Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



TRANSKRIP: AMANAT ANWAR SEBELUM DITANGKAP 1998

Posted under BERITA by admin on Monday 11 August 2008 at 2:04 pm

(sumber: anwaribrahimclub)

Amanat DSAI sejurus sebelum beliau ditangkap, pada 20 Sept 1998

Assalamualaikum wr wb dan Salam Sejahtera,

Saya menjangkakan dalam masa yang singkat, kemungkinan saya ditahan, dalam apa juga cara, samada Akta Keselamatan Dalam Negeri atau dituduh ke mahkamah tanpa memungkinkan saya diberi ikat jamin.

Dan saya tidak menolak sebarang kemungkinan memandangkan cara gelisah kezaliman di bawah pimpinan Datok Seri Dr Mahathir Mohamad sekarang.

Oleh yang demikian, izinkan saya untuk membuat sedikit pesanan kepada anak-anak saya dan pada rakyat Malaysia umumnya.

Kepada anak-anak, papa seorang pejuang, menegak yang hak, membela nasib rakyat miskin, mempertahankan maruah bangsa, meningkatkan syiar agama Islam.

Papa masuk dalam pelbagai gelanggang sehingga dalam parti dan kerajaan, sehingga menduduki tempat yang cukup tinggi tetapi papa tidak pernah luntur semangat papa untuk pertahankan keadilan dan membela nasib rakyat. Dan tentunya menegakkan kebenaran menimbulkan banyak rasa cemas dan kegelisahan dari banyak kalangan yang telah menyediakan satu komplot konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Jadi anak-anak harus tahu semua tuduhan yang dilemparkan kepada papa adalah fitnah jahat, khianat, dan kasih papa pada anak-anak, mendidik supaya menjadi orang-orang yang berilmu, beramal, bertaqwa. Papa harap dengan bimbingan mama, anak-anak tidak sedikit pun luntur, biar semangat kukuh, biar ilmu bertambah, biar daya juang ada, biar kita tahu anak-anak berasal dari kampung papa, di Sungai Bakap dan di Ceruk Tok Kun, dan asas kita jangan sedikitpun kita lupakan.

Jadi, ingatlah pesanan papa kerana kemungkinan yang perkara buruk berlaku tidak boleh papa ketepikan. Aaa, papa mungkin ditahan, dan kalau lihat kepada apa yang berlaku pada Uncle Sukma dan Uncle Munawar, ada kemungkinan dipaksa, diugut, dipukul. Papa tidak gementar dengan itu semua. Papa telah lalui dan Insyaallah papa boleh bertahan.

Tetapi papa harus ingatkan anak-anak kemungkinan papa dikenakan atau disuntik dengan aaa mungkin dadah, atau jenis-jenis dadah yang boleh melupakan papa, ataupun menyebabkan papa jadi nanar, atau tidak menentu dalam percakapan. Sebab itu papa mengambil pilihan untuk menyatakan kebenaran papa bahkan bila ada tuduhan yang pertama, yang nampak khusus, yang melibatkan Uncle Munawar dengan Uncle Sukma, semalam, papa melafazkan sumpah, Wallahi, di Batu Pahat, untuk menyatakan tuduhan yang dilemparkan bersabit dengan perlakuan buruk dan keji itu adalah fitnah jahat yang malangnya dibuat oleh orang yang terlalu takut kepada kekuatan dan pengaruh papa.
Dan Insyaallah perjuangan reformasi menegakkan ma ruf, kebenaran, dan undang-undang tidak akan luntur.

Saudara saudari yang saya muliakan, dari awal saya tegaskan sebenarnya ada konspirasi politik peringkat tertinggi. Memang saya enggan untuk melibatkan nama Datok Seri Dr Mahathir Mohamad kerana mengharapkan beliau ada pertimbangan yang munasabah, rasional dan ada belas kasihan. Tetapi nyata, ini semua hilang kerana beliau tamakkan kuasa dan harta dan mahu saki-baki umur dan pemerintahan yang akhir digunakan sepenuhnya untuk memperkukuh kepentingan keluarga dan kepentingan kelompoknya.

Memang benar Datok Seri Dr Mahathir Mohamad pernah menyokong saya dan saya juga menyokong beliau dengan kuat. Kerana pada masa itu saya masih yakin akan prinsip perjuangannya walaupun saya akui manusia tidak sempurna. Tetapi lambat laun, dengan nasihat kepala-kepala komplot lain, termasuk Tun Daim Zainuddin, nyata mereka tidak yakin bahawa saya boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan mereka. Saya tidak boleh diharapkan untuk mengiyakan cara mereka membolot kekayaan dan menipu dengan ganas memunggah kekayaan untuk kepentingan beberapa komplot. Mereka tidak yakin saya dapat mempertahankan kepentingan mereka dan suku-sakat dan keluarga mereka. Itulah sebabnya mereka melancarkan satu komplot yang cukup jahat terhadap saya.

Dan konspirasi ini dirancang tentunya pada peringkat awal untuk menggunakan kes jenayah seks. Baik seks zina ataupun liwat, homoseksual. Kerana mereka tahu untuk kaitkan dengan rasuah, walaupun dikaitkan kemudian, sukar. Mereka boleh semak tetapi mereka tahu kekayaan dan pendapatan saya terlalu kecil sebagai seorang bekas menteri kewangan 6 tahun, dibandingkan dengan orang-orang seperti Dr Mahathir dan orang-orang di sekeliling beliau yang bukan sahaja kaya raya, mempunyai billion ringgit, dan mempunyai akaun dalam negara dan luar negara, dan ini menjadi pengetahuan umum. Untuk dikaitkan dengan pengkhianatan kepada negara, walaupun mereka usahakan tetapi susah melekat kerana rakyat tahu pengorbanan dan sikap saya. Begitu juga dengan beberapa kes lain yang masih juga dirangka dan direka setelah saya dipecat.

Tetapi untuk dikaitkan dengan kes jenayah seks, ini akan menimbulkan kecurigaan kepada rakyat. Saya telah bertanya kepada Datok Seri Dr Mahathir, apakah benar saudara ini memang sungguh-sungguh berat menjaga kepentingan moral pimpinan? Orang semua tahu bahawa Dr Mahathir tidak pernah mengambil kira moral pimpinan, baik arak, baik zina, baik judi. Orang juga tahu perilaku mereka dalam dan luar negara. Kadang-kadang beliau menasihatkan janganlah buat dalam negara, kalau-kalau diketahui. Kalau perlu buat juga, buatlah di luar negara. Jadi nasihat ini memang umum diketahui oleh semua. Jadi, adalah munafik kalau beliau mengatakan di peringkat ini, pertimbangan moral dan akhlak itu penting bagi beliau. Bahkan, dengan, pendedahan Marina Yusuf terhadap perilaku seks dan juga teman-teman wanita Perdana Menteri dan beberapa rakan dalam kabinet, ini walaupun dipadamkan oleh media tempatan tetapi cukup menggemparkan kalau ada alasan yang dibuat oleh Datok Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa yang dilakukan terhadap saya itu ialah kerana berita yang beliau perolehi. Saya ingin menjelaskan bahawa berita yang di dedahkan oleh Marina sudah cukup meminta beliau meletakkan jawatan dengan kadar segera.

Dalang konspirasi ini tentulah ada di kalangan pimpinan politik dan juga peniaga-peniaga kerana mereka takut bila saya mengambil alih kuasa, kedudukan mereka, jenayah mereka, rasuah mereka, tidak mungkin terjamin. Sebab itu dalam surat saya kepada Perdana Menteri merayu pertimbangan beliau supaya jangan melakukan kezaliman, saya menyebut badan pencegah rasuah dikaitkan seolah-olah saya telah mengarah BPR untuk menyiasat Unit Perancang Ekonomi yang melibatkan Ketua Pengarah EPU dan memang ada siasatan dan memang ada bukti penangkapan termasuk wang tunai yang diperolehi. Tetapi kes itu ditutup dan saya pula dikaitkan, seolah-olah mengarahkan siasatan terhadap Ketua Polis Negara, terhadap Peguam Negara dan terhadap Ketua Hakim Negara.

Semua ini sekadar untuk mendapatkan dukungan dan sentimen mereka bersama Dr Mahathir bila ada kerangka konspirasi secara menyeluruh terhadap saya. Jadi, sebab itu saya telah bersetuju, berbincang dengan teman-teman untuk melancarkan agenda reformasi atau Islah. Kerana saya tidak dapat lihat kemungkinan kita membuat penyesuaian bila keganasan seperti ini berlaku. Dalam kes yang dihadapkan terhadap saya, pecah isu yang melibatkan pernyataan bekas pemandu Azizah yang bernama Azizan, dan juga adik kepada Azmin Mohamad Ali, Ummi Hafilda. Mereka ada pengakuan bersumpah, Ummi Hafilda ada kenyataan dalam tape yang menuduh orang-orang tertentu membayar dengan harga yang cukup tinggi kepada pengarang buku 50 Dalil dan kemudian buku itu diedar secara meluas, hakim yang terlibat dipindahkan, yang tidak boleh tidak merupakan satu konspirasi yang disahkan di peringkat tertinggi dalam kerajaan.

Kemudian kes itu terhenti begitu sahaja. Bila saya dipecat, rupa-rupanya kes tuduhan yang lama tidak boleh dipakai. Setelah saya dipecat, barulah penangkapan-penangkapan baru dibuat. Penangkapan dibuat terhadap Sukma, Dr Munawar, Azmin, Mohamad dan beberapa orang lain sebelum ini yang ditangkap diugut dan mereka keluar samada mendiamkan diri, atau pun membuat kenyataan-kenyataan palsu menentang saya. Saya tahu keupayaan polis, kalau polis itu stylenya, style Gestapo, kalau beberapa pegawai polis style nya itu style pegawai-pegawai polis Apartheid dan juga ala Mossad Israel. Tapi saya ingin mengingatkan mereka tahun ini, bulan ini rasa boleh selamat, bulan depan belum tentu kerana rakyat akan menuntut Suruhanjaya. Mandela menunggu puluhan tahun sebelum kebenaran muncul dan siasatan terhadap orang-orang yang terlibat itu diteruskan. Keadilan tidak boleh ditolak ansur. Keadilan mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kezaliman tidak boleh dibiarkan berlalu.
Jadi saya harap, oleh yang demikian, polis menjalankan tugas dengan professional. Dalam kes Sukma, ditahan 13 hari, ibu bapa tidak boleh berjumpa, keluarga dari Indonesia tidak boleh bertemu, peguam yang kita lantik, tidak boleh ditemui. Akhirnya polis memaksa, mengugut dan kemungkinan mengenakan dadah dan meminta beliau mengaku dan melantik peguam sendiri. Seluruh masyarakat guaman tahu betapa jijik cara yang sedemikian. Sudahlah orang itu dipaksa, dan dipaksa mengaku, kemudian dilantik peguam terdiri dari bekas pegawai polis, dilantik oleh polis untuk mempertahankan Sukma. Dalam tempoh setengah jam kes itu diselesaikan di mahkamah. Tidak ada bantahan, keluarga saya datang lambat kerana kita tidak tahu, peguam datang lambat kerana tidak diberitahu, kemudian dalam setengah jam, dikenakan denda 6 bulan penjara dan mahkamah bilik 4, dan mahkamah bilik 1, kes Dr Munawar, nampaknya mengambil tindakan sama, dengan cepat dan pantas, hukuman pun sama. Ini suatu yang luar biasa, nak menunjukkan, membuktikan ada arahan di peringkat tertinggi, ada konspirasi politik yang telah berlaku.
Sehingga selesai kes, bapak saya yang merayu nak menemui Sukma sampai akhir tidak dibenarkan. Sukma tidak sanggup sehingga memanggung kepala melihat anggota keluarga kerana takut kepada ugutan polis. Kezaliman ini, kezaliman terhadap rakyat. Ini satu contoh, tetapi contoh ini membuka mata rakyat. Saudara-saudara harus bersyukur kerana walaupun saya dizalimi, saya dianiayai, saya diaibkan, dan dimalukan, ini kesempatan yang penting yang pertama dalam sejarah moden kita. Di mana rakyat dengan sendirinya diberikan pendedahan dan pengajaran. Dan oleh yang demikian saya katakan tidak ada pilihan melainkan reformasi.

Undang-undang mesti dihormati. Prinsip keadilan mesti dimuliakan. Hak asasi manusia jangan dipijak. Sistem diktator dan kuku besi, merampas kekayaan rakyat, mesti diberhentikan. Ekonomi kita di Malaysia yang tercinta ini cukup jenuh, cukup untuk semua. Tetapi janganlah diminta supaya dibolot untuk kepentingan dua tiga kerat manusia yang rakus dan tamak haloba. Walaupun menyampaikan maklumat kepada orang ramai seolah-olah merekalah pejuang yang tulin .

Kemudian soal undang-undang, soal agama jangan diremehkan. Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai agama. Tetapi prinsip keadilan mesti dijaga. Jangan harap kita gunakan media seperti yang dilakukan di Malaysia sekarang, baik media cetak dan media elektronik untuk memperbodohkan rakyat. Saya hadir bersama Azizah untuk melahirkan simpati kepada Lim Guan Eng yang di penjarakan selama 18 bulan, semata-mata kerana nak pertahankan maruah anak muda Melayu dan neneknya. Dan untuk itu saya dikecam hebat seolah-olah saya bersekongkol dengan parti Cina dan DAP. Saya katakan soal Lim Guan Eng bukan soal Cina, bukan soal DAP, soal keadilan. Walaupun media cuba mempermainkan supaya ahli-ahli UMNO akan memusuhi saya. Saya harap ahli-ahli UMNO lebih matang.

Sudahlah, janganlah benar diri ditipu dan dikhianati seperti ini. Janganlah pimpinan kita ditentukan oleh orang-orang yang rakus dan tamak haloba. Cukuplah, bukalah mata, jangan gentar dan takut. Dan biarlah ada pendirian dalam hidup kita. Sebab itu saya katakan reformasi ini harus bermula dari kesedaran kita. “Qu anfusakum wa ahlikum nara” . “ibda bi nafsika”, mula dari diri kita dengan semangat kita, untuk melancarkan Islah ini.

Soal orang nak kaitkan dengan pengalaman negara-negara lain tidak penting. Yang cukup takut bila Presiden Suharto berundur ialah Datok Seri Dr Mahathir Mohamad. Saya tahu gelisahnya. Saya tahu bagaimana dia pertahankan Suharto habis-habisan. Saya katakan Suharto juga banyak jasa. Tetapi Suharto juga buat kesilapan besar, kerana mahu pertahankan sistem yang tidak adil, dan rasuah. Begitu juga dengan Datok Seri Dr Mahathir Mohamad, jasanya banyak. Tetapi dia sudah melewati tempoh keupayaan khidmatnya. Dia telah cuba nak pertahankan diri dia, tanpa mempedulikan undang-undang dan melakukan kezaliman yang berterusan, yang cukup mengaibkan. Bahkan seperti dalam kes yang melibatkan saya sekali lagi saya ulangi, kes yang dibangkitkan sekarang tidak ada kena mengena dengan kes yang menyebabkan saya dipecat. Semua ini ditangkap baru, direka baru, akan dipanggil lagi kawan-kawan saya, dan nampaknya kalau nak gunakan pelacur nampak tak jadi sebabkan saya gunakan berulangkan kali, pre-empt, dan menjangka awal tindakan dan taktik mereka. Sebab itu mereka agak lebih ganas, bahkan Dr Munawar di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tuduhan tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan. Tuduhan ialah kes seks.

Ini menunjukkan satu tindakan yang gopoh-gapah, kelam kabut, yang dikaitkan kerana Perdana Menteri Dr Mahathir sudah desperate . Dia sudah baca sekarang kemarahan rakyat. Dan saya ingin menasihatkan dia supaya berundur secara terhormat sekarang sebelum rakyat bangun menentang dan memaksa beliau turun secara cukup hina sekali. Dan saya berdoa ke hadrat Allah s.w.t. supaya rakyat dapat terus istiqamah dengan pendirian yang teguh, bahawa masyarakat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, semuanya faham bahawa masa untuk perobahan adalah sekarang. Kita mesti bertindak sekarang, sebelum kita dijajah oleh anak-anak bangsa yang pura-pura menjadi pemimpin kita.

Wassalamu alaikum wr wb

Yang menyebabkan mereka gusar dengan saya ialah kerana saya tahu terlalu banyak rahsia mereka. Saya tahu beberapa billion ringgit wang UMNO yang dicuri untuk kepentingan beberapa orang. Saya tahu beberapa banyak wang 1 billion bulan Oktober yang dikeluarkan dari dalam negara ke luar negara, ke satu akaun bank di sekitar Zurich. Saya telah lapor kepada Dr Mahathir mengharapkan dia pemimpin yang boleh dipercayai, rupa-rupanya dia menyimpan maklumat itu dan saya tidak boleh nafikan bahawa ada pakatan sulit di antara beliau dan beberapa orang berkenaan. Saya tahu rahsia bagaimana beberapa projek digunakan dan dimenafaatkan untuk beberapa kawan dan suku-sakatnya.

Mereka takut dengan maklumat ini. Tetapi saya sudah beritahu bahawa saya pada peringkat awalnya tidak bercadang untuk menentang Dr Mahathir dalam pimpinan parti dan kerajaan. Mengharapkan bahawa beliau akan berhenti secara terhormat, dan bila kita ambilalih kita akan betulkan cara baik tanpa membawa imej yang jijik terhadap keburukan-keburukan beliau. Tetapi beliau telah tidak beri pilihan, beliau menghina saya, menghina ulama , mempermainkan hukum agama, beliau anggap beliau Maha Kuasa dan dikelilingi oleh orang-orang yang tidak ada keberanian sama sekali untuk membuat teguran terhadap beliau.

Beliau hidup dalam dunia impian. Beliau hidup tidak jejak kepada bumi yang nyata. Beliau anggap beliau Perdana Menteri yang paling popular di dunia dan beliau juga anggap bahawa beliau telah dapat lakukan apa sahaja mengikut kehendak nafsu serakah beliau dan beliau melakukan kesilapan besar kerana bertindak zalim dan doa orang yang dizalimi atau mazlum insyaallah akan dikabuli oleh Allah s.w.t.

Kita telah berusaha menasihat sebagai anak kepada bapa. Saya tidak boleh nafikan yang saya memang ada kasih kepada Dr Mahathir sebagai bapa. Sakitnya, demamnya, penatnya saya ambil tahu. Saya tidak jangka sama sekali dia bertindak zalim dan separuh gila dengan mengambil tindakan yang dilakukan kepada saya semata-mata kerana takut bahawa saya tahu terlalu banyak dan rahsia terlalu banyak mungkin didedahkan maka cara dan pilihannya ialah untuk mematikan kareer politik saya supaya saya tidak mampu bangun lagi. Umumnya diketahui oleh pimpinan dan rakyat sikap saya terhadap Bakun. Kita tidak sangat menentang projek itu kalau dikendalikan cara teratur dan bukan untuk menjaga kepentingan suku-sakatnya. Bahkan dalam pembangunan lapangan terbang Sepang sendiripun berapa banyak kepentingan keluarganya dan anaknya itu diberikan dan kita sedapat upaya cuba elakkan sehingga beliau mula marah-marah. Dalam kes Petronas dengan MISC sekalipun yang melibatkan anaknya Mirzan Mahathir, kita nasihatkan supaya ikut peraturan. Saya dengan Petronas meminta supaya digunakan penilai antarabangsa, kemudian kami terus dimarah kerana harganya difikir harus lebih tinggi. Tetapi harganya melibatkan RM2 billion duit Petronas, wang rakyat, jadi kita terpaksa ikut cara dan kaedah yang munasabah. Tetapi beliau tidak puas hati.

Begitu juga dengan kemudahan dan pembangunan Putrajaya, kerana dia hidup dalam apa yang disebut “delusion of grandeur”, mesti yang tertinggi, yang terhebat, yang terbesar, termasuklah istana rasmi beliau mahunya yang terindah dan yang terbesar di dunia. Ada yang mengatakan saya luluskan. Saya ingin menyebut saya tidak meluluskan pembangunan rumahnya. Itu dibuat melalui satu syarikat Putrajaya Holding yang direncanakan sedemikian, mereka dapat arahan cara langsung. Saya tidak menandatangani apa surat sekalipun meluluskan satu istana yang begitu besar bagi seorang Perdana Menteri yang mahu hidup dalam satu dunia impian dan khayal.

Sebelum ini beliau mengecam raja-raja, membazir. Beliau meminta dipinda undang-undang, kita sokong. Kita fikirkan undang-undang dipinda supaya dikembalikan kuasa kepada rakyat. Rupa-rupanya kuasa raja dikurangkan, diturunkan, kadang-kadang dengan cara yang cukup hina dan mengaibkan, tak perlu dibuat cara begitu, tetapi yang berlaku ialah diambil kuasa raja, diletakkan kepada kepala dia.

Jadi akhirnya dia menjadi Perdana Menteri dan raja dan dewa dan semuanya. Dan ini yang akhirnya memusuhi beliau sendiri dan merosakkan imejnya. Dan sebab itu juga saya telah tidak meluluskan rumah rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. Kerana projek pertama di sekitar RM70 juta, dikurangkan jadi RM40 (juta), dikurangkan lagi tetapi saya kata kepada Azizah, susah kita nak luluskan sekarang, dalam keadaan ekonomi begini. Tak apalah, kita duduklah di rumah yang lebih simple, tidak dengan harga mahal-mahal, tetapi Dato Seri Dr Mahathir Mohamad tidak dengan cara begitu.
Tetapi import semua ni, dari Perancis, peralatan dalaman rumah yang terbaik di dunia. Semuanya first class, yang paling baik dan indah. Patut kita istighfar, dan kita sedar bahawa kita juga ada hadnya. Beliau bukan terlalu muda, bagaimana mahu terus mengekalkan kuasa, menongkat langit dan dengan cara yang kejam dan zalim buat orang seperti ini. Gunakan instrumen polis seperti Gestapo, memukul, mendera, dengan cara yang cukup memalukan, bahkan mahkamah bersidang, cara satu sidang yang luar biasa cepat dan cekap, tidak mendengar langsung rayuan dan permintaan daripada pihak peguambela.

Yang kita dengar berulang kali ialah rakyat mesti berkorban. Tapi apa pengorbanan kita yang memunggah kekayaan ratusan juta dan billion ringgit. Yang kita dengar berulang kali ialah negara kita, tanggung jawab kita, di mana rakyat mesti memikul tanggung jawab. Tetapi, tanggung jawab mereka untuk melaksanakan keadilan, pemerintahan mengikut hukum dan undang-undang sendiri tidak dapat ditunaikan dengan sebaiknya. Saya rasa juga sedikit bersalah kerana cuba membawa perubahan sedapat mungkin sedaya upaya dari dalam, memujuk dan merayu, dan menunggu sekian lama. Dan untuk itu saya memohon maaf kerana walaupun saya basmikan kemiskinan, bangunkan rumah kos rendah, pertahankan demokrasi dan masyarakat madani dan membawa imej Islam yang baik, menghormati pandangan ulama , nampaknya saya diketepikan.

Oleh kerana saya berkeras dan berdegil mempertahankan prinsip ini, saya mahu dimalukan, dan berulangkali akan dibangkitkan melalui tuduhan-tuduhan dan digunakan media untuk mengaibkan saya. Apa dosa saya? Dosa saya ialah kerana saya mempertahankan kebenaran, keadilan dan kepentingan rakyat.

ANWAR IBRAHIM
20 September 1998


10 SEBAB: TUDUHAN LIWAT SATU KONSPIRASI

Posted under UMUM by admin on Monday 11 August 2008 at 7:26 am

Sumber: http://internetkusayang.blogspot.com

Kenapa tuduhan liwat saiful MUNGKIN suatu konspirasi

1. Persoalan 1, Saiful dahulu ketika masih menuntut di UNITEN merupakan seorang yang PRO-ASPIRASI iaitu penyokong kerajaan. Bak kata rakan-rakan UNITENnya, saiful dahulu adalah penyokong kuat Paklah dan kerajaan. Persoalannya ialah, apsal mamat tu tetiba masuk dalam team DS Anwar Ibrahim iaitu PKR sewaktu tempoh berkempen pilihanraya umum 8 mac dulu. Kebimbangan ni dah lama dah disuarakan oleh seorang blogger dari UNITEN yang kenal sangat dengan Saiful ni di riwayathayat.blogspot.com. Saiful diumpamakan musang berbulu ayam.

2. Persoalan ke-2, bagaimana Saiful boleh berjumpa secara peribadi dengan TPM, DS Najib Razak? Bukan di pejabat tetapi di kediaman pulak tu. Ke mana perginya pengawal2 peribadi TPM? Senang2 je nak masuk rumah TPM yer? Ke dah lama kenal?

3. Persoalan ke-3, Saiful bertubuh besar dan sihat. Dia lelaki macho yang kuat dan ada tunang yang cantik. So takkan la nak pertahankan diri daripada diliwat oleh DS anwar pun tak mampu kot? Lebih2 lagi DS Anwar tu dah tua dah. Tulang belakang pulak sakit. Jadi siapa yang liwat siapa sebenarnya ni?

4. Persoalan ke-4, Buat laporan polis hanya selepas beberapa kali diliwat??? Takde maruah ke? Dah kena liwat banyak kali baru nak buat laporan. Mana-mana lelaki pun takkan sanggup jumpa lagi orang yang liwat dia kalau berlaku tanpa kerelaan. Tapi saiful sanggup jumpa dan berlaku sampai beberapa kali? Apa saiful ni gay ke? Atau dia sebenarnya yang meliwat DS Anwar???

5. Persoalan ke-5, kenapa salinan laporan polis tidak diberikan kepada tertuduh? Ini tidak berlaku kepada kes2 lain. Sepatutnya tertuduh diberi hak untuk melihat repot yang dibuat terhadapnya. Nak bagi complete dulu report tu lps bahan2 termasuk DNA cukup eh?

6. Persoalan ke-6, kenapa minta DNA baru. Sampel DNA lama masih dalam simpanan. So apa lagi perlunya minta yang baru. Sampel yang lama tu boleh digunakan untuk dibandingkan dengan DNA ‘peliwat’ yang diambil dari punggung saiful. Kalau match dengan sampel DSAI yang dalam simpanan, bermakna betullah. Tapi paklah kata, DNA tu dah lama, so nak yang baru. Elo Pakcik, DNA 10,000 tahun pun takkan berubah. Kecualilah kalau bermutasi. Err..yang sebenarnya stok DNA lama dah habiskan? Kan? Kan?

7. Persoalan ke-7, Dr hospital Pusrawi yang buat pemeriksaan pertama kepada Saiful mendapati tiada langsung kesan liwat di dubur saiful. So apa lagi? Apa dia, Dr tu bukan dr pakar dan dia bukan cek saiful pasal liwat? Kalau bukan cek pasal liwat watper nak pegi cek dubur saiful pastu kat repot tulis pasal tiada kesan liwat??? Dia bukan Dr pakar? Kat dunia, Dr pakar punggung tak wujud. Apatah lagi dr pakar liwat. Hahaha!

8. Persoalan ke-8, tempat laporan dibuat sebenarnya di mana. Pondok pengawal HKL ataupun balai polis?

9. Persoalan ke-9, Dr hosp Pusrawi yang memeriksa Saiful membuat pengakuan bersumpah. Dalam pengakuan bersumpah dia kata dia dah berpengalaman 15tahun dan dah banyak kali cek punggung utk kesan liwat. So dia tau la apa nak dibuat.

10. Yang terbaru, tuduhan liwat yang dulunya disebut sebagai ‘paksaan’ kini ditukar kepada ’suka sama suka’. Aikkkk…???
Saiful suka diliwat?? Muahahahaha!

Kesimpulan aku, kalau berlaku secara paksa kenapa saiful tak dapat lawan? Mungkin sebab dia pondan. Tapi kalau pondan, kenapa boleh dapat tunang yang cun giler? Jodoh kot. Atau kemungkinan besar kalau berlaku secara paksa, saiful sebenarnya yang memaksa DS anwar.

Tapi kalau berlaku suka sama suka, bermakna Saiful ni gay. Tapi uncle pet dia kata saiful bukan gay. So, siapa SAIFUL?? Ada bebudak UNITEN yang boleh tolong jawab?

Ni persoalan-persoalan yang aku jumpa sepanjang mengikuti kes ni la. So, korang pulak macammana?



HASAD DENGKI TERHADAP ANWAR IBRAHIM

Posted under BERITA by admin on Monday 11 August 2008 at 7:04 am

(oleh: ulitmayang)

Wujud hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Anwar – Nik Aziz

……….Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan wujudnya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini ………”

“………..Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar ……“

begitulah kata – kata Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat , Mursyidul Am PAS.

Memetik kata – kata TGNA di atas, samada ianya benar berlaku atau pemberita yang salah melaporkan , perlu lah diteliti dengan sebaik – baiknya.

Tetapi , mengambil sikap sangat berbaik sangka dengan TGNA , wajar peringatan ini diselami secara bijak dan berhati – hati

Persoalan
Siapa kah dia yang dimaksudkan oleh TGNA tersebut ?
Adakah ianya daripada peringkat pimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat yang telah berjaya “DIPENGARUHI“ oleh team Bahagian Perisikan dan Perang Saraf UMNO?
Adakah ianya terdiri dari Bahagian Perisikan dan Perang Saraf UMNO yang telah berjaya menyusup dan menyelinap masuk dan yang telah menyamar sebagai „“PEMIMPIN – PEMIMPIN“ terutamanya PAS , juga PKR & DAP di semua peringkat ?

Ulasan
Rasa – rasanya tidak mungkin ianya terdiri dari pimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat
Telahan sendiri sahaja ni , maaf kiranya tersasar……. besar kemungkinan ianya terdiri dari peringkat “PEMIMPIN – PEMIMPIN “ PKR, PAS atau DAP yang telah berjaya diseludup masuk oleh UMNO , yang seolah – olah nampaknya seperti betul – betul pemimpin PAS ,PKR atau DAP
Kalau mereka ini bertudung , iaitu muslimat , labuhnya sampai ke paras pinggang
Kalau lah mereka berjubah , iaitu lelakinya , meleret nya melepasi labu kaki
Kalau lah mereka ini berjanggut , panjang sampai ke dada , mengalahkan pemimpin – pemimpin kita.
Begitulah alim , warak , zuhudnya mereka ini
Tilikan TGNA , besar kemungkinan berkisar di dalam parti PAS sahaja , iaitu dalam ruang lingkup kuasanya sebagai Mursyidul Am PAS.
Tak tau lah kalau “MEREKA“ ini juga terdiri dari pimpinan dan ahli – ahli daripada PKR dan DAP. Serbanya sangat mungkin, terutamanya dalam PKR ,iaitu penuh dengan bekas ahli – ahli UMNO , yang sebahagiannya masih tebal dengan karat birunya , tapi kemungkinannya sangatlah kecil.
Kaedah pemecahan daripada dalam ini , adalah yang paling berkesan untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat
UMNO tidak akan redha dan berhenti selagi matlamat mereka belum dicapai.
Nota
Dengan kenyataan TGNA ini , moga – moga semua peringkat lapisan pimpinan Pakatan Rakyat , pandanglah , lihatlah , perhatikan di kiri dan kanan kita , siapa kah dia „“musuh dalam selimut “ini yang akan menjadi “gunting dalam lipatan“
Tidaklah susah untuk mengenali mereka ini
Mereka ini terdiri dari rakan, sahabat dan kawan – kawan kita sekalian..
Kalau perlu , elok lah mereka ini dibersihkan dari parti dan Pakatan Rakyat , daripada terus menyimpan dan merosakkan parti dari dalam , umpama „“duri dalam daging“ yang akan menyebabkan bisul dan nanah kemudiannya.
Walaubagaimanapun , elok sangat bertanya terus dengan TGNA , siapakah mereka ini. ?
Cegah sebelum parah

Wujud hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Anwar

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan wujudnya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ada pihak cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MATA Fair peringkat Kelantan di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas hasrat Anwar untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh namun beliau semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suami beliau untuk bertanding.

Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat. “Beri peluang kepada Anwar untuk masuk jadi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata walaupun wujud jurang perbezaan dalam ideologi politik dengan PKR, Pas harus akur untuk menyokong PKR dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh itu.

Katanya beliau mengakui perbezaan pandangan dari segi politik antara PKR dan Pas namun di bawah semangat Pakatan Rakyat, parti itu harus bekerjasama.

“Pas perlu memberi sokongan kepada Anwar walaupun dari segi politik tidak serupa,” katanya. Nik Abdul Aziz berkata beliau menyokong Anwar kerana mendapati Pensihat PKR itu adalah pemimpin Melayu yang berpengalaman dalam pentadbiran negara dan dikenali di peringkat antarabangsa. — Bernama


Zulkifli Nordin Disorok Bunian?

Posted under UMUM by admin on Monday 11 August 2008 at 5:35 am

(oleh: prisik-rakyat)
Assalamu’alaikum…

Dah lebih 24 jam dah Zulkifli Nordin hilang tak dapat dikesan.aku syak Zul kene sorok bunian…ni bukan sebarang bunian ni,bunian ni bunian moden,pakar dalam menyorok musuh politik parti pemerintah & jugak pakar konspirasi.

Aku percaya jugak Headquarters bunian ni bertempat disalah 1 bukit disekitar Kuala Lumpur.mungkin kita boleh dapatkan bantuan Ustaz Harun Din untuk kesan tempat persembunyian bunian ni…tapi aku tak fikir Ustaz Harun Din dapat jinakkan bunian ni.
Gambar Hiasan
Ikut pengalaman aku ngan kawan-kawan aku yang dah biase berdepan secara langsung dengan bunian-bunian ni,bunian ni cuma alah pada satu benda je…kertas yang ada kepala agung…

Ikut pada pengetahuan aku bunian ni memang jenis tak takut tuhan,bunian ni memang terang-terang berani melawan hukum Allah…ada kawan-kawan aku pernah cuba melawan bunian-bunian ni tapi kekuatan bunian-bunian ni memang bukan calang-calang…betul aku cakap ni…hampa nak pecaya,buleh…hampa tak nak pecaya pun buleh…ikut suka..!

Kalau ada sape-sape yang tau mana-mana bomoh yang dapat kembalikan Zulkifli Nordin ke alam nyata & bebaskan Zulkifli Nordin dari cengkaman bunian tu tolong tinggal contact info hampa kat ruangan komen kat bawah tu…

Ni aku mintak tolong betul-betul nih..!

Selamatkan Malaysia Dari “Bunian Di Raja Malaysia”..!


MERDEKAKAN PDRM!

Posted under BERITA by admin on Monday 11 August 2008 at 3:52 am
Oleh: Tok Pepijat
Bekas Student,
Canal Park Gulberg College 1994

Alahai

malangnya negaraku! Kehilangan barang kes (syabu) berharga kira-kira RM 1juta dari IPK Negeri Johor menimbulkan persoalan tentang standard keselamatan dan ketelusan PDRM. Minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan hampir RM100 juta oleh pegawai atasan PDRM. Hari ini syabu pula hilang.

Kes kehilangan dadah syabu ini bukanlah yang pertama. Pada Mei 2005, kira-kira 60,000 pil jenis psikotropik bernilai kira-kira RM1 juta hilang dari IPK Selangor. Yang peliknya ianya disedari semasa 3 kotak itu dibuka di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Manakala pada Mei 2006, lebih 1,000 psikotropik hilang dari IPK Kelantan. Cuba bayangkan begitu hebat tahap keselamatan PDRM kita yang kini diketuai oleh IGP Musa.
Hey Musa! Apa sudah jadi dengan PDRM? Kalaulah barang kes itu hilang di Balai Polis Sungai Lembing atau Balai Polis Baling boleh juga alasan itu rakyat terima. Tetapi barang itu hilang di IPK negeri. Sungguh memalukan! Timbul persoalan, adakah IPK kekurangan anggota untuk jaga Bilik Kebal atau asyik menyibuk pantau aktiviti Parti Pembangkang hingga biarkan penyamun berjoget sakan di laman IPK ? Hebat PDRM kita weeh! Mungkin juga ramai anggota terdapat di Cawangan Khas(SB) hingga menjangkau 20,000 anggota dan tugas mereka hanya ganggu rakyat yang menentang UMNO?
Pak Lah, anda tersilap benarkan IGP Musa sambung tugas hingga September 2009. Tahniah IGP Musa kerana di zaman anda prestasi PDRM berada dalam keraguan rakyat yang tinggi! Mungkin gara-gara “sumpahan tilam” 10 tahun lalu. Apa yang pasti rakyat lihat “lakonan” anda mengalahkan lakonan Jalaludin Hasan. Kita cadangkan cogan kata “Saya Anti-Rasuah” diletakkan di dahi setiap anggota PDRM.
Elok warga PDRM renungi pepatah ini: Buruk dan Busuk ikan itu bermula dari kepala. Warga PDRM sememangnya patut malu mempunyai “kepala” yang sudah busuk lagi membusukkan!
Sumber: http://tokpepijat.blogspot.com/

 


Kenapa politik negara makin kalut?

Posted under UMUM by admin on Monday 11 August 2008 at 3:29 am

(sumber: harakahdaily)

BERSAMA DATO’ DR. HARON DIN

SOALAN: Politik Malaysia hari ini sudah sampai ke kemuncak kalut atau kelam kabut. Selepas satu isu, beralih kepada isu lain yang kebanyakannya membebankan fikiran rakyat jelata. Terbaru rakyat dikejutkan dengan isu rasuah berprofil tinggi, dakwaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam kes liwat lagi dan pelbagai isu lain. Sebagai seorang Muslim saya amat keliru, soal dosa pahala tidak diperdulikan lagi, media dengan bebas mengasak dengan bangga mengaibkan hamba-hamba Allah yang tidak dipastikan kebenarannya, mengapa hal sebegini Dato’? – HASBULLAH MARZUKI, Bandar Baru Bangi
JAWAPAN: Memang benar kata anda itu, bahawa keadaan politik di Malaysia amat-amat kalut dan berserabut.

Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya.

Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah, sekali gus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan huru hara penghidupan.

Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.

Tuduhan liwat serta fitnah yang melampau ini kadang-kadang dilihat sebagai suatu sandiwara.

Mengapa semuanya ini berlaku? Jawabnya mudah, ia adalah kerana manusia tidak takut dosa, tidak gerun dengan ancaman Allah SWT, tidak peduli apa yang hendak terjadi pada hari pembalasan.

Manusia kini seolah-olah tidak memperdulikan soal neraka dan syurga. Asalkan hati mereka mendapat kepuasan di dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Soal maruah, soal mengaibkan manusia dan apa sahaja yang seumpama dengannya tidak pernah menjadi perhitungan.

Inilah sebabnya hal-hal yang saya nyatakan di atas boleh berlaku.

Malah berbagai-bagai konspirasi boleh dilakukan tanpa segan silu kerana manusia telah dikuasai oleh tuntutan keduniaan yang melampau dan gila kuasa yang tidak terbatas.

Merujuk kepada fitnah liwat yang saudara bangkitkan dalam persoalan, pada saya, jika hukum-hukum Islam berjalan atau berfungsi, saya tidak fikir orang berani melontar fitnah sebegitu.

Ini kerana sekadar mendakwa seseorang itu melakukan liwat tanpa cukup bukti yang nyata dan kukuh, hukuman sebaliknya akan dijatuhkan ke atas si penuduh.

Orang yang membuat tuduhan tanpa cukup saksi, akan dijatuhkan hukuman qazaf mengikut suatu pendapat fuqaha.

Qazaf adalah menuduh zina, tanpa membawa empat orang saksi yang adil, yang benar-benar melihat perbuatan tersebut.

Jika penuduh gagal membuktikannya, maka si penuduh akan dikenakan hukuman, seperti firman Allah (mafhumnya): “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik pekertinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi, maka hendaklah disebat mereka dengan 80 kali sebatan (selepas itu); janganlah kamu menerima persaksian mereka buat selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur, ayat 4)

Ayat ini tidak merujuk kepada wanita sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menuduh zina tanpa cukup bukti, maka akan dikenakan hukuman qazaf.

Timbul persoalan, bolehkah qazaf ini digunakan juga kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan liwat? Atau didakwa dia diliwat, apakah termasuk dalam konteks ini?

Dalam mazhab as-Syafie, dengan merujuk kepada Kitab al-Muhazzab, juzuk dua, halaman 237, ada dinyatakan, maksudnya; “Sekiranya seseorang berkata (menuduh) kepada seorang lain, ‘kamu adalah peliwat atau si fulan meliwat saya atau mengaku dirinya diliwat’ (tanpa paksaan), maka itu adalah kazaf, sama dengan kazaf zina, wajib dikenakan hukuman qazaf.”

Ini bererti bahawa yang menuduh liwat, sama dengan menuduh zina, wajib diproses mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Apabila hukum Islam tidak berfungsi dan diketepikan maka berleluasalah tuduhan-tuduhan yang seperti itu, kerana tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang atau merasa gerun untuk melakukannya.

Alangkah rugi dan kecohnya masyarakat apabila tuduhan-tuduhan liar sebegini, masih menjadi mainan orang-orang tertentu menuduh orang-orang lain dengan pelbagai tuduhan.

Ingatlah, meskipun hukuman-hukuman had seperti yang disebutkan di atas, tidak dapat dilaksanakan buat seketika ini, akan tetapi insafilah bahawa hukuman Allah di akhirat nanti, pasti menunggu semua yang terlibat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang mahsyur (mafhumnya): “Sesungguhnya hukuman dunia adalah lebih ringan daripada hukuman di akhirat.”

Ini membawa maksud, bahawa segala kesalahan yang ada peruntukkannya dalam al-Quran atau as-Sunnah, jika dilaksanakan di dunia seperti kehendak Allah, maka ianya adalah paling ringan bagi orang yang terlibat menerimanya.

Jika mereka terlepas daripada menerimanya di dunia, maka di akhirat nanti mereka akan menerima hukuman yang lebih berat daripada Allah SWT. Wallahua’lam.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme