Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Anwar Agen Amerika

Posted under UMUM by admin on Tuesday 12 August 2008 at 12:16 pm

Tuduhan Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika ini sudah terlampau lama kita dengar. Malangnya, hampir tiada bukti yang kita dapat lihat.

Yang membimbangkan saya, tuduhan Anwar sebagai agen Amerika dapat dilihat riaknya dalam kenyataan Presiden PAS yang terbaru sewaktu selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang semalam.

Beliau telah berkata:

“PAS juga, tambah Dato’ Seri Abdul Hadi, menolak sebarang bentuk campur tangan kuasa luar dalam penyelesiaan pertuduhan kes liwat terhadap Anwar.“Kalau Amerika nak campur tangan, biar mereka selesaikan di Gautonama dulu” katanya.“

Soalnya sekarang, apa perlu Tuan Guru Presiden menyebut berkenaan sokongan Amerika dalam kenyataan yang sama menyokong Anwar Ibrahim dalam isu fitnah liwat terbaru beliau? Apa kaitan Amerika dengan tuduhan liwat Anwar Ibrahim sedangkan ramai lagi Negara dan tokoh2 negara lain yang menyatakan kebimbangan mereka berkaitan dengan tuduhan liwat Anwar yang terbaru?

Mengapa Tuan Guru Presiden tidak memaki Kerajaan Turki yang secara jelas terlibat melindungi Anwar secara fizikal dalam hal ini? (Walaupun saya tahu Ust Nasa cukup menyampah dengan parti AK pimpinan Racep Tayyib Erdogan)

Ini adalah kerana antara fitnah yang digunakan untuk meracun pemikiran Tuan Guru ialah kononnya Anwar adalah agen Amerika. Fitnah itu tentulah datang dari salah satu ahli “fraksi UMNO” dalam PAS. Dan fitnah Anwar Agen Amerika ini adalah “specialization” oleh Cikgu Musafa Ali. Kalau Ustaz Nasa “pengkhususannya” adalah kononnya ada laporan doctor Anwar meliwat SAiful, Cikgu PA pula membawa “maklumat” kononnya Anwar agen Amerika.

Kesemua maklumat Cikgu Pa itu adalah datangnya dari UMNO dan Kerajaan BN. Nampakknya racun Cikgu PA ini masih kuat dan menebal dalam pemikiran Tuan Guru Presiden. Sebolehnya dapat membantu Tuan Guru Presiden untuk membuat penilaian yang lebih wajar dalam isu ini, Amin.

Tujuan penulisan ini adalah untuk menghapuskan keraguan dan fitnah yang berkaitan dengan Anwar yang telah diberikan kepada Tuan Guru Presiden oleh Cikgu Pa. Itu sahaja.

Sudahkah kita semua lupa bahawa tuduhan Agen Amerika ini bukan sahaja kena pada Anwar Ibrahim, tetapi juga kena kepada banyak gerakan Islam terutamanya Ikhwan Muslimin Mesir.

Di Mesir, tuduhan Ikhwan agen Amerika ini dilakukan oleh Regim Mubarak secara terbuka. Malahan ramai aktivis Ikhwan yang disiksa di dalam penjara Mesir juga telah mengaku bahawa Ikhwan adalah agen Amerika.

Filem-filem di MEsir juga tidak segan silu memaparkan fitnah ini ke atas Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam seluruh Mesir. Mereka mengatakan Ikhwan Muslimin menentang regim Mubarak kerana hendak melemahkan regim Mubarak yang jelas mempertahankan Mesir dari dijajah Israel. Penentangan Ikhwan Muslimin Mesir terhadap regim Mubarak adalah tanda-tanda utama, Ikhwan mahu Amerika dan Israel menguasai Mesir dan mengkompromi kemerdekaan Mesir

HAMAS pula dituduh oleh Barat sebagai ciptaan MOSSAD untuk melemahkan FATAH dan PLO. Tuduhan ini terkandung dalam laporan CIA ke atas HAMAS. Dan tuduhan ini disokong oleh PLO dan FATAH serta diiyakan oleh kerajaan Israel. Malahan, antara sebab HAMAS tidak mendapat sokongan bulat dari rakyat Palestine kerana terdapat sebahagian besar yang masih ragu dengan HAMAS kerana menjadi mangsa fitnah AMerika dan Israel itu.

Soalnya sekarang adakah Tuan Guru Presiden PAS, masih mahu terus mempercayi fitnah yang direka oleh Kerajaan Malaysia dan UMNO ini? Walaupun fitnah ini telah dibawa sendiri oleh CIkgu Mustafa Ali kepada Tuan Guru Presiden, ianya tetap bersumber dari UMNO dan BN.

Kalau mahu terus mempercayai berita karut ini, maka wajib Tuan Guru Presiden mempercayai bahawa Ikhwan Muslimin Mesir juga agen Amerika dan HAMAS adalah ciptaan Israel dan Mossad untuk melemahkan PLO.

Memang Modus Operandi agen Amerika, apabila identity mereka sudah hampir terbuka, mereka mesti menuduh orang lain sebagai agen Amerika. Ini bertujuan untuk memaling tumpuan umum kepada agen Amerika yang sebenar yakni UMNO. Sila baca ucapan Najib di Heritage Foundation di sini dan saudara dapat lihat sendiri betapa UMNO beruasaha bersungguh-sungguh untuk mencapai redha tuan mereka, yakni Amerika. Ini adalah pengakuan dari Najib sendiri dan harus diambil secara serius.

Saya faham, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pejuang Islam yang sangat ikhlas. Beliau ditarbiyyah untuk saying kepada Islam lebih dari diri beliau dan teman-teman dan kenalan malahan keluarga sendiri. Kalau ditakdirkan Tuan Guru terpaksa mengorbankan seluruh keluarga beliau demi untuk kemenangan Islam, Tuan Guru Haji Hadi tidak akan teragak-agak walau sedetik untuk melakukannnya. Begitulah setia dan iltizam beliau terhadap Islam.

Dan Tuan Gurua adalah seorang yang bijaksana dan mampu menilai, Beliau tidak mudah ditipu dengan khabar-khabar angin atapun cakap-cakap orang. Tetapi oleh kerana dicucuk oleh orang-orang yang rapat dan dipercayai oleh Tuan Guru, maka atas dasar sayang kepada Islam, beliau telah mempunyai tanggapan yang salah kepada Anwar.

Mana mungkin Tuan Guru boleh berubah fikiran dengan begitu mudah sekiranya pada masa Anwar dibebaskan dari penjara dan dirawat di Jerman, Tuan Guru sanggup melawat Anwar di Jerman. Tiba-tiba tidak semena-mena hubungan Tuan Guru-Anwar Ibrahim menjadi terlampau dingin sebegini.

Saya pun dapat merasakan bagaimana tanggapan Tuan Guru dan beberapa ulama telah bertukar. Bayangkan, hampir pada waktu yang sama, Ustaz Nasa membawa isu pasal liwat, Cikgu Pa pasal Anwar agen Amerika dan Hasan Ali pasal Melayu sudah hilang di Selangor. Sedangkan, ketiga-tiga ini adalah orang kepercayaan Tuan Guru. Nescaya hati Tuan Guru terpaling.

Terpaling bukan sebab Tuan Guru jahat atau tidak baik, tetapi kerana perasaan sayang dan cinta yang mendalam pada Islam. Manakala, motif “fraksi” UMNO yang dipercayai Tuan Guru pula adalah jawatan dan pangkat.

Di sini saya minta Tuan Guru Haji HAdi supaya menilai kembali segenap “input” yang didapati oleh beliau sepanjang 4 bulan kebelakangan ini berkaitan Anwar Ibrahim. Inshaalah, kebenaran akan terpancar juga. Misalnya, cerita kononnya ada bukti perubatan yang Anwar telah meliwat Saiful akhirnya terbukti satu penipuan yang besar.

UMNO sedang berada dalam keadaan nazak. Mereka akan melakukan apa sahaja dan menggunakan sesiapa sahaja untuk menyelamatkan diri mereka. Perkara fitnah sebegini tidak menjadi satu kejadian ganjil langsung. CUma kita perlu istiqamah dan pandai menilai dan menapis maklumat yang sampai.

Ya Allah, selamatkanlah Presiden aku, Tuan Guru Haji Hadi Awang dari menjadi mangsa fitnah UMNO dan BN. Amin.

Tulang Besi

12.08.2008


Dah Tau, Siapa Yang Dengki Anwar?

Posted under UMUM by admin on Tuesday 12 August 2008 at 12:14 pm

TGNA

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz, semalam, iaitu adanya orang-orang dari kalangan Pakatan Rakyat, yang dengki dengan DSAI?
Siapakah mereka itu?

TGNA tak akan bercakap kalau tak ada bukti. TGNA tak bercakap ikut hawa nafsu nafsu. TGNA tak bercakap dengan hanya dengan khabar2 angin

Tajuk projek

“TGHH lebih layak jadi PM “

Objektif

Sedikit pengetahuan dan maklumat yang diberikan oleh Allah, elok kalau dapat dikongsi. Isu ini dibuat sedemikian rupa, dengan diwujudkan satu pasukan khas dan khusus, jadi sudah tentu ada objektifnya, iaitu ;-

  • untuk mempastikan DSAI kalah di P-44 Permatang Pauh, seterusnya
  • untuk menghalang DSAI dari menajdi Ketua Pembangkang, dan
  • untuk menghalang DSAI daripada mengetui kerajaan Pakatan pembangkang, akhirnya
  • untuk menghalang DSAI dari menjadi PM

Implikasi

Kalau DSAI menjadi PM, sebahagian besar daripada pemimpin-pemimpin umno, menteri dan bekas2 menteri, termasuk bekas PM, yang dinkenalpasti terlibat dalam semua jenis kesalahan, seperti rasuah, pecah amanah dan skandal seks, akan mengelupur

ini yg sangat dtakuti oleh umno

Siapa yang akan diharapkan untuk melindungi mereka-mereka ini? TGHH? atau DSAI?

TGHH, secara hakikinya dan pengalaman dan pengetahuan tidak tahu banyak sangat, selok belok pentadbiran dan pengurusan di peringkat tertinggi, apa lagi diperingkat antarabangsa

DSAI, segala– gala dalam koceknya. Sebab itu satu alasan yang disebut oleh TGNA, ialah DSAI ni berpengalaman sehingga ke peringkat antarabangsa, wajar diberikan peluang untuk memimpin negara, maksudnya Perdana Menteri menjelang 16 hb nanti.

Bagaimana

Slogan “TGHH lebih layak jadi PM” dinyanyikan di kalangan pimpinan dan ahli-ahli.

Orang-orang yang mempunyai sikap dengki ini, hasil gerak kerja dan serangan Bahagian Perang Saraf dan Perisikan UMNO, berjaya menawan pemikiran, otak dan pendirian golongan ini, dengan slogan dan projek “TGHH LEBIH LAYAK JADI PM“

Usaha dan ikhtiar harus perlu dilakukan, untuk menggagalkan DSAI dalam pilihanraya kecil P-44 Permatang Pauh 26 hb nanti, dengan maksud akhirnya TGHH akan ditabalkan sebagai PM

Mengapa

mengapa konflik ini ditimbulkan? untuk memecahkan PR dgn melaga-lagakan PAS & PKR, khususnya diantara TGHH & DSAI, mengenai soal calon PM, sebaik saja PR mengambil alih Putrajaya, detik 16 hb nanti.

Usaha tidak ikhlas Bahagian Perang Saraf dan Perisikan UMNO, dapat menyakinkan golongan ini, yang sudah dan sedang terperangkap kini.
Itulah motif sebenar pendedahan TGNA

Bila

Adakah TGHH perasan beliau lebih layak jadi PM berbanding DSAI?

Mengapa ‚situasi ‚ sebegini ditimbulkan?

Serampang banyak mata yang diimplement oleh Bahagian Perang Saraf dan Perisikan UMNO, bagi akhirnya untuk memecahkan Pakatan Rakyat, melalui cara memecahkan PAS dari dalam, dibuat dengan menimbukan sokongan dan projek palsu “TGHH lebih layak jadi PM“

Sekumpulan penyokong yang terdiri dari kalangan pimpinan tertinggi PAS, sudah ditawan, yang bergerak dalam parti, memainkan slogan “TGHH lebih layak jadi PM“, dan mewujudkan gerakan bagi menjatuhkan DSAI dalam pilihanraya kecil P-44 Permatang Pauh

Ini dibuat dengan memboikot pilihanraya tersebut. Jentera parti tidak digerakkan.

Selain daripada itu, dapat dilihat, hanya YB Dato’ Husam, yang dikira mewakili PAS yang hadhir memberi sokongan moral di mahkamah tempoh hari. Ada tak Ketua Pemuda ketika itu? Dimana naib-naib Presiden, kecuali Husam? Dimana Timbalan Presiden? Ada tak? Dimana Presiden? Ada tak?

Lim Kit Siang ada, Karpal singh ada, Lim Guan Eng Ada ………………….nampak kan?

UMNO lagi

umno tidak akan redha selagi PAS masih ada
sebagaimana yahudi tidak akan redha selagi umat islam berpegang dgn alquran dan al hadith

Siapa

Siapakah orang-orang yang mempunyai sikap dengki ini?
Adakah mereka terdiri daripada peringkat pemimpin-pemimpin tertinggi dan pusat?
Kemungkinannya sangat besar ia terdiri dari mereka-mereka ini. Kalau ianya terdiri dari kumpulan ini, bermakna ianya merangkumi ;-

Mursyidul Am

Tidak mungkin, sebab beliau yang mengeluarkan isu ini

Presiden

Mungkin dan boleh jadi. Ini kerana sudah ramai orang dikelilingnya yang mencanangkan beliau layak untuk menjadi PM, bukan Anwar. Kenyataan keras beliau beberap minggu lalu, mengenai muzakarah, bahawa PAS berhak untuk berjumpa dengan UMNO, membayangkan kumpulan-kumpulan yang berdengki dengan DSAI, ini telah berjaya mempengaruhi TGHH, tetapi tidak sampai menyuruh mereka ini mendengki DSAI. Tetapi kerja-kerja dan sifat-sifat dengki ini telah berjaya ditanam ke dalam hati dan sanubari golongan pendengki ini oleh Bahagian Perang Saraf dan Perisikan UMNO.

Begitu lah berjayanya UMNO.

Timbalan Presiden? Setiausaha Agung? Naib Presiden? Ahli Majlis Kerja Tertinggi? Majlis Syura?

Ketua Pemuda? Bagaimana? Tidak boleh dinafikan begitu saja

Muslimat? Ada kkemungkinan tak?

Adakah mereka terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat negeri?

Adakah mereka terdiri daripada ahli-ahli PAS?

Golongan ini, tidak memberi impak atau kesan kepada keputusan parti tidak mungkin dapat mempengaruhi supaya membenci DSAI

Adakah mereka terdiri daripada penyokong-penyokong PAS?

Mereka ini pun tidak mempunyai pengaruh dan boleh mendatangkan kesan kepada apa-apa dasar parti

Tunggu pengumuman lanjut dari TGNA, siapakah mereka ini?

Declare

Apa yang diharapakan supaya mereka yang disebut oleh TGNA ini membuat pengakuan sebelum muktamar 14-16 ogos 2008 ini.
Perkenalkan diri sahaja.

Ahli-ahli parti sudah tahu siapa mereka ini
Untuk pengesahan kena tanya TGNA sendiri lah

Tindakan

PAS kena jaga betul-betul mereka yang mempunyai sifat dengki ini

PAS kena ambil tindakan proaktif dengan membersihakan mereka-mereka ini daripada parti

- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)


DUHAI PAK LAH KU SAYANG…dengarlah rintihan rakyat..

Posted under UMUM by admin on Tuesday 12 August 2008 at 2:50 am


Kami menyokong kepimpinan Pak Lah dan buktinya rakyat memberi pulangan yang besar mulai hari ini dengan menambahkan lagi 78 sen harga minyak menjadi RM 2.70 se liter. Kalau boleh, cukupkanlah RM 3.00 se liter, senang kira.

Kami sayaanngg Pak Lah. I Love You lah Pak Lah. Kalau ada apa- apa barang lain yang nak naik, naikkanlah, kami menyokong penuh. Pak lah tak salah dalam ini wayang gambar…! Ahmad Nisfu yang punya salahhh..!!!

Minyak naik..! Letrik naik..! Gas nak naik..! Beras naik..! Tepung Naik..! Inflasi akan naik..! Belanja harian naik..! Gaji tak naik..darah naikk..!

Nilai duit turun..! Ekonomi turun..! Taraf hidup turun..! Semangat turun..! Prestasi turun..!

Minyak yang tak naik :- Minyak Gamat, minyak lintah, minyak urut, minyak geliga, minyak dagu, minyak cenduai, minyak bulus dan taik minyak hang…..

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun – sejak 1990)

zaman Mahathir
sebelum 90 – RM 0.89
tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Nota :
(Skrip dulu-dulu)


1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat. (Kecuali pemerintah…pulun sakan selagi ada)

2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.(Kita oil producer, depa bukan oil producer. Lagipun kita bersepah dengan tol berbanding dengan Negara tu)

3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, ‘kita saling membantu’. ( Bila senang… semua kau sapu dulu)
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion ‘dipulangkan balik pada rakyat’. (Kepala hangguk dia..)
5. Langkah ini adalah ’situasi menang-menang’. (memang pun menang dan menang! 2 kali, pemerintah jugak yang menang..kita dok kalah sokmo).

(sumber:leezamr)

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme