Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



ARTIKEL PILIHAN

Posted under UMUM by admin on Thursday 14 August 2008 at 4:51 am

Jihad’ Umno & mencari ’syahid’ di Permatang Pauh ?

Makin lama makin bodoh statement-statement orang-orang BN ni. [ mantot ]
Bila kak jat melancarkan kempen “jihad” di permatang pauh semalam, aku jadi terkedu. Sedikit cuak pun ada. Dalam laporan beberapa akhbar memetik kenyataannya sebagai berkata bahawa “jihad” wanita ameno adalah perlu bagi memastikan “individu tertentu” tidak menjadi perdana menteri untuk agenda peribadi. Gambaqnya bukan main, satu bilik dok angkat bendera dan sepanduk bersemangat menyokong usaha “jihad” kak jat. Ada yang sampai telondeh skaff, walaupun kebanyakannya dah macam tak pakai skaff.

Bayangkan kalau betoi kompoak “jihad” ni betoi2 melaksanakan “jihad” mereka masa berkempen nanti. Dengan rambut blonde nya. Ngan rantai dan gelang labuh sampai ke siku. Ngan gincu tebai sedepa. Dengan baju ropol2 dan skaff bermanik2 terkedip2 mata yang penuh ngan maskara tu mengingatkan orang kampung betapa perlunya “orang Islam” kembali kepada pegangan asas, dan tidak terpengaruh dengan parti lawan yang nyata “sesat lagi menyesatkan”. Aku sangat risau kalau2 ada yang keluaq berita muka depan “perayu undi wanita ameno ditampar dengan pinggan”!

hebat ketua puteri Umno bahagian ini ye!
artikel berkaitan klik yang ini

Itu belum puteri ngan putera ameno istihar “jihad” lagi. Kalau dak, kompom ada yang kena paku ngan spark plug, atau paling tidak pakat teketaq2 bila orang kampung test suruh bang kat surau.
selanjutnya klik ini

(sumber: al-Banjari)


Temui pemimpin Umno bukan di atas kepentingan peribadi – Nasharuddin

Posted under BERITA by admin on Thursday 14 August 2008 at 4:28 am

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menjelaskan perjumpaan pemimpin PAS dan Umno bukan di atas kepentingan peribadi.

Beliau berkata, tidak salah untuk PAS mengadakan perjumpaan dengan sesiapa sahaja termasuk pemimpin Umno sebagai medan dakwah.

Lagi pun katanya, pertemuan yang diadakan sebelum ini sudah diputuskan Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada April lalu.

“Pemimpin PAS bertemu dengan pimpinan Umno adalah restu daripada Majlis Syura Ulamak. Dan rundingan yang diadakan bukan untuk mendapatkan kerusi atau jawatan.

“Tetapi apa yang kita lakukan untuk memastikan mereka menerima Islam,” katanya pada perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-49 di Stadium Indera Mulia, di sini, malam ini.

Beliau berkata, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat perlu didakwah sepanjang masa biar pun kita berada dalam satu bumbung dengan PAS sekarang.

Kata beliau juga politik adalah alat, manakala PAS merupakan wadah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah berasaskan al Quran.

“Perlukan kepemimpinan ulama hanya mengutamakan pandangan aspek politik semata-mata dan meninggalkan perkara sebenar dalam dakwah,” ujarnya.

Beliau berkata, asas dakwah yang berpandukan al Quran ialah perkara mutlak dalam perjuangan PAS.

Oleh itu beliau berharap setiap ahli hendaklah bertenang dan melihat apa yang berlaku dalam isu muzakarah dari pelbagai sudut.

Menurutnya, sikap Saiyidina Omar yang menghunus pedang marah kepada orang yang mengatakan Rasulllullah saw wafat seharusnya menjadi iktibar.

“Sayangilah jemaah dengan panduan al Quran dan bukan sahaja dengan kepentingan politik.

“Pastikan segala langkah yang diambil oleh ahli mestilah berdasarkan panduan dari al-Quran,” ujar beliau.

Sementara itu Ustaz Nasharuddin menyampaikan anugerah kepada Dewan Pemuda PAS yang berjaya mengumpul jumlah ahli teramai.

Zon Timur dimenangi Dewan Pemuda PAS Tumpat, Baling (zon utara), Lumut (tengah), Tampin (selatan) dan Petrajaya (Malaysia Timur).

Manakala bagi kategori pengurusan pejabat terbaik tempat pertama dimenangi Dewan Pemuda PAS Kedah, Terengganu (kedua) dan Johor (ketiga).

Pengurusan Pasti terbaik pula dimenangi Selangor bagi kategori A, Perak (B) dan Melaka (C).

Pada majlis itu Timbalan Presiden PAS juga melancarkan tiga buku terbaru karya terbaru beberapa pemimpin PAS. – mj

Mohd Nor Yahya
Thu | Aug 14, 08 | 12:12:28 am MYT


Ariff Shah tekad akhiri sumpahan 10 tahun Permatang Pauh

Posted under BERITA by admin on Thursday 14 August 2008 at 3:44 am

dipetik daripada Utusan Meloya Online

BUTTERWORTH 13 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Ariff Shah Omar Shah bertekad untuk mengakhiri sumpahan 10 tahun kegagalan BN menawan Permatang Pauh.

Ariff Shah, 52, yang diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini berharap tuah akan berpihak kepadanya pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya iaitu salah satu daripada tiga DUN di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum Mac lalu dengan majoriti 533 undi, yakin pengundi Permatang Pauh akan membuat pilihan bijak.

Katanya, selepas tiga penggal Permatang Pauh berada di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), penduduk begitu kecewa kerana tiada satu pun pembangunan dibawa ke kawasan itu.

“Permatang Pauh memerlukan seorang wakil rakyat yang boleh berada di kawasan setiap masa dan memberi khidmat terbaik untuk penduduk,” kata Ariff Shah kepada pemberita selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya BN di sini malam ini.

Ariff Shah sebelum ini merupakan Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh, Ketua Pemuda dan juga Ketua Penerangan bahagian selain telah berkecimpung dalam politik sejak 20 tahun lalu.

Pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh diadakan ekoran penyandangnya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi berkenaan untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

Selain DUN Seberang Jaya, Parlimen Permatang Pauh turut meliputi DUN Permatang Pasir (diwakili Hamdan Abd. Rahman dari Pas) dan DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme