Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



PRESS STATEMENT: Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat

Posted under UMUM by admin on Saturday 9 August 2008 at 6:18 pm

8hb OGOS 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang wewenang. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.

Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang pertuduhan yang muncul baru-baru ini. Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak. Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun 1998. Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.

Keselamatan doktor tersebut ternyata menjadi kebimbangan kami. Saksi utama kes berprofil tinggi di Malaysia sering hilang pada masa lalu seperti PI Balasubramaniam. Saya memuji individu-individu berani yang mempamirkan komitmen mereka kepada kebebasan dan keadilan dengan melangkah ke hadapan membawa bukti penting. Saya mahu pihak berkuasa memastikan keselamatan mereka.

Semalam di mahkamah, kita sedar kejelikan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaraya ternyata mempunyai persamaan dengan kegagalan perbicaraan 1998, pendakwaan sudah pun bertukar dari aksi yang memaksa kepada aksi sukarela. Ini semua terjadi kerana konspirasi yang  dicipta pada minggu terakhir bulan Jun sudah mulai retak dan berkecai. Ada usaha yang terburu-buru dari pihak polis untuk menutup sebarang kelemahan pengakuan petuduh. Usaha mereka pastinya gagal kerana bukti yang ada sangat jelas menunjukkan sebaliknya serta adanya rakyat Malaysia yang berani ke hadapan untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.

Perdana Menteri telah secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan kareer politik beliau. Penglibatan beliau dalam kes ini pasti mengakibatkan krisis tenat di dalam pentadbirannya. Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini. Tambahan lagi Perdana Menteri Abdullah Badawi sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berkenaan penglibatan beliau di dalam korupsi dan politik wang.

Bayangan korupsi dan salah urus ekonomi menjadi legasi pentadbiran beliau. Perdana Menteri Abdullah masih gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berkenaan keuntungan besar yang diraih oleh keluarga beliau hasil dari penglibatan keluarga beliau dalam skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan rakyat Iraq yang terdesak dan di ambang kematian.

Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang.

Agenda Reform Pakatan Rakyat  kembali ke landasan yang tepat dan Harapan Baru untuk Malaysia sudah semakin dekat. Kami akan memastikan kempen yang bersepadu untuk memenangi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar meliputi penduduk yang pelbagai latar dan etnik dari kawasan tersebut. Saya berhasrat untuk memasuki  Parlimen pada 27hb Ogos 2008 dengan sokongan rakan-rakan saya di dalam pakatan sebagai pemimpin mereka yang baru.

ANWAR IBRAHIM


FORUM ‘BAR COUNCIL’ AKHIRNYA DIBATALKAN.

Posted under BERITA by admin on Saturday 9 August 2008 at 8:21 am

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -Forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pagi ini akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibu pejabat majlis tersebut.

Malaysiakini dalam laporannya menjelaskan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin memberitahu perhimpunan tersebut, bahawa beliau telah masuk ke dalam dan mendapati forum itu telah dibubarkan.

“Saya naik sendiri dan melihat forum telah dibubarkan dan saya memberitahu (mereka), tidak mahu lagi forum seperti ini diadakan.

“Kita mahu tindakan yang lebih keras diambil pada masa-masa depan,” katanya kepada perhimpunan tersebut pada kira-kira jam 10.30 pagi.

“Kita memberi jaminan mereka boleh beredar dari bangunan ini,” kata beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan.

Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.

Mereka melaungkan “Hancur Bar Council”, “Hidup Islam” dan “Batalkan Forum”.

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi “Jangan cabar Islam’, “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam” dan “Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman”.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman, memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah berunding dengan Majlis Peguam supaya menghentikan forum tersebut.

“Semasa rundingan, mereka boleh menerima cadangan kita.

“Polis mempunyai kuasa untuk menasihatkan mereka menghentikan forum ini setelah melihat ancaman keselamatan yang kian meningkat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat satu botol yang dijumpai di situ.

“Saya berpuashati kerana mereka bersikap profesional. Semasa rundingan, saya menasihatkan supaya forum ini dibatalkan.

“Insya-Allah keadaan akan kembali pulih semula,” tambahnya.

Menurutnya lagi, tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan kedua-dua pihak telah memberi kerjasama kepada pasukan polis.

Pada jam 10.55 pagi, orang ramai sudah beredar dari kawasan tersebut. – mks._


SIAPA BENAR? Kata-kata Anwar telah terbukti!

Posted under UMUM by admin on Saturday 9 August 2008 at 7:06 am

Malam tadi saya menonton semula video DEBAT ‘HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN ESOK TURUN HARGA MINYAK’ antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato’ Shabery Chik yang dikelolakan Dato’ Johan Jaafar..
Ternyata memang tak membosankan kerana isi-isi yang padat dan fakta-fakta yang telah di berikan oleh DS Anwar Ibrahim memang berjaya menggugat kenyataan-kenyataan Dato’ Shabery Chik.

Dalam siri DEBAT tersebut Dato’ Shabery Chik ada menyebut tentang masalah minyak yang melanda negara kita turut sama dihadapi negara-negara yang lain..dan jangan membandingkan harga minyak negara kita dengan Venezuela dan beberapa negara lain lagi..kerana negara-negara tersebut mengalami kadar inflasi yang cukup tinggi, namun tegas dinyatakan DSAI bahawa pendapat mana yang mengajar kalau minyak di negara kita naik, inflasi takkan meningkat.. Nyata Dato’ Shabery bukan lawan DS Anwar Ibrahim walaupun beberapa kali Dato’ Shabery menyerang peribadi DSAI.

Di sini apa yang cuba saya sampaikan ialah kalau kita benar-benar mengamati DEBAT tersebut nyata kebenaran kata-kata DS Anwar Ibrahim pada hari itu telah pun di buktikan pada hari ini… Menurut DS Anwar harga minyak dunia takkan terus-terusan menaik malahan ada satu peringkat dimana harga itu akan statik dan mungkin menurun .. Itulah sebabnya DS Anwar Ibrahim boleh menjanjikan penurunan pada harga minyak Malaysia jikalau KERAJAAN PAKATAN RAKYAT memerintah! Pada harga minyak RM 2.70 seliter, RM 0.50 akan diturunkan untuk peringkat permulaan dan seterusnya akan dipertimbangkan setelah mengambil kira beberapa perkara lagi.

Perkara ini sememangnya dijangkakan oleh DS Anwar Ibrahim dan mungkin juga pemimpin-pemimpin tertinggi BARISAN NASIONAL. Cuma mungkin mereka ego atau cuba menyembunyikan kebenaran daripada rakyat. Namun akhirnya keadaan semasa telah dapat membuktikan KEBENARAN KATA-KATA DS ANWAR IBRAHIM. Beberapa hari lalu, setelah mengetahui harga minyak telah pun menurun, sekali lagi DSAI membuat kenyataan bahawa mungkin kali ini RM 0.70 pula boleh diturunkan.. Kali ini adakah kenyataan ini masih lagi satu pembohongan? Adakah DS Anwar Ibrahim buat kenyataan itu ikut sesuka hatinya?

Mungkin dalam masa yang terdekat ini harga minyak negara kita akan diturunkan sedikit berikutan harga minyak dunia yang telah menurun. Namun keadaan ini tetap tidak dapat merubah KEPERCAYAAN rakyat terhadap ketidaktelusan kerajaan yang sedia ada ini kerana nyata KEBENARAN TELAH TERBUKTI! Dan sebagai rakyat, kita telah dapat menilai SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH!

Inilah Rencana Rakyat yang perlu diambil kira!


KERAJAAN BAYANGAN 16 SEPT 2008

Posted under UMUM by admin on Saturday 9 August 2008 at 1:15 am

GAMBARAN KERAJAAN BAYANGAN PAKATAN RAKYAT


‘PENARIK BECA’ dibebas POLIS.

Posted under UMUM by admin on Saturday 9 August 2008 at 12:11 am

Logo anjing: Penulis blog mohon maaf

sumber: malaysiakini (Abdul Rahim Sabri | Aug 8, 08 2:49pm)

Seorang penulis ditahan polis selama dua hari kerana memaparkan imej kepala anjing di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di blognya.

Abu Bakar Mohd Rashid juga disiasat berhubung artikelnya bertajuk ‘Kenapa tidak usik Raja Petra’ yang termuat di blognya ‘Penarik Beca’ (www.penarikbeca.blogspot.com) pada 14 Julai lalu.

Ditemui Malaysiakini selepas dibebaskan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur, petang ini, beliau menyatakan kesal dengan tindakannya itu dan memohon maaf kepada pasukan polis.

“Saya memohon maaf mana-mana yang tersinggung kepada semua (anggota) polis. Tetapi tulisan dalam artikel itu saya pertahankan,” katanya.

“Saya rasa saya tidak patutlah meletakkan lambang itu.”

“Apabila disebut (dalam siasatan) tentang lambang (PDRM) itu, saya langsung tidak mempertahankan. Saya kesal dan saya tidak pertahankan. Kalau ada orang bertanya bab itu, saya malas layan lagi,” tambahnya.

“Saya kesal, dan saya balik, saya mahu buang.”

abu bakar mohd rashid penarik beca 0808081Di lambang itu, imej muka harimau digantikan dengan “muka anjing yang sedang menyalak”, perkataan Allah digantikan dengan “simbol wang”, perkataan Muhammad (dengan perkataan bahan letupan ‘C4′) dan lambang di puncak mahkota (simbol Zionisme).

Menurut wartawan sambilan itu, lambang PDRM yang diubah itu diambil dari laman web lain – bagaimanapun beliau tidak menyebutnya.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dikehendaki melapor diri di ibu pejabat polis yang sama pada 20 Ogos jam 10.30 pagi.

Beliau disambut oleh isterinya Salwah Abd Samad dan empat rakannya di balai tersebut kira-kira 5.40 petang tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada lambang PDRM “satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis”.

Beliau dilaporkan berkata, polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.

Menurut penulis blog itu, beliau ditahan oleh tujuh anggota polis yang diketuai oleh ASP Hazizi Abdul Samad, yang juga pegawai penyiasat kesnya.

Laporan Bernama menyebutkan, beliau ditangkap di rumahnya pada pukul 10 malam di Taman Koperasi Polis, Gombak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penulis itu kemudian ditahan di ibu pejabat polis daerah Sentul dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan.

penarik beca sang kutu website blogspot 070808Mengulas artikelnya tentang sistem pengurusan data polis yang didakwanya didalangi oleh kongsi gelap, beliau bertegas mempertahankan haknya untuk bersuara.

“Dalam siasatan, saya mempertahankan hak saya untuk menulis seperti yang terdapat dalam posting itu.”

Artikelnya itu, yang mengulas satu tulisan Raja Petra Kamarudin, turut mendakwa seorang berpangkat Datuk, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman, terlibat dengan pengurusan data tersebut.

Katanya, beliau berpuas hati dengan layanan polis yang profesional dan berhemah.

Siasatan itu dipercayai susulan laporan polis terhadapnya. Bagaimanapun, sewaktu siasatan, beliau tidak ditunjukkan aduan polis tersebut.

Menurutnya lagi, komputer peribadinya dirampas sewaktu serbuan polis itu.

Jika polis memulangkan komputer itu, tambahnya, beliau akan membuang lambang tersebut dari blognya.

“Jadi sekarang saya patah tangan. Saya sekarang tidak dapat nak ubah (buang) dari blog sebab saya patah tangan kerana komputer saya dirampas,” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan beberapa komputer yang dirampas sebelumnya tidak dipulangkan, Abu Bakar tidak berharap barang miliknya itu akan dikembalikan oleh polis.

Semalam polis mereman Abu Bakar untuk sehari bagi melanjutkan siasatan ke atasnya.

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk Raja Petra yang terkenal dengan blog Malaysia Today.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme