pendirian itu adalah sesuatu yang normal kerana sudah pasti penyokong PAS mahukan pemimpin mereka yang menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Namun kita dalam Pakatan Rakyat akan berbincang mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Soal berebut jawatan itu tidak timbul kerana sudah pasti semua komponen Pakatan Rakyat akan memutuskan individu yang layak menerajui pimpinan negara,” katanya.

Tegas beliau, jawatan dan pangkat bukan sasaran utama untuk mengambil alih kerajaan sebaliknya tanggungjawab menguruskan kerajaan dengan sempurna mengikut landasan Islam itu yang lebih penting.

Bagaimanapun menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang sejak kebelakangan lantang dalam suaranya, soal siapa yang harus menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak harus dibangkitkan oleh PAS sekarang sebaliknya para anggota parti itu harus menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan pakatan itu.

Realiti politik semasa ialah tiada pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang boleh menjadi Perdana Menteri pada hari ini kerana parti-parti mereka belum memiliki bilangan kerusi yang cukup di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat.

“Kita seharusnya hanya memikirkan soal itu apabila perkara itu benar-benar sudah menjadi kenyataan dan pada masa itu kita akan bincangkannya dengan semangat Pakatan Rakyat.

“Dewan Pemuda PAS tak mahu ada persepsi di kalangan ahli PAS bahawa 16 September ini kita perlu tumpu tentang kuasa, jawatan dalam politik, jawatan menteri. Itu bukan matlamat kita pada masa ini, yang penting, kita kukuhkan PR, kalau ada masalah kita selesaikan bersama,” katanya kepada pemberita di akhir Muktamar Tahunan pergerakan itu di Stadium Indera Mulia di sini.

Salahuddin berkata isu mengenai muzakarah PAS dengan Umno dianggap selesai dengan para perwakilan pergerakan itu sebulat suara akur dengan keputusan dan pendirian parti berhubung isu itu.

Dalam pada itu,  Muktamar Tahunan PAS Ke-54 berlangsung dalam suasana politik negara yang gawat dan penuh cabaran, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar (gambar).

Sungguhpun demikian, jelas beliau kegawatan politik selepas pilihan raya umum Mac lalu merupakan sesuatu yang menarik.

“Ini adalah petanda baik bagi PAS dalam usaha untuk memperkukuhkan parti dan merealisasikan nilai Islam,” katanya.dalam ucapan aluan pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS di sini.

Tambah  beliau pilihan raya lau telah memberi peluang kepada PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sistem dwi-parti.

“Sistem politik begini adalah sangat penting bagi mewujudkan budaya politik yang sihat,” jelas beliau.

Kamaruddin berkata PAS kini berhadapan dengan pelbagai rintangan yang semakin mencabar yang perlu ditangani dengan cara yang profesional.

“PAS akan rugi jika kita menghadapi masalah yang timbul dengan cara yang salah.

“Saya percaya kita semakin matang setelah diuji dengan pelbagai cabaran untuk terus bersama Pakatan Rakyat,” katanya.

Selain itu katanya PAS juga menerima kesan positif dengan wujudnya kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

“Kerjasama ini memberi satu pengertian penting untuk PAS. Sebagai contoh semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh jentera muktamar kita pada kali ini adalah petanda baik untuk PAS Perak terus cemerlang bersama kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini,” katanya.

APA KOMEN ANDA ?


Fitnah Nik Aziz merasuah, Anuar meliwat

Posted under UMUM by admin on Friday 15 August 2008 at 1:42 pm

Oleh melayunett

 Cubaan terbaru media-media BN yang begitu ghairah cuba mengaitkan Tok Guru Nik Aziz dengan kes rasuah berikutan sepucuk surat layang cukup menghampakan rakyat Malaysia baik penyokong Pakatan Rakyat mahupun rakyat biasa. Dakwaan liwat terhadap Anwar meningkatkan populariti kepimpinan PAS yang bersih. Justeru, dalam kedesakan BN menghalang sokongan rakyat dari beralih kepada  pimpinan PAS, pimpinan PAS juga mesti dipertuduhkan dengan pelbagai fitnah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat PADA 9 Ogos lalu menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.

Beliau berkata, Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.

“Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariff Fahmi),” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ni.    Bernama memetik Nik Aziz sebagai berkata beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, sebab-sebab pelantikan menantunya itu.    Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) memasuki premis PMBK di Kota Bharu untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.

Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu.

Berikut ialah sebahagian persoalan yang timbul:-

1. Adalah jelas bahawa Ariff Fahmi layak dan berpengalaman. Mengapa tindakan dan siasatan tidak dibuat ke atas kepimpinan UMNO yang melantik mereka yang tidak layak untuk memegang jawatan tetapi mendakwa PAS yang melantik mereka yang layak?

2. Mengapa BPR menyiasat Nik Aziz sedangkan pengumunan telahpun dibuat menjelaskan isu ini sewaktu persidangan. Perlantikan bukanlah dibuat secara sulit sebaliknya sudah dimaklumkan.

3. Siapa dalang di sebalik laporan ke atas Nik Aziz?

4. Tidakkah pelik Tok Guru Nik Aziz dikaitkan dengan rasuh sedangkan Tok Guru seorang zuhud yang hanya tinggal di sebuah pondok kecil di kampung? Bukankah lebih wajar siasatan dibuat ke atas Adun-Adun UMNO yang menjadi jutawan setelah menjadi wakil rakyat hanya sepenggal


PENGORBANAN SEORANG INSAN – DSWA

Posted under UMUM by admin on Friday 15 August 2008 at 3:54 am

Khamis, 14 Ogos 2008

KEBERANIAN Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan 31 Julai lalu sebagai wakil rakyat Permatang Pauh demi perjuangan parti membuktikan beliau bukan calang-calang orang.

Disebalik sikap peramah dan lemah lembutnya, terselindung jati diri yang lebih jitu, utuh dan padu iaitu ketabahan dan kecekalan beliau.

Kekuatan dalaman inilah yang membolehkan beliau mengharungi sepak terajang dunia politik, suatu dunia yang tidak pernah beliau impikan malah apa lagi menceburinya.

Tetapi itulah yang dikatakan takdir. Takdir juga meletakkan beliau di persada politik tanahair sebagai Presiden KeADILan sejak parti tersebut ditubuhkan sedekad lalu.

Beliau memberi laluan kepada suami tercinta, Anwar Ibrahim agar obor perjuangan yang dibawanya selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh terus dijulang Anwar ke tahap perjuangan yang lebih mencabar dan getir.

Kesanggupan ini menjadikan beliau seorang yang unik dan disanjung rakyat di atas pengorbanan beliau itu.

Dalam temuramah selama sejam di ibu pejabat KeADILan, Dr Wan Azizah, menyingkap pengalaman pahit beliau ketika suami tercinta ditangkap dan dipukul polis semasa di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1998.

Doktor kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga mengimbas kembali saat-saat manis Anwar dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh pada 2004. Ikuti liku-liku hidup beliau mengharungi tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri, nenek dan pejuang politik yang beliau berkongsi bersama Suara Keadilan.
PEMBABITAN POLITIK

Apa yang mendorong Dato’ Seri mengambil tanggungjawab menerajui sebuah parti politik yang baru pada 1998 walaupun Dato’ Seri bukan ahli politik ketika itu?

Saya berkeyakinan bahawa saya harus bangun menegakkan keadilan dan memberi semangat kepada suami dan juga anak-anak saya.

Pada masa itu anak-anak saya masih kecil lagi dan saya juga mempunyai latarbelakang yang mungkin berbeza dengan ramai rakyat Malaysia, namun dalam hati kecil saya saya tetap mahu bahawa saya mesti buat sesuatu. Itu adalah azam hidup saya untuk menegakkan yang hak dan cuba melenyapkan ketidakadilan.

Sebelum Dato’ Seri menerajui KeADILan, Dato’ Seri adalah seorang isteri kepada Timbalan Perdana Menteri. Mungkin sedikit sebanyak Dato’ Seri didedahkan kepada dunia politik melalui Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Adakah Dato’ Seri meminati bidang politik sehingga akhirnya meyakinkan Dato’ Seri untuk memimpin sebuah parti politik?

Saya tidak ada minat dan tidak didedahkan kepada apa-apa yang berbaur politik sejak kecil lagi. Saya dibesarkan di Alor Setar, “a small town girl” dan belajar di Sekolah Convent. Saya hanya menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Selepas itu saya ke luar negara, tamatkan pengajian dan pulang bekerja di Malaysia. Itu saya kira sesuatu yang biasa dialami oleh ramai orang.

Selepas itu saya bertemu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan berkahwin. Saya mengahwini seorang guru di mana pada ketika itu Dato’ Seri Anwar bekerja di Yayasan Anda Akademi, sebuah institusi untuk anak-anak yang tercicir. Dato’ Seri Anwar mempunyai satu ciri dan azam untuk mengangkat martabat pendidikan anak-anak Melayu.

Dengan kemudahan yang serba kekurangan, kesempitan hidup, anak-anak ini mungkin tidak mencapai tahap akademik yang diinginkan. Jadi untuk membuka peluang bagi mereka, yayasan ini banyak membantu mereka yang tercicir dalam bidang akademik.

Saya mengahwini Dato’ Seri Anwar pada tahun 1980 dan pada ketika itu pendapatan saya lebih sedikit daripada beliau.

Dato’ Seri Anwar mendapat RM800 sebulan dan saya ketika itu berkhidmat sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan. Ketika saya menjalani “housemanship” di Hospital Besar Kuala Lumpur saya bertemu Dato’ Seri Anwar.

Adakah pengalaman yang diperolehi oleh Dato’ Seri sebagai isteri seorang ahli politik memberi kekuatan dan keyakinan kepada Dato’ Seri untuk memimpin KeADILan?

Apabila beliau masuk gelanggang politik pada tahun 1982 dan beliau memasuki Umno, ia sungguh mengejutkan saya kerana beliau pada ketika itu juga mempunyai hubungan baik dengan Pas yang dipimpin oleh Allahyarham Dato’ Asri ketika itu. Tetapi dia telah membuat keputusan dan saya sebagai isteri berharap saya menjadi isteri yang baik serta memberi segala sokongan kepada suami yang baru memasuki arena politik.

Setelah itu beliau bertanding di Permatang Pauh pada 1982 dan memenangi kerusi tersebut. Kemudian Dato’ Seri Anwar dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri.

Saya hanya isteri seorang ahli politik, saya tidak tahu selok belok politik. Saya hanya menerima tetamu yang datang ke rumah, menghadiri Perhimpunan Agung Umno dan sebagainya dan juga sedikit sebanyak pengalaman sebagai isteri menteri dalam Bakti.

Selepas peristiwa penangkapan Dato’ Seri Anwar pengalaman saya berubah dan saya memang merasa tertekan tetapi seperti yang saya katakan saya berpegang kepada prinsip keadilan.

Pangkat dan kedudukan hanya membantu dalam apa yang kita hendak buat tetapi apa yang kita percaya itulah yang menjadi dorongan utama.

Saya kira ini adalah pengalaman pahit dalam hidup dan saya akan cuba harungi sedaya upaya. Sebagai seorang Islam saya mahukan keredhaan Allah s.w.t dan itulah yang memberi saya kekuatan.

Jika pegangan kita kuat kita mampu menghadapi apa jua kesusahan.

PENUBUHAN KeADILan

Boleh Dato’ Seri ceritakan sedikit peringkat awal penubuhan KeADILan sehingga Dato’ Seri dipilih menerajui parti?

Bila saya fikirkan kembali, seolah-olah ulang tayang, saya kira ia sesuatu yang mustahil terjadi tetapi hakikatnya ia berlaku.

Semua yang terjadi tidaklah dirancang begitu teliti sebab apabila Dato’ Seri Anwar dipecat beliau telah mengadakan “roadshow” menjelajah seluruh Malaysia dan pada masa itu memang ada ura-ura beliau akan ditangkap. Jadi pada salah satu ceramah beliau apabila Dato’ Seri Anwar ditanya siapa yang akan menggantikan beliau jika beliau ditangkap terus Dato’ Seri Anwar mengumumkan bahawa saya akan menerajui parti jika apa-apa terjadi kepada beliau.

Apa perasaan Dato’ Seri setelah diisytiharkan oleh Dato’ Seri Anwar sebagai pengganti beliau?

Saya agak terkejut dengan keputusan beliau itu kerana kami tidak pernah berbincang terlebih dahulu mengenainya. Namun setelah diberi tanggungjawab saya akur dan pada ketika itu saya tidak merasakan begitu teruk sebab Dato’ Seri Anwar belum ditangkap dan masih di sisi saya.

Apabila akhirnya Dato’ Seri Anwar ditangkap dan saya diumumkan sebagai pengganti beliau maka saya menerima mandat dan kepercayaan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab.

Saya mengucapkan alhamdullilah ketika itu dan berdoa kepada Allah, “Ya Allah berilah kekuatan kepada saya”. Itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada awal sejarah penubuhan KeADILan.

Selepas itu saya mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin parti yang lain mengenai struktur organisasi samada ianya satu parti Melayu atau parti pelbagai etnik, muka-muka baru dalam parti, siapa yang akan dilantik dalam jawatankuasa dan sebagainya.

ANWAR DI TANGKAP

Apabila Dato’ Seri Anwar ditangkap pada September 1998, apa pesanan terakhir beliau kepada Dato’ Seri?

Beliau tidak sempat berpesan apa-apa kerana apabila beliau ditangkap mereka serbu masuk rumah dan masa itu memang kelam kabut.

Anak saya Ihsan dan Nuha baru balik dari tuisyen ketika itu. Ihsan diacukan dengan “machine gun” di tengkuknya kerana Ihsan ketika itu berlari ke arah ayahnya yang telah dikepung manakala Nuha pula lebam di belakang badannya kerana dihentak dengan buntut senapang. Anak kelima saya pula menjerit kesakitan kerana dipijak kakinya.

Bagaimana perasaan Dato’ Seri ketika Dato’ Seri Anwar ditangkap kerana beberapa hari sebelum itu beliau adalah sebahagian daripada pemimpin tinggi kerajaan dan apabila dipecat beliau dilayan sebegitu rupa termasuk keluarga dan anak-anak beliau?

Ketika itu saya tidak mahu fikir mengenai orang lain. Saya hanya memikirkan untuk menjaga dan melindungi keluarga saya dan itulah sahaja yang bermain di fikiran saya ketika itu.
Walaupun ramai penyokong datang saya berasa amat lemah dan tertekan. Anak-anak saya menceritakan apa yang berlaku kepada mereka hanya selepas dua tahun.

Saya fikir saya mesti melindungi Dato’ Seri Anwar. Selepas beliau ditangkap kami sekeluarga dimasukkan di dalam sebuah van dan Hana masa itu masih didukung.

Di tengah-tengah perjalanan itu van tersebut berhenti dan kami dipisahkan. Dato’ Seri Anwar dibawa keluar seorang dalam keadaan digari dan ditutup mata. Saya tidak tahu dimana lokasi kami dipisahkan kerana saya berada di van berasingan dan sehingga hari ini saya masih tidak tahu lokasi tersebut.

Apa yang saya ingat ia adalah satu tempat yang sunyi dan saya tidak dapat mengecamnya. Dato’ Seri Anwar sempat mengucapkan “see you later Zah” ketika kami dipisahkan dan itulah kata-kata terakhir beliau.

Apabila saya sampai ke Bukit Aman saya tidak dibenarkan masuk. Dalam situasi kelam kabut dan tegang itu tidak sedar yang saya tidak memakai kasut dan berkaki ayam. Saya berkata kepada pihak polis bahawa saya tidak akan balik selagi saya tidak tahu di mana Dato’ Seri Anwar dibawa.

Anak-anak saya pada ketika berada dalam van. saya berkeras tidak mahu pulang sehingga polis memanggil Dato’ Jamil Johari. Beliau datang dalam keadaan memakai kemeja T sahaja dan saya terus berkata kepadanya, “Sebagai seorang Islam, I want your word as a Muslim. You Islam, I Islam, jangan apa-apakan Anwar. If my husband is guilty or not guilty you deal with it professionally”.
Masa itu saya tidak sedar bahawa Dato’ Seri Anwar sedang dibelasah di Bukit Aman.

Apa respon Dato’ Jamil Johari?

Beliau berkata “yes, kita akan buat secara profesional”. Kemungkinan beliau juga tidak tahu yang Dato’ Seri Anwar dipukul pada ketika itu.

Selepas ditangkap bila Dato’ Seri dapat berjumpa untuk pertama kalinya dengan Dato’ Seri Anwar?

Saya tidak dibenarkan menemui beliau ketika ditahan pada 20 September sehinggalah 29 September. Saya hanya dapat peluang bertemu beliau di mahkamah. Ini kerana ketika ditangkap dirumah beliau ditahan dibawah akta 377 B iaitu “sodomy” dan pada keesokan harinya dipinda pula kepada ISA.

Jadi kita tidak dapat berjumpa sehingga 29 September dan ketika Dato’ Seri Anwar dibawa ke mahkamah matanya lebam. Memang masa saya berjumpa beliau perasaan saya bercampur antara susah hati dan rasa lega kerana beliau masih hidup.

Susah hati kerana saya menerima satu panggilan pada 21 September, sehari selepas Dato’ Seri Anwar ditangkap yang mengatakan beliau telah meninggal dunia! Saat itu saya merasakan seperti orang tidak siuman, tapi saya berkata kepada diri saya tidak akan percaya sehingga saya dapat melihat mayat beliau dengan mata kepala saya sendiri. Sebab itulah apabila saya berjumpa dengan beliau pada 29 September itu saya berasa amat lega dan bersyukur sekali yang beliau masih hidup.

Saya juga berasa lega apabila hakim membenarkan doktor memeriksa Dato’ Seri Anwar. Pada masa itu, kita dibenarkan melawat beliau tetapi diawasi ketat oleh polis dan Dato’ Seri juga nampak amat keberatan untuk bercakap cakap kerana mungkin ada Special Branch yang pandai membaca pergerakan bibir.

Apabila Dato’ Seri bertemu Dato’ Seri Anwar buat pertama kalinya di mahkamah, apakah pesanan beliau?

Dato’ Seri Anwar berkata kepada saya, “sabar, take it easy”. Kita tidak menjangka ianya akan jadi sebegini rupa dan amat zalim. Mungkin sebelum beliau dibelasah saya masih ada lagi sikit kepercayaan terhadap polis tetapi apabila saya melihat mata lebam beliau saya kurang kepercayaan kepada sesiapapun. Dato’ Seri Anwar juga turut tidak percaya kepada sesiapa kerana dua hari sebelum ditangkap beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya dipukul. Sebagai seorang doktor, kita boleh kawal emosi dan bersabar. Jarang saya tunjukkan emosi saya walaupun selepas Dato’ Ser Anwar ditangkap, cuma sekali sahaja saya menangis ketika di Baling.

SOKONGAN KELUARGA DAN KAWAN

Bagaimana pula dengan sokongan daripada kawan dan sahabat handai Dato’ Seri?

Saya mendapat sokongan dari kawan-kawan tetapi bagi isteri-isteri menteri dan Perdana Menteri saya faham dilema mereka. Selepas Dato’ Seri Anwar disingkirkan daripada jawatan beliau saya pergi ke rumah Perdana Menteri dan berjumpa dengan Tun Dr Siti Hasmah.

Dia memang baik dan bertanya kenapa saya tak datang lebih awal. Pada beliau tindakan suaminya betul dan saya rasa tak mungkin saya akan dapat apa-apa sokongan dari beliau.

Ada isteri-isteri menteri yang datang jumpa saya tapi tidak ramai, dan saya berterima kasih kepada mereka kerana sudi datang walaupun berlainan pandangan politik. Walau bagaimanapun yang membuat saya berasa amat berbesar hati adalah mereka yang saya tidak kenal langsung.

Mereka inilah yang datang dan memberi saya semangat serta dorongan dan berjanji mahu bersama-sama menegakkan keadilan. Hati saya amat terharu apabila seorang makcik tua yang dah bongkok datang berjumpa saya di Cherok To’ Kun dan memberi satu ringgit kepada saya. Saya betul-betul amat terharu dan peristiwa itu memberi kekuatan lagi kepada diri saya untuk terus berjuang dan juga menambahkan keyakinan saya.

Semua yang kita lakukan selama ini bukan semata-mata bukan kerana Dato’ Seri Anwar atau keluarga. Memang beliau dizalimi tetapi yang lebih utama ialah kita lakukan demi negara kita dan rakyat. Bersama-sama rakyat menegakkan yang hak membuatkan saya yakin dan kuat semangat.

Bagaimana kesan ke atas anak-anak dan keluarga Dato’ Seri melihat apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar?

Alhamdulillah anak-anak saya terutamanya Nurul Izzah faham apa yang berlaku. Mereka melihat ini sebagai satu perjuangan. Mereka menerima sindiran dari kawan-kawan tetapi ini memperkukuhkan ikatan kami sekeluarga.

Dato’ Seri Anwar adalah seorang ayah yang penyayang dan selalu bergaul rapat dengan anak-anak dan sekarang bersama cucu. Jadi itu mengeratkan lagi ikatan kami sebagai satu keluarga. Saya bersyukur kita mampu menghadapi semua ini dengan sabar dan tabah.

Bila anak-anak saya melihat ibu mereka mampu bertahan dan sabar menghadapi semua cabaran itu juga yang memberi mereka kekuatan. Mereka melihat saya tidak tunduk, saya masih teguh dan saya mengatakan kepada mereka bahawa ini adalah fitnah terhadap ayah mereka dan kita harus bersama-sama menegakkan keadilan.
Walaupun ada bisikan-bisikan yang ragu-ragu dengan fitnah ini, kami sekeluarga tetap berpegang teguh dengan pendirian kami bahawa ini adalah fitnah semata-mata.

MELAWAT ANWAR DI PENJARA

Selama enam tahun Dato’ Seri Anwar dipenjarakan berapa kali Dato’ Seri sekeluarga melawat beliau?

Ianya bergantung. Ketika dalam tahanan reman kami boleh melawat dua minggu sekali tetapi pada peringkat awal reman, kami tidak dibenarkan melawat beliau. Saya hanya dapat bercakap dengan beliau menggunakan interkom disebalik dua lapisan kaca dan wajah Dato’ Seri Anwar tidak jelas kelihatan kerana kaca tersebut agak kotor.

Apabila Dato’ Seri Anwar mula menggunakan kerusi roda, bapa mertua saya menulis surat kepada Perdana Menteri untuk merayu dan membenarkan kami melawat beliau seminggu sekali.

Agak payah juga waktu hendak melawat Dato’ Seri Anwar sebab kami perlu serah kad pengenalan, mengisi borang dan terpaksa menunggu lama dan pelbagai lagi halangan tetapi apabila dapat berjumpa beliau kami sekeluarga dapat menghilangkan kerinduan kami. Ketika berjumpa Dato’ Seri Anwar beliau sentiasa berlagak normal dan tidak memberitahu kesusahan yang dihadapinya. Jika saya fikirkan masa beliau ditahanlah, saya dapat bersama-sama beliau meluangkan masa kualiti dengan anak-anak. ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri perjum-paan sebegini memang jarang berlaku kerana beliau terlalu sibuk dengan tugas-tugas rasmi kerajaan. Mungkin juga ada hikmah di sebalik penangkapannya.

Sepanjang enam tahun tersebut, walaupun hanya dapat berjumpa 40 minit dengan beliau namun ianya cukup berharga bagi kami. Ketika itu anak-anak mengambil peluang untuk berbual dengan ayah mereka dan ini merupakan kenangan manis bagi kami sekeluarga. Bagaimanapun kami tidak dibenarkan membawa makanan.

Berapa kali pula Dato’ Seri sekeluarga berpeluang menyambut harijadi bersama Dato’ Seri Anwar semasa beliau dalam tahanan?

Ia jarang kerana memandangkan beliau di penjara tetapi kami berpeluang hanya sekali di mahkamah apabila kami membawa kek harijadi untuk beliau. Walau bagaimanapun, alhamdullilah, yang paling penting kami sekeluarga masih teguh bersama.

TANGGUNGJAWAB POLITIK DAN ANAK-ANAK

Adakah anak-anak Dato’ Seri mempunyai kesedaran politik melalui apa yang terjadi kepada ayah mereka?

Izzah yang paling memahami senario yang berlaku dan adik-adiknya yang lain hanya ambil tahu sahaja.

Daripada masa Dato’ Seri menerajui parti sehinggalah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh adakah Dato’ Seri mengadakan perbincangan dengan Dato’ Seri Anwar mengenai hal dan masalah bersangkutan parti, polisi, dasar, perancangan dan sebagainya?

Kami sentiasa sibuk dengan kerja-kerja parti tetapi kami sering berbincang secara tidak formal. Bukan kami berdua sahaja berbincang, Dato’ Seri Anwar lebih gemarkan konsensus daripada semua pemimpin parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Kita tidaklah mempunyai kepakaran dan sesi ‘briefing’ seperti yang diberi oleh Perdana Menteri tetapi kita ambil pendapat semua orang.

Apakah cabaran-cabaran yang Dato’ Seri hadapi sepanjang sepuluh tahun menerajui KeADILan?

Sememang dalam parti ada pasang surutnya. Pada 1999 kita melihat ramai pemimpin KeADILan keluar dan masuk parti. Ini lumrah. Pada pilihan raya 1999 kami memenangi 5 kerusi dan 2004 hanya satu kerusi sahaja.

Jika kita membuat kajian senario politik negara, keadaan politik yang kita alami bagaikan ‘pendulum’ dimana setiap kali pilihan raya, rakyat akan beri sokongan kepada kerajaan dan pada pilihan raya yang lain rakyat berpihak kepada pembangkang.

Tahun 2008 adalah tahun bagi pembangkang dan 2004 adalah untuk kerajaan di mana pada ketika itu kita mempunyai Perdana Menteri yang baru dengan konsep Islam Hadhari-nya dan tamatnya era Tun Dr Mahathir.

Jadi rakyat mendapat harapan baru dan mengundi Perdana Menteri yang baru. Pada ketika itu hanya saya seorang memenangi kerusi yang ditandingi KeADILan dan itu pun hampir kalah.

SAAT MANIS DAN PAHIT

Boleh Dato’ Seri berkongsi saat yang paling pahit dalam tempoh sepuluh tahun ini?

Saat yang paling pahit ialah ketika saya diberitahu Dato’ Seri Anwar meninggal dunia dalam tahanan polis. Saya tidak berapa ingat apa lagi yang diberitahu dalam panggilan telefon tersebut tetapi saya cuma beritahu saya tidak percaya dengan cerita itu.

Saya jarang bercakap kasar dengan orang tetapi ketika itu saya tinggikan suara saya kerana terlalu marah dengan berita yang mengatakan Dato’ Seri Anwar telah meninggal.

Saya katakan kepada diri saya sendiri masa kan Allah tidak memberikan hambanya peluang kerana saya adalah mangsa dalam masalah ini dan tidak langsung terlibat dengan politik.

Daripada 20 September sehingga 29 September merupakan hari-hari yang paling gusar bagi saya kerana saya tidak mengetahui langsung apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar.

Saya dapat berkomunikasi dengan Musa Hasan yang mengendalikan siasatan itu dan bertanya kepada beliau keadaan Dato’ Seri Anwar dan beliau memberi jaminan bahawa Dato’ Seri Anwar berada dalam keadaan dan kesihatan yang baik.

Selama sembilan hari tidak ada berita mengenai Dato’ Seri Anwar, apakah yang bermain-main di fikiran Dato’ Seri pada ketika itu?

Saya hanya fikirkan tentang anak-anak dan keluarga dan bagaimana hendak menangani masalah ini. Apa yang mampu saya buat, dengan tidak ada pekerjaan ketika itu dan di mana pula hendak dapatkan sumber kewangan untuk menjalani kehidupan seharian?

Rumah kami di Bukit Damansara juga belum habis dibayar pinjaman perumahan kerajaannya tetapi alhamdullilah, selepas itu ramai yang membantu kami sekeluarga dengan sumbangan dari mereka. Sedikit sebanyak dapatlah kami menampung perbelanjaan umpamanya tuisyen anak-anak. Saya amat bersyukur ke hadrat ilahi dengan rezeki yang dilimpahkannya. Izzah ketika di Uniten, ramai juga yang membantunya.

Apa pula saat yang paling manis buat Dato’ Seri?

Saat paling manis sudah pasti ketika Dato’ Seri Anwar dibebaskan dari penjara kerana saya tidak menyangka beliau akan dibebaskan. Sebelum beliau dibebaskan, Dato’ Seri Anwar ada menyebut kemungkinan beliau akan dibebaskan cuma beliau berpesan kepada saya supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi dan jangan bersedia untuk hari tersebut.

Pada hari beliau dibebaskan kami terkejut apatah lagi dengan keadaan rumah yang masih tidak terurus kerana kami berpindah dari kediaman rasmi setelah dua hari Dato’ Seri Anwar dipecat. Kami hanya membuka separuh sahaja kotak-kotak di rumah Bukit Damansara itu dan selebihnya dibiarkan dalam kotak.

Ketika mendapat berita tersebut keadaan kami sekeluarga ketika itu agak kelam kabut sedikit. Dato’ Seri Anwar ketika pulang dari penjara membawa bersama barang-barang peribadinya dan baju beliau semuanya masih berada dalam kotak-kotak yang belum dibuka. Pada keesokan paginya, ketika kami sedang bersarapan, Dato’ Seri Anwar hanya berkain pelikat dan menyarung kemeja T dan apabila saya membuka pintu rumah kami terkejut melihat jurugambar-jurugambar dari akhbar Cina yang telah sedia menunggu di hadapan rumah.

Mereka berebut-rebut untuk mengambil gambar Dato’ Seri Anwar dan saya agak terkejut dengan apa yang berlaku. “Okaylah, it was nice, he’s around, the kids checked up on him and they still can’t believe that papa is home and everyone in the family is very happy at that time”.

Pada keesokan harinya kami mengambil pasport beliau untuk membawanya ke Munich bagi pembedahan sakit belakangnya.

ANWAR DIBEBASKAN

Apa perancangan awal Dato’ Seri setelah Dato’ Seri Anwar dibebaskan?

Saya memikirkan tentang masalah kesihatan Dato’ Seri Anwar kerana beliau sudah menggunakan kerusi roda dan tidak dapat berjalan dengan betul. Keadaan fizikalnya juga kurus disebabkan beliau jarang makan ketika dalam tahanan dan sering berpuasa.

Sudah berapa lama Dato’ Seri sekeluarga tidak pergi bercuti?

Ketika kami ke Munich untuk pembedahan Dato’ Seri Anwar itulah dianggap percutian bagi kami sekeluarga, “we took it as part vacation” dan kami sekeluarga selepas itu mengerjakan umrah yang pada ketika itu bulan Ramadhan dan kami menyambut Ramadhan di sana.

Jadi kami dapatlah juga peluang untuk bercuti dan ketika juga Dato’ Seri Anwar menjadi profesor, kami sekeluarga turut melawat beliau dan ke Geneva selama dua hari.

Ketika berada di luar negara, bagaimana respon rakyat Malaysia dan asing terhadap Dato’ Seri Anwar?

Alhamdullilah, kami diterima dengan baik. Dato’ Seri Anwar sering dijemput untuk memberikan ucaptama dan mendapat sambutan yang amat baik. Bagaimanapun pelajar Malaysia telah diberi amaran oleh “Malaysian Student Department” untuk tidak menghadiri apa-apa ceramah yang melibatkan Dato’ Seri Anwar dan jika ingkar, pelajar-pelajar ini akan mengalami masalah biasiswa.

LEPASKAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Apakah yang mendorong Dato’ Seri untuk melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh kepada Dato’ Seri Anwar kerana sebelum ini Kulim Bandar Baharu dikatakan kawasan beliau akan bertanding pilihan raya kecil?

Kami telah berbincang dan saya mula-mula dahulu ketika bertanding dan memasuki politik pun kerana apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar. Kalau beliau tidak boleh bertanding ini adalah kerana kerajaan menjadi penyebab perkara sebegini berlaku. Kerajaan tidak membenarkan beliau bertanding pada 2008.
Sekiranya kerajaan membenarkan beliau bertanding, perkara sebegini tidak akan berlaku.

Saya juga pernah memberitahu dan berterus terang kepada pengundi-pengundi saya, bahawa jika saya menang kerusi Permatang Pauh saya akan kosongkan kerusi ini untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar bertanding.

Beliau memang berasal dari Permatang Pauh dan menjadi ahli parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982 lagi sehingga 1999.

Jadi ada satu ikatan yang begitu erat sekali di antara kami dan penduduk Permatang Pauh. Dalam pilihan raya 2004 saya memenangi kerusi itu. Pada kiraan pertama, saya sudah menang dan saya tidak meminta kiraan semula. Tidak mungkin saya hendak membuat kiraan semula jika saya sudah diisytiharkan menang.

Pihak lawanlah yang meminta kiraan semula kerana mereka sudah kalah. Pada ketika itu televisyen di seluruh negara mengatakan saya kalah, ‘kecundangnya di kubu kuatnya di Permatang Pauh’ kata mereka. Selepas kiraan semula pada malam itu, saya bertemu pengundi di satu ceramah dan saya berkata, ‘malam ini berbalaslah rasa kasih Anwar Ibrahim kepada Permatang Pauh dan Permatang Pauh kepada Anwar Ibrahim’.

SELEPAS PERMATANG PAUH

Apakah perancangan Dato’ Seri setelah secara rasmi mengakhiri tugas sebagai wakil rakyat Permatang Pauh secara rasmi?

Saya masih lagi menjadi Pengerusi Yayasan Aman dan juga Presiden KeADILan dan saya akan jalankan tugas seperti biasa. Dato’ Seri Anwar adalah Ketua Umum parti dan saya akan terus membantu beliau.
Kita percaya kepada “collective leadership” dan kita juga merupakan parti pelbagai etnik dan aspek ini penting dalam perjuangan kami.Satu lagi tugas saya ialah sebagai seorang isteri, ibu kepada anak-anak saya dan juga nenek.

Adakah Dato’ Seri akan kerap melawat Permatang Pauh walaupun sudah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat?

Saya rasa ada talian yang kuat di antara kami. Kemesraan antara saya dan pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan berterusan sampai bila-bila dan jikalau Dato’ Seri Anwar tidak dapat balik ke Permatang Pauh saya boleh mewakili beliau dan bertemu rakyat Permatang Pauh dan ini tidak menjadi masalah kepada saya.

KONSPIRASI KEDUA

Apa pandangan Dato’ Seri mengenai konspirasi kedua terhadap Dato’ Seri Anwar dalam usaha menghalang beliau memimpin Malaysia?

Ada juga perasaan begitu tetapi sekarang ini rakyat lebih faham dan tahu bahawa ia adalah secara terang satu konspirasi. Mereka sudah tidak ada apa-apa lagi untuk menuduh Anwar. Apa yang mereka ada? Rasuah yang mereka cari sudah bertahun-tahun tetapi tidak jumpa dan jika ada sudah pasti ada kes terhadap Dato’ Seri Anwar.
Skandal dengan perempuan? Masa dahulu mereka tuduh beliau dengan wanita Mexicolah, Latinolah tetapi semuanya tidak ada asas dan bukti. Kes liwat juga telah digugurkan. Ini memang jelas konspirasi dan kami sudah bersedia untuk menghada-pinya, insyaAllah.

Adakah Dato’ Seri berasa takut dengan khabar angin yang mengatakan bahawa Dato’ Seri Anwar akan ditangkap dalam masa terdekat ini?

Kita memang ketahui mengenai khabar angin ini dan wartawan pun telah mula berkampung di hadapan rumah kami kerana mereka telah diarahkan oleh editor masing-masing untuk mendapatkan berita penangkapan semula Dato’ Seri Anwar.Dahulu beliau ditangkap ala “Rambo”.

Kami melihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah kami. Kami telah berbincang mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya penangkapan ini benar-benar terjadi.

Sekiranya Dato’ Seri Anwar ditangkap dan didakwa tanpa jaminan tetapi menurut undang-undang beliau masih boleh bertan-ding seperti saudara Manoharan yang menang bertanding di Kota Alam Shah walaupun menjadi tahanan ISA. Jadi kita boleh mengisi borang pencalonan dan hantar melalui peguam bagi memastikan Dato’ Seri Anwar dapat bertanding.

MASA BERSAMA KELUARGA

Apakah perasaan Dato’ Seri sekarang setelah dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan juga cucu?

Alhamdullilah, saya berasa amat bersyukur sebab dapat peluang ini sekarang. Kalau tunggu lama lagi mungkin saya sudah tak bertenaga lagi tetapi sekarang ini saya masih bertenaga dan boleh bermain dengan cucu dan meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Satu hari nanti kita bangun tidur dan melihat anak-anak kita semuanya sudah besar dan tiada siapa lagi yang tinggal bersama kita. Masa itu kita akan berkata, “Ya Allah, masa berlalu begitu pantas sekali dan saya terlepas peluang untuk bersama anak-anak dan cucu” tetapi sekarang ini saya masih berpeluang.

Soalan terakhir buat Dato’ Seri, kalaulah ditakdirkan Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat ini, adakah Dato’ Seri bersedia menjadi ‘First Lady’ atau Wanita Pertama?

Saya rasa walau apa pun peranan saya, insyallah, sebagai isteri itu adalah keutamaan dan juga sebagai ibu. Kalaupun beliau tidak menjadi sesiapa-pun, kalau beliau seorang banduan sekali pun, saya masih lagi menjadi isteri dan ibu, itu yang terpenting.

Kalau saya fikirkan tentang nama dan status sebagai Wanita Pertama Malaysia, itu sudah menjadi rumit dan niat sudah menjadi lain, saya rasa saya tidak mahu fikirkan tentang perkara itu buat masa ini.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme