Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Anwar: Forum biarlah tertutup, tidak perlu provokatif

Posted under UMUM by admin on Friday 8 August 2008 at 11:59 pm

PETALING JAYA: Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju forum ‘memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam esok (9 Ogos) berhubung masalah pertukaran agama di kalangan bukan Islam bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan diteruskan.

Bagaimanapun beliau menyarankan ia diadakan secara tertutup, termasuk melibatkan kumpulan-kumpulan Islam yang berasa bimbang dengan forum tersebut, dan harus tidak kelihatan cuba memprovokasi.

“Pendirian saya selalu dengan sikap terbuka dalam ruang demokrasi tetapi menimbulkan rasa sensitif. Sama ada berkesan jika diadakan dengan cara terbuka, ia nampak seperti agak provokatif.

“Atau lebih kepada perbincangan tertutup? Jadi, perbincangan boleh diteruskan tanpa kelihatan provokatif,” katanya di sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

“Jika (forum itu) ingin diteruskan, pada tahap ini mesti memastikan dibuat dalam forum tertutup dan turut melibatkan pihak lain, terutamanya mereka yang menyatakan kebimbangan.

“Saya rasa, untuk kepentingan Malaysia yang pelbagai kaum, kita patut berhati-hati tentang perkara ini. Teruskan perbincangan, bertemu dengan mereka yang bimbang. Saya rasa sebagai strategi, ia akan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang.”

Beliau diminta mengulas bantahan dan kerisauan orang ramai – khususnya menteri dan pemimpin Islam, termasuk PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) – tentang program tersebut yang bertujuan membahaskan dampak pertukaran agama bukan Islam seperti kes-kes R Subashini dan S Shamala.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam bimbang forum itu boleh “mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama.”

Menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar pula menyifatkan hasrat penganjur mengadakan forum berkenaan sebagai “bermain dengan api” dan “boleh membangkitkan salah faham”.

Abim menganggap perbincangan itu “kurang bersesuaian dan boleh menimbulkan salah tanggapan di kalangan masyarakat.”

Setiausaha agungnya Khairul Ariffin Mohd Munir mencadangkan perbincangan isu dianjurkan secara tertutup “dalam kalangan mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang berkaitan.”

Di sidang media berhubung akuan berkanun seorang doktor dalam kesnya, Anwar berkata beliau tidak bimbang berdepan dengan BN di Permatang Pauh tetapi risau dengan “taktik kotor” parti itu yang mungkin berbau perkauman dan penjalanan pilihanraya kecil itu antara 16-26 Ogos.

Sambil menyifatkan BN sebuah “parti taukeh kaya”, ketua umum PKR itu berkata parti itu kini “dalam keadaan terdesak”.

Khamis lalu, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan itu untuk membereri laluan kepada Anwar bertanding.

Anwar mengulangi keyakinannya bakal “menang dengan majoriti selesa”.

Mengulas kemungkinan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) turut meletakkan calon, Anwar berkata, tindakan itu “strategi Umno untuk memecahkan undi”.

Sementara itu, ketua polis negara memberi amaran kepada meraka yang berkempen di Permatang Pauh nanti agar tidak melanggar peraturan sehingga mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Tan Sri Musa Hassan berkata polis tidak akan teragak-agak bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan.

“Perlu patuhi undang-undang dan prosedur yang ditetapkan. Jika patuhi undang-undang, tidak akan timbul sebarang masalah,”

Bercakap di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama, Musa berkata kekuatan pasukan keselamatan itu akan ditambah dengan pengambilan anggota tambahan dari kontinjen negeri-negeri.

“Kami memang merancang untuk menambah anggota (sepanjang pilihanraya), tapi pada masa ini kami tidak pasti lagi berapa ramai yang akan diletakkan di sana.

“Kami juga masih melihat perancangan dan masalah serta ancaman yang mungkin berlaku di sana,” beliau dipetik sebagai berkata. – Malaysiakini


Tarikh Laluan Ke Putrajaya Tetap 16 September

Posted under UMUM by admin on Friday 8 August 2008 at 11:11 pm

Jumaat, 2008 Ogos 08

(sumber: aloha2)

PETALING JAYA:Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat semalam yakin akan dapat membentuk kerajaan menjelang 16 September ini. “Kami berada di landasan yang betul ketika ini.”

Insya Allah kita akan bentuk kerajaan Pakatan Rakyat menjelang 16 September,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.Sebelum ini,bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkali-kali melaungkan keyakinannya bahawa terdapat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti menyertai kerajaan Pakatan Rakyat itu.
Yang penting jumlahnya mencukupi untuk membentuk kerajaan menjelang 16 September depan,” ujarnya.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.”

Maknanya…maksud DSAI itu ianya mengambarkan kepada kerajaan skrg…hayat perasuah,serta mereka yang selama ini memfitnah semakin pendek menjadikan 1 titik tolak kepada mereka2 berusaha sedaya mungkin menafikan lalaun DSAI ke Putrajaya…oleh itu…lihat la sekalian alam DENGAN IZIN ALLAH S.W.T. RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGECAPI KEMERDEKAAN SEBENAR JIWA SELEPAS TARIKH 16 SEPTEMBER 2008. AMIN…


AS diminta tidak campuri urusan Malaysia

Posted under UMUM by admin on Friday 8 August 2008 at 2:07 pm

Sumber: Harian Metro

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu Amerika Syarikat (AS) berhenti mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia oleh kerana negara ini mempunyai undang-undangnya sendiri.

Beliau berkata undang-undang Malaysia diluluskan oleh Parlimen dan tidak ada sebab negara lain memandang rendah terhadap Malaysia dalam aspek pelaksanaan pentadbiran undang-undangnya sendiri.

“Kod Prosedur Jenayah kita asalnya daripada Common Law dan Kanun Keseksaan juga asalnya daripada Common Law.

“Dengan itu, tidak ada sebab dalam apa-apa hal, untuk sebarang kuasa lain di bumi ini untuk mengkritik pentadbiran kehakiman dalaman negara lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis mengibar bendera sempena Sambutan Hari Asean ke-41 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas naib presiden AS Al Gore bahawa kerajaan Malaysia terbabit dengan “kelakuan pembunuhan untuk melenyapkan seorang pemimpin politik pembangkang yang berkesan”.


Dr Mohamed pertahan laporan Saiful tidak diliwat – Malaysiakini

Posted under BERITA by admin on Friday 8 August 2008 at 1:53 pm


Written by kelantankini on Aug 7th, 2008 | Filed under: Nasional

DALAM akuan berkanunnya itu, kini beredar di internet, Dr Mohamed Osman berkata, Mohd Saiful pada mulanya menemui seorang doktor wanita tetapi kemudiannya dirujuk kepadanya kerana pemuda itu mahu diperiksa oleh seorang doktor lelaki.

Katanya, berdasarkan pengalamannya, beliau pernah berdepan dengan ramai pengadu seumpama itu. Oleh itu, beliau menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit tersebut.

Dr Mohamed Osman berkata, beliau telah menjalankan pemeriksaan rektum dan mencatatkan laporannya dalam ‘folder pemeriksaan perubatan standard’ Hospital Pusrawi.

Katanya, beliau kemudiannya terperanjat apabila mendapat tahu bahawa laporan pemeriksaan tersebut telah tersebar luas dalam media dan internet.

Menurutnya lagi, beliau hanya mengetahuai tentang kebocoran laporan perubatan tersebut selepas beliau pergi bercuti.

Menurut Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman bercuti sejak pertengahan bulan Julai lalu.

Sehubungan itu, Dr Mohamed Osman menegaskan bahawa beliau tidak tahu pihak yang bertanggungjawab membocorkan laporan tesebut kepada sebarang pihak ketiga.

Dalam akuan berkanunnya itu, beliau juga mencerita tentang tiga pertemuannya dengan dua pegawai polis yang mengambil kenyataannya.

Laporan bertaip

Katanya, pada Julai 2008, kenyataannya diambil oleh ASP Rosmi Mat Derus daripada jabatan siasatan jenayah (CID) ibu pejabat polis daerah Brickfields.

Menurutnya, ASP Rosmi menulis kenyataannya, setebal kira-kira sembilan atau sepuluh halaman, dalam bahasa Malaysia dan membawa salinan yang telah ditaip pada minggu berikutnya untuk ditandatanganinya.

Dr Mohamed Osman mengakui bahawa beliau tidak memahami kebanyakan yang ditulis dalam kenyataan tersebut, kerana beliau tidak fasih berbahasa Malaysia.

Apabila ditunjukkan salinan kenyataan yang bertaip itu, beliau terpaksa membuat pindaan-pindaan dengan bantuan pegawai polis berkenaan.

Katanya, beliau bertanya mengapa nama Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat pada beberapa perenggan, sedangkan ia tidak pernah disebut sepanjang beliau memberi kenyataan.

Mohd Saiful juga, tambahnya, tidak pernah menyebut identiti seorang orang berpengaruh (VIP) yang didakwa melakukannya.

Katanya, ASP Rosmi memberitahunya bahawa Anwar adalah seorang suspek dalam siasatan polis.

Dr Mohamed Osman menjelaskan, beliau mengetahui Anwar terbabit dalam siasatan kes tersebut selepas membaca akhbar.

Menurut doktor itu lagi, seminggu kemudiannya, DSP Choo dari bahagian CID ibu pejabat polis daerah Dang Wangi juga mengambil kenyataannya.

Kes berprofil tinggi

Katanya, pegawai wanita berkenaan memintanya menceritakan semuanya sekali lagi, dan beliau menceritakan semua yang diketahuinya secara terperinci mengenai keseluruhan prosedur berkaitan dengan pemeriksaan yang dijalankan ke atas pesakit tersebut.

Menurutnya, mereka berbicara dalam bahasa Inggeris dan DSP Choo menulisnya dalam Bahasa Malaysia.

Kenyataan bertulis tersebut kemudiannya diterjemah kepadanya dalam bahasa Inggeris dan beliau kemudiannya diminta menandatangani empat hingga lima halaman.

Menurutnya lagi, di peringkat permulaannya, DSP Choo memberi tanggapan bahawa beliau akan didakwa jika enggan bekerjasama dengan pihak polis.

Katanya, siasatan polis yang berterusan dalam kes berprofil tinggi itu mengganggunya sehingga beliau bimbang dengan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Kira-kira seminggu selepas pertemuan kali ketiga dengan pihak polis, beliau memohon untuk bercuti dan meninggalkan Malaysia bersama keluarganya.

Dr Mohamed Osman dijadual kembali semula bertugas di Hospital Pusrawi pada 1 Ogos – kebetulan pada hari beliau menandatangani akuan berkanunnya itu – tetapi tidak dapat dihubungi.

Semalam, Mstar Online memetik kenyataan pengarah Hospital Pusrawi, Dr Kamaruddin Ahmad yang menyebut Dr Mohamed Osman mungkin bimbang untuk kembali bertugas. – Malaysiakini


KRONOLOGI: Kes Liwat Anwar Ibrahim

Posted under BERITA by admin on Friday 8 August 2008 at 1:44 pm
Kronologi peristiwa tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim
Dilulus terbit pada Friday, August 08 @ 12:54:32 MYT oleh SongkokPutih

Analisis Isu Oleh kelantankini

 KES dakwaan liwat terhadap Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bermula apabila bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sejak itu ia mendapat perhatian umum dan liputan meluas pihak media sehinggalah Anwar akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam (7 Ogos 2008).

Berikut urutan peristiwa yang dicatat wartawan mStar mengenai kes berkenaan:

28 Jun : Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun : Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki.

30 Jun : Anwar keluar dari Kedutaan Turki.

1 Julai : Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai : Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds.

8 Julai : Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.

15 Julai : Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

16 Julai :
10.05 pagi :
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.

17 Julai : Anwar dibebaskan dengan jaminan polis

21 Julai : Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai : Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

30 Julai : Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu menyiasat Mohd. Saiful mengikut hukum qazaf.

30 Julai : Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

31 Julai : Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

31 Julai : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

6 Ogos : Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.

7 Ogos: Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Mohd Sauful Bukhari. Anwar kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan


Tahan blogger: Mahfuz kecam tindakan polis

Posted under BERITA by admin on Friday 8 August 2008 at 1:39 pm

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mengecam tindakan polis menahan pengendali blog ‘Penarik Beca‘ sejak semalam, dan remannya disambung untuk sehari lagi.

Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

Tindakan ini kata Mahfuz menunjukkan betapa tidak cekap dan tidak profesionalnya polis dalam mengendalikan kes-kes seperti ini.

“Tindakan polis menahannya di rumah satu perkara yang tidak profesional, kerana polis boleh menghubungi Penarik Beca dan meminta beliau ke balai, ini pernah dilakukan ke atas pengendali web, Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin, dalam kes Penarik Beca polis sepatutnya bertindak seperti kes Raja Petra,” ujarnya sebentar tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Mahfuz percaya pengendali blog tersebut adalah seorang yang berani justeru jPenarik Beca boleh datang ke balai untuk disiasat tanpa perlu penahanan dibuat.

Mahfuz juga kesal dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan isteri mangsa sebab-sebab penahanan dan siasatan.

Mengulas lanjut penahanan itu Mahfuz mempersoal kewajaran polis melanjutkan penahanan Penarik Beca sedangkan sepatutnya pasukan itu boleh menyelesaikan sesi siasatan dalam masa sehari.

“Inikah yang dikatakan polis bersih cekap dan amanah, sedangkan dalam kes ini mereka tidak mampu menyelesaikan siasatan dalam tempoh sehari,” katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa penahanan tersebut adalah satu tindakan yang dilihat hanya untuk menutup kes tertentu yang akhirnya memangsakan pihak yang melaporkan.

Amat malang sekali jika penahanan sedemikian adalah bersifat untuk melindungi kepentingan pihak tertentu, katanya lagi.

Justeru beliau mendesak polis membebaskan segera tanpa sebarang pendakwaan ke atas pengendali blog terbabit.

Terdahulu, isteri pengendali blog terbabit, Salwa Abdul Samad mengesahkan kepada Harakahdaily suaminya ditahan untuk sehari lagi.

Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam Rabu, 6 Ogos di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.

“Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.

“Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya,” kata Salwa. – Harakahdaily


Solidariti untuk Bakaq a.k.a Penarik Beca

Posted under UMUM by admin on Friday 8 August 2008 at 12:35 pm

-Exclusive by mat saman kati

Pagi-pagi lagi aku dapat tahu dari member, brader Bakaq kita kena tangkap. Dari apa yang aku tahu, dia kena tangkap pasai menghasut. Hasut apa? Hasut suruh orang merusuh? Berdemo? Kalau hasut orang suruh tolak Umno..ada la… Yang tu, aku pun buat.

Memang patut pun kalau suruh orang tolak Umno sebab perangai depa makin lama dah jadi macam binatang. Tak dak akai.

Ramai member-member bagi tau kat aku suruh slow sikit… hati-hati. Come on , brader! ini masa untuk kita terus melawan. Dan kali ini, jangan harap blogger kutu berahak saja yang lawan, manakala kerajaan PR buat tak tau pulak!

Baru dua tiga hari sudah, aku dok bersembang dengan kepimpinan PR Perak. Sebelum pilihanraya ke12 dulu, blogger kutu berahak ni la yang banyak membantu PR menumbangkan Umno. Blogger kutu berahak ni la yang peghabih duit simpanan, gadai gelang bini, untuk membantu PR. Tapi bila dah menang, sapa pun tak pandang blogger kutu berahak macam kami!
Pada 29/6 lalu, PKR menganjurkan Ceramah Ketuanan Rakyat kat Stadium Perak. Anwar sepatutnya hadir diceramah tersebut tapi dah kena tuduh pulak. Nasib baik Nik Aziz dapat cover.

Dulu, kalau ada mesej yang nak disampaikan, blogger la yang tolong sampaikan, tapi bila menang, ada panggil blogger bila buat sidang media? Sebaliknya depa panggil NST, Star, semua akhbar MSM. Suratkhabar ni ada buat promosi ka? haram tak dak.. Yang dok tolong promosi ialah blogger yang tak diundang.

Bila tiba malam ceramah, ada pemberita Harakah yang aku kenal datang jumpa aku mengadu sebab tak dibenarkan masuk, pasai tak ada kad media. Aku sendiri tak dibenarkan masuk kegrandstand untuk tangkap gambar! Sedangkan reporter dari akhbar-akhbar BN seronok duduk ambil gambar kat grandstand. Aku yang duduk dalam jawatankuasa sambutan pun tak boleh masuk!

Esoknya, ada cerita yang keluar dalam NST? Star? Berita Harian? Yang keluar hanyalah cerita-cerita dari blogger yang terpaksa merempat.

Tak cukup dengan itu, ada pemimpin PR yang menuduh blogger sebagai tukang fitnah, tukang hasut. Apa salah Bakaq? Pasai dia tentang muzakarah Pas -Umno? Yang tu aku pun buat. Apakah pasai dia kritik kepimpinan dia, maka dia dikatakan menghasut?
Pemimpin PR mesti buat sesuatu. Aku nak tengok sama ada kepimpinan PR akan bantu Bakaq atau nak jadikan Bakaq seteru depa. Kalau kepimpinan PR buat tak tau saja kat Bakaq, aku pun akan buat tak tau kat hangpa.

Pada bloggers yang lain, ini masa kita untuk bantu brader kita. Sapa yang ada maklumat, tolong sebarkan. Kita kena buat sesuatu untuk bantu brader Bakaq.


TERKINI – DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Posted under BERITA by admin on Friday 8 August 2008 at 11:19 am

Salmiyah Harun, Nyza Ayob & Nuha Rahim
Thu | Aug 07, 08 | 2:19:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - “Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialah pendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat,” demikian antara kata-kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Penasihat KeADILan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

“Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan suka sama suka.

“Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,”katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya.

Jelas Anwar, tumpuannya kini pada Pilihan Raya Permatang Pauh. Katanya, beliau akan memulakan ceramahnya malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya.

“Dari Taman Medan kita akan ke Permatang Pauh. Dan insya-Allah dari Permatang Pauh sampai ke Parlimen dan kita ambil alih kerajaan dan perbetulkan segala kekhianatan, penipuan dan rasuah yang ada,” katanya.

Anwar ada alibi

Sementara itu, Menurut Peguam Anwar Ibrahim, Sankara Nair Anwar memiliki alibi yang kukuh pada masa kejadian (26 Jun) pada jam 3 petang sebagaimana yang didakwa oleh pembantunya, Saiful.

Sankara yang ditemui di luar kamar sebaik sahaja prosiding tamat jam 10.30 pagi berkata, Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini dilihat berlaku adil kerana membenarkan anak guamnya diikat jamin setelah Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan liwat.

Beliau salah seorang daripada sembilan peguam bela Anwar berkata, Hakim S.M Komathy memperlihatkan sifat adil dengan menggunakan budi bicaranya membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin.

Sankara juga berkata, pendakwaan kes liwat terhadap Anwar tidak akan menjejaskan proses pilihan raya kecil Permatang Pauh akhir bulan ini.

Hakim menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama.

Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Anwar diwakili sembilan peguam

Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheefa Koya, Leela J Jesuthasan dan Mohd Razlan Jawaludin.

Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato’ Idrus Harun manakala pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah.

Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan liwat. Dalam kes pertama pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdapat juga peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.

Sementara itu beberapa orang pimpinan PAS turut mengikuti perbicaraan tersebut seperti Naib Presiden, Dato’ Husam Musa; Setiausaha Agung, Dato’ Kamaruddin Jaffar; AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan AJK PAS Pusat yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali menyambut baik keputusan mahkamah tersebut.

Husam yang ditemui menyatakan keputusan tersebut menunjukkan mahkamah lebih bebas dan adil.

“Kami bersyukur atas keputusan yang diambil oleh mahkamah tadi. Selepas ini, kita akan turun ‘berperang’ di parlimen Permatang Pauh bagi memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim,”kata Dr Lo’ Lo’.

Anwar meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah pada kira-kira 11.35 pagi.

Laluan ke kompleks itu sesak seketika apabila lebih 2,000 penyokong Anwar berhimpun di luar dan dalam perkarangan kompleks menyebabkan Anwar sukar meninggalkan kawasan itu. – mks. _


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat – STATEMENT

Posted under BERITA by admin on Friday 8 August 2008 at 9:59 am


Friday, August 08 @ 08:04:47 MYT oleh SongkokPutih
Kenyataan Media 7 Ogos 2008, 9:30 am, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL

 Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi pada 6 Ogos 2008. Kami mencapai kata sepakat mengenai keputusan-keputusan berikut:

a)      Kami menganggap kes terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai kezaliman politik. Dalam kes ini bukan sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan.

b)      Seandainya Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan diikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Datuk Seri Wan Azizah, Presiden PKR akan bertindak sebagai penyelaras Majlis Pimpinan ini.

c)      Kami bersetuju sepenuhnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dan kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan penuh.

d)      Kami bersetuju bahawa manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki Parlimen, beliau akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bermula 27 Ogos 2008.

YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden keADILan)
YB Dato’ Hj Husam Musa (Naib Presiden PAS)
YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)


ANWAR ADA ‘AGREEMENT’ DENGAN PAK LAH ?

Posted under UMUM by admin on Friday 8 August 2008 at 8:56 am


(sumber:ihatpaklah.blogspot)

Hari ini kita dapat melihat kebangkitan dan sokongan rakyat kepada Parti Pembangkang terutamanya kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) iaitu Sdr Anwar Ibrahim semakin mendapat tempat di hati rakyat di Malaysia ini. Mereka telah berpatah arang dari menyokong sebuah parti yang selama ini begitu dekat di hati mereka terutamanya orang melayu iaitu UMNO. Mereka sanggup melarikan diri mereka dan meminta keadilan yang sewajarnya akibat melihat keadaan kerajaan hari ini yang semakin hari semakin lemah dan longlai di bawah pentadbiran Kerajaan dan Parti Pak Lah ini. Kerana marahkan Pak Lah ataupun pemimpin tertentu, mereka terus menyokong dan seterusnya mengundi PKR ini. Ianya hanya mungkin bersifat sementara ataupun mungkin kekal selama-lamanya selagi UMNO di dalam keadaan cedera parah ataupun koma tidak sedarkan diri.

Siapa yang suka dengan Pak Lah ini? Rata-rata dan kesemuanya sekali yang saya temui dan tanya sendiri kepada mereka, Seratus peratus daripada mereka juga membenci dan ada juga yang memaki hamun ataupun mengutuk Pak Lah ini secara terang-terangan tanpa berlindung di balik awan.Tidak kiralah mereka itu bangsa melayu, india ataupun cina sekalipun, rata-ratanya semua benci pada orang tua lembik ini. Semua orang kata beliau ini lembik, tidak pandai menjaga hati rakyat, buat keputusan berubah-ubah, tidak pandai menguruskan ekonomi dan suka membazir wang rakyat. Macam-macam lagi yang diluahkan oleh rakyat hari ini yang saya dengar sendiri.


Mereka nampak begitu marah dan benci kepada Perdana Menteri kita ini. Semua yang dilakukannya semua tidak kenakepada rakyat. Ini terbukti apabila kajian ataupun survey yang telah dikeluarkan oleh Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan sokongan rakyat kepada Perdana Menteri kita telah turun menjunam sehingga 28% (sila lihat gambarajah di atas). Ini merupakan satu keadaan yang paling kritikal dan terburuk dalam sejarah kepimpinan negara ataupun ketidak percayaan rakyat kepada pemerintah tertinggi negara hari ini amat meluap-luap sehinggakan tidak dapat dibendung lagi.

Apakah sekarang ini Pak Lah tidak tahu langsung tentang perkembangan ini dan respon rakyat terhadap dirinya? Saya yakin dia tahu segala-galanya daripada kita. Kerana dia seorang Perdana Menteri dan juga dikelilingi oleh mereka-mereka yang hebat-hebat. Mustahil dia tidak tahu langsung dan buat pekakkan telinganya. Tapi apa yang boleh dia buat? Merdeka center tu bukan Pejabat Perdana Menteri. Apa dia peduli. Sedangkan kalah 5 buah negeri pun masih selamba dan nampak very cool dan begitu gentlemen sahaja lagaknya. Seperti tiada apa-apa yang akan berlaku.

Nampaknya Pak Lah tidak kisah langsung mahupun bertindak sesuatu untuk membaiki dan meningkatkan prestasi kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Baginya , dia begitu yakin bahawa anak-anak buahnya sedang berkerja keras membaiki ataupun mengawal keadaan ini. Beliau tidak perlu risau apa-apapun berkenaan hal ini. Beliau mempercayai seratus peratus kepada orang-orang kuatnya terutama kepada anak dan menantu beliau sendiri. Lagipun baginya sekarang ini ianya tidak begitu penting kerana cita-citanya dan juga menantunya sudah hampir tercapai untuk melihat saudara Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Mungkin tiada sesiapa selepas ini yang akan cuba mendakwa atas apa yang telah beliau lakukan semasa menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim ini juga merupakan idola kepada menantunya juga yang juga menurut cerita dikatakan hampir-hampir menjadi menantu Anwar Ibrahim ini pada masa dahulu.

Inilah anggapan saya dan sebahagian orang yang sedang berfantasi bahawa Malaysia tidak lama lagi akan mendapat seorang Perdana Menteri yang baru menggantikan kerajaan yang lemah dan dianggap kejam serta menekan rakyatnya hari ini. Selain kelembapan ekonomi negara,jumlah pengangguran yang tinggi, kadar jenayah yang tinggi, kenaikan harga petrol dan barangan lain juga dikatakan antara kesan-kesan yang membuatkan rakyat menderita dan sakit hati melihat apa yang telah Pak Lah lakukan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada mereka ini terutamanya yang berpendapatan rendah serta miskin. Mereka (rakyat) nampaknya sudah tidak sanggup lagi melihat orang tua lembik ini memegang dan berharap supaya melepaskan jawatannya dengan kadar segera dan bukannya pada tahun 2010 nanti seperti yang diberitahu.

Kerajaan hari ini dikatakan tidak bijak ataupun kurang cerdik yang sengaja dilakukan, seterusnya mengalihkan kepercayaan rakyat kepada Anwar Ibrahim ini. Bagi mereka UMNO sudah tidak penting dan tidak relevan lagi kerana mereka merasakan UMNO ini tidak lagi bertindak bijak dan menjadi payung kepada mereka untuk berteduh seperti sebelum ini. Sebenarnya mereka telah dapat perbezaan diantara zaman Mahathir dan juga pada zaman Pak Lah ini. Sikap lembabnya dan kredibiliti Pak Lah yang terlalu lemah inilah yang menjadi punca utama rakyat menjadi benci kepada kerajaan dan parti UMNO dan juga Barisan Nasional. Ada juga mereka yang lari ke luar negara gara-gara pentadbiran ala main pondok-pondok ini.

Bagi mereka juga Kerajaan hari ini patut diganti dengan kerajaan barusupaya rakyat akan dapat merasai keprihatinan yang lebih disamping janji-janji manismu yang terlalu manis buat rakyat sekiranya Kerajaan baru ini dapat memerintah negara ini nanti. Segala ketidakadilan kerajaan kepada mereka selama ini akan bertukar dan rakyatakan mendapat keadilan yang cukup adil lagi buat mereka. Kerajaan baru yang Adil kepada semua rakyatnya. Dan bukannya kerajaan yang mementingkan kekayaan ahli keluarganya dan juga kroni-kroninya sahaja malah rasa kesal mereka juga mendapat seorang pemimpin yang lembik dan tidak cerdik ini dalam membentuk dan membangunkan negara yang tercinta ini.

Sebenarnya dalam masalah kepimpinan kita hari ini sepatutnya Pemimpinlah yang harus disalahkan daripada menyalahkan kerajaan secara totalnya. Ini kerana pemimpin inilah yang bertindak di dalam kain sendiri dengan mengharu-birukan keadaan dalam negara dan juga masalah sosio-ekonomi yang semakin parah dan tenat ini. Pemimpin inilah yang harus di tukar dan digantikan dengan orang lain yang lebih prihatin kepada rakyatnya sendiri. Kerajaan sebenarnya biarlah rakyat yang memilih dan hendaklah mendapat undi majoriti dan bukannya menang nyawa-nyawa ikan seperti hari ini ataupun melalui rampasan kuasa. Tapi masih lagi berlagak sombong dan bongkak kerana masih dapat lagi menunjukkan kuasanya. Sekarang ini nampak seperti kerajaan hari ini seperti syok sendiri ataupun over confident dengan apa yang mereka rancangkan selama ini.

Tiada seorangpun dari mereka di dalam kerajaan sekarang yang sanggup menegur dan lantang mempertahankan nasib partinya dan juga rakyatnya serta menyanggah apa yang ketuanya lakukan yang jauh menyimpang dariu landasan yang sebenar. Melainkan masing-masing sibuk untuk bertanding samada merampas atau mengekalkan jawatan disampingmendapat imbuhan yang besar lagi nanti untuk menambah kekayaan yang sedia ada daripada orang-orang tertentu. Mereka amat sayang dan menyanjung tinggi ketua mereka ini seperti seorang kuli batak kepada tuan nya. Apapun mereka sanggup buat demi Tuan mereka ini dan tidak sanggup untuk menderhaka ataupun lari meninggalkan tuan mereka ini seorang diri. Jika mereka derhaka ataupun lari maka mereka nanti akan di hukum oleh tuannya nanti dengan hukuman yang sangat berat dan kejam.

Selama ini mereka telah bersikap bermuka-muka dan sanggup menjadi duri dalam daging dengan menjadi pemimpin UMNO semata-mata ingin mencapai matlamat dan tujuan yang telah mereka rancangkan sebelum ini. Rupa-rupanya mereka telah merancang lama dalam kumpulan tertentu supaya ianya berjalan lancar dan tanpa seorangpun dapat mengganggu gugat kedudukan mereka-mereka ini yang berada di peringkat tertinggi di dalam parti. Mereka telah awal-awal meletakkan orang-orang mereka dan mempunyai jawatan-jawatan tertentu di dalam parti dan kerajaan. Biar apapun mereka hendak buat dan rancangkan, mereka akan bebas melakukan apa sahaja termasuklah membuat rakyat benci kepada mereka sendiri dan juga kerajaan mereka dengan sengaja. Adakalanya mereka juga tahu bahawa keputusan yang akan mereka buat akan menyakitkan atau menyusahkan rakyatnya tetapi mereka terpaksa mengikut agenda yang telah di susun supaya mereka ini nanti akan mendapat ganjaran dan kejayaan lain yang sedang menghampiri mereka ini.

Diantara mereka ini juga datangnya dari mereka-mereka yang telah murtad ataupun keluar daripada UMNO dan kemudiannya diterima masuk kembali ke dalam UMNO ini. Sebelum itu, untuk diterima masuk kembali ke dalam UMNO ini mereka sanggup bersujud dan menangis-nangis sambil merayu-rayu dan mengaku serta insaf akan kesilapan mereka. Dan jika muka kasihan mereka ini tidak juga di terima, mereka akan menyuruh isteri isteri mereka memujuk serta merayu kepada Presiden parti supaya dapat menerima dan memaafkan suami mereka supaya diterima semula suami mereka ke dalam UMNO. Akhirnya tidak sia-sia usaha isteri-isteri mereka ini, kemudia mereka di ambil dan diterima masuk semula ke dalam UMNO dan juga diberi pangkat di dalam parti dan kerajaan sebagai menerima tanda maaf dan insaf mereka kepada parti.

Sebab itulah apa yang kita lihat hari ini nampak seperti Kerajaan yang kita kenal dan yang telah menjaga kita selama ini ibarat pepatah melayu ‘kacang lupakan kulit’ ataupun ‘Berok naik ke junjung’ (maaf, saya tukarkan kadok menjadi berok kerana berasakan ianya sangat sesuai digunakan di dalam ayat saya ini). Inilah hakikatnya yang ingin di tunjukkan kepada kita semua bahawa kerajaan kita hari ini yang telah diberikan mandat oleh rakyatnya walaupun tidak mendapat undi majoritipada pilihanraya yang lalu tetapi mereka-mereka ini tidak menampakkan segala usaha untuk memperbaiki dan menunjukkan semangat yang berkobar-kobar untuk memulihkan parti mereka yang hampir-hampir kalah pada pilihanraya tersebut.Mereka merasakan tiada apa yang perlu dirisaukan ataupun diambil berat tentang apa yang telah berlaku kepada parti UMNO dan juga Barisan Nasional ini.

Jika sebelum pilihanraya tersebut diadakan, mereka nampak seperti sebuah parti dan kerajaan yang sangat kuat dan mendapat sokongan hampir seratus peratus daripada rakyat semasa Pilihanraya ke-11 dahulu. Mereka telah merancang dan berjanji serta untuk melaksanakan kebajikan kepada seluruh rakyatnyadengan menwar-warkan Rancangan Malaysia Ke-9 dan juga belanjawan tahunan untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan berjanji untuk terus membangun dan menjadikan negara Malaysia dan rakyatnya supaya cemerlang, gemilang dan terbilang. Selepas lima tahun pemerintahannya saya tidak nampakpun apa yang dikatakan cemerlang, terbilang dan gemilang itu.

Mungkin kita harus menunggu seratus tahun lagi untuk mencapai dan menikmati apa yang dimaksudkannya itu. Cuma 3 perkarasahaja yang saya nampak hasil daripada idea bernasnya ini iaitu Eye on Malaysia yang terletak di Tasik Titiwangsa, Replika Masjid Kristal dan juga Taman Tamadun Islam di Terengganu. Inilah antara kejayaan dan mercu tanda kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah setakat hari ini. Nyata yang lainnya masih dalam proses awal dan di dalam peringkat perbincangan lagitermasuklah projek jambatan kedua di Pulau Pinang, Wilayah Iskandar Malaysia di Johor dan beberapa koridor (laluan pejalan kaki) yang sedang di rancangkan dan masih diperingkat awal. Nampaknya kerajaan kita pada awalnya masa itu mempunyai wang yang sebegitu banyak sekali demi untuk memberi manfaat kepada rakyatnya. Nyata keprihatinan dan sayangnya Perdana Menteri kepada rakyat amat begitu tinggi nilainya kepada rakyat hari ini.

Tetapi selepas keputusan pilihanraya yang ke-12 yang lalu (lihat gambarajah di atas), nyata pendirian dan semangat mereka telah berubah. Nada dan gayanya juga sudah perlahan dan nampak seperti seorang yang putus asa dan kecewa. Raut wajahnya juga kelihatan seperti ayam berak kapur, tiada seri dan tiada senyuman manis yang dilontarkan lagi kepada rakyat. Beliau merasakan pengorbanan beliau selama ini seperti sia-sia dan tidak dihargai langsung oleh rakyat terhadap beliau. Beliau nampak begitu marah dan geram dengan apa yang rakyat lakukan terhadap beliau semasapilihanraya ke-12 itu. Orang-orang yang beliau harapkan untuk mengusai hampir keseluruhan kerajaannya pada masa itu juga telah punah dan berkecai akibat disabotaj diantara satu sama lain seterusnya memberi peluang kepada parti pembangkang mengusai beberapa buah negeri.

Sepatutnya selepas kekalahan ini, beliau dengan rasa tanggungjawab akan meletakkan jawatannya sebagaitanda ketidak percayaan rakyat kepada beliau. Dan beliau sepatutnya mengambil keputusan yang bijak dan drastik demi memastikan UMNO ini di pimpin dan seterusnya di terajui oleh orang lain yang lebih berkelayakan mengikut kehendak rakyat. Tetapi, akibat sifat bodoh sombongnya semenjak kecil lagi ini, beliau tidak mahu mengikut kehendak rakyat dan juga ahli akar umbi UMNO ini, malah beliau sanggup untuk memulihkan UMNO itu sendiri yang telah beliau sendiri malukan ataupun aibkan. Mampukah beliau memulihkannya sedangkan rakyat sudah bosan dan benci melihatnya menjadi seorang pemimpin tertinggi negara.

Selepas kekalahan mengaibkan ini (walaupun berjaya membentuk kerajaan), mereka nampak seperti seorang yang telah kehilangan sebatang kaki dan juga sebatang tangan, mereka tidak mampu melakukan apa-apa lagi untuk meneruskan hidup ini dengan sendirian dan mengharapkan bantuan musuhnya itu untuk bergerak. Dan beliau juga tahu musuh-musuhnya ini sedang merancang sesuatu untuk menggantikannya yang telah cacat angota badannya. Tetapi baginya birkanlah apapun yang musuh-musihnya hendak lakukan kerana belaiu percaya musuh-musuhnya akan kasihan akan kecacatan yang beliau ini alami dan mengharapkan musuh-musuhnya ini berasa simpati dan kasihan terhadap diri beliau ini.

Kehendak rakyat dan akar umbi UMNO ini tidak lagi dihiraukan malah beliau merasa lebih yakin dan hasil sokongan yang diterimanya daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang mana telah dipaksa membuat kenyataan sokongan mereka ini kepada Pak Lah saban hari di media-media massa. Mereka nampak mengalihkan pandangan rakyat berhubung beberapa isu dan sering bertukar-tukar kenyataan seperti seorang yang serba salah dan selalu buat salah. Mereka cuba gula-gulakan rakyat dengan pemberian wang sebagai ganti subsidi petrol oleh kerajaan sebelum ini. Mereka cuba menaikkan harga petrol dan diesel terlalu tinggi sedangkan ianya boleh dielakkan sekiranya kerajaan menaikkannya secara beransur-ansur ataupun perlahan-lahan mengikut keadaan semasa.

Kerajaan juga sepatutnya bertindak bijaksana dalam menggali lubang dan juga menutup lubang yang ada contohnya daripada pendapatan kerajaan yang sedia ada demi memikirkan nasib rakyatnya.Mereka mungkin menaikkan cukai arak dan tembakau ataupun menaikkan cukai pendapatan kepada mereka yang berpendapatan tinggi bagi menampung jumlah subsidi yang meningkat itu. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi sehingga mencecah kenaikan sebanyak 41% ini dan juga penghapusan subsidi petrol kepada rakyat merupakan jalan terbaik dan terbijak yang ada pada kerajaan hari ini untuk membuat keputusan sedemikian. Disamping memberi gula-gula kepada rakyat yang telah saya nyatakan tadi supaya rakyat berasa gembira dan tidak mempertikaikan keputusan mereka ini.

Akhirnya, muncul seorang yang dikatakan wira dua alam yang sanggup memberi jalan dan pandangan beliau bagaimanakah caranya untuk menurunkan harga minyak ini sekiranya beliau diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara ini. Peluang ini juga sebenarnya telah diberikan ruang yang luas dan terbuka melalui debat yang dianjurkan dan dipersetujui oleh pihak kerajaan sendiri. Tetapi kenapa tidak ketua berdebat dengan ketua? Barulah gentlemen dan di kira adil. Mengapa pula di suruh pula orang yang sentiasa berbuih di mulutnya dan baru menjadi menteri berdepan dengan bekas juara pidato peringkat negeri Pulau Pinang ini? Nyata sekali debat ini telah membuatkan beliau begitu popular, di sayangi dan juga disukai oleh rakyat kerana niatnya untuk membantu golongan rendah akibat kenaikan harga minyak yang begitu tinggi sekali.

Melaui perdebatan itu juga, beliau nampak begitu prihatin kepada nasib rakyatnya terutamanya yang berpendapatan rendah dan juga orang-orang kampung yang hidup susah yang terdiri daripada golonganpetani, pengembala, nelayan dan sebagainya. Mereka nampaknya suka akan lelaki hebatini yang pernah mereka kenali suatu masa dulu yang mana namanya yang begitu gah dan hebat dan tidak lupa juga tentang fitnah skandal liwatnya pada masa dahulu. Mereka merakan juga orang ini layak menjadi pemimpin mereka setelah apa yang pemimpin hari ini telah lakukan kepada mereka. Hendak tunggu pemimpin yang lagi berani dari kalangan parti UMNO ini, entahlah sampai mereka-mereka ini harus bermain nyorok-nyorok di belakang rumah. Mungkin ada yang telah di sorokkan oleh hantu tetek agaknya.


Mengapa orang ini yang statusnya sebagai seorang banduan nampak begitu bersungguh-sungguh dan yakin semenjak beliau ini keluar dari penjara. Ini terbukti akan kemampuannya meraih kejayaan yang di luar dugaan kerana kejayaan partinya pada pilihanraya yang ke-12 baru-baru ini. Dan selepas itu beliau turut yakin bahawa beliau ini mampu untuk menjadi orang no. 1 di Malaysia ini pada 16 September ini. Mampukah beliau ini mencapai cita-cita beliau selama ini yang terkandas separuh jalan.

Dengan pengumuman isteri beliau iaitu Wan Azizah yang telah meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Secara langsungnya telah membuka jalan yang terbentang luas UMNO yang bakal dipertandingkan di situ. Inilah kubu kuat mereka semenjak dari dahulu lagi semasa mereka berada di dalam UMNO sehinggalah beliau menubuhkan parti beliau sendiri, tempat ini masih merupakan Head Quarters (HQ) bagi parti mereka . Walaupun rekod BN dalam pilihanraya kecil amat membanggakan sekali, tetapi kali ini kita akan lihat rekod BN akan berkecai di sini dan sekali lagi akan dimalukan oleh orang-orang Permatang Pauh.


Sesiapapun yang akan mencabar mereka walaupun mereka itu seorang tok imam ataupun mufti sekalipun, mereka akan tewas mudah dan hilang wang deposit secara sia-sia sahaja. Lebih baik diberikan kemenangan percuma sahaja kepada beliau ini. Jika mahu menang sekalipun, UMNO harus memujuk Tuan Guru Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS supaya menyertai UMNO dan melawan Anwar Ibrahim ini di Permatang Pauh ataupun Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri(sekiranya beliau masih ahli UMNO). Saya yakin saudara Anwar akan tewas dengan majoriti yang sangat besar dan akan lari keluar negara pada malam itu juga.

Jika beliau ini menang di Permatang pauh, maka pintu parlimen telah terbuka luas untuk beliau memasukinya seterusnya menjadi ahli parlimen yang sah dan layak dipanggil ketua pembangkang. Inilah peluang yang beliau tunggu-tunggu selama ini dan sudah menjadi kenyataan. Melalui Pakatannya bersama pembangkang lain yang dinamakan Pakatan Rakyatyang terdiri daripada parti PAS dan DAP, mereka amat yakin sekali bahawa selepas kemenangan saudara Anwar menjadi Ahli Parlimen permatang Pauh ini , percayalah beliau akan mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah dan kerajaan hari ini.

Dan dengan usul ini juga ianya dijangkakan akan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dari parti pembangkang termasuk juga mereka yang berada di pihak kerajaan sendiri. Mengikut perkiraan beliau ini hanya memerlukan lebih kurang 30 undi sahaja lagi dari pihak kerajaan untuk menjadikan mereka berkuasa sepenuhnya selepas ini seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang sah di sisi undang-undang antarabangsa. Kemenamgan ini juga merupakan kejayaan besar daripada pihak luar yang selama ini tidak pernah kenal erti jemu dan berputus asa untuk melihat sahabat karib mereka ini berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Inilah masanya untuk mereka bertindak mengikut arahan seperti yang mereka rancangkan sejak dahulu lagi. Selain itu juga mereka berhak dan wajar mendapat ganjaran yang telah dijanjikan kepada mereka ini. Dan dengan ini nanti berakhirlah riwayat Perdana Menteri kita yang lembik dan bodoh sombong ini. Dan seterusnya UMNO akan menjadi Parti pembangkang tunggal seperti parti PAS sebelum ini. Ini mungkin menjadi kenyataan walaupun apa yang saya catatkan di sini merupakan cerita dialam fantasi saya ini.

Bukan niat saya untuk memperlekehkah parti yang saya cintai dan sayangi ini tetapi apa yang mampu kita buat sebagai rakyat dan ahli biasa, kita hanya mampu melihatnya sahaja dan diperlakukan seperti orang bodoh sahaja oleh para pemimpin-pemimpin kita sendiri yang bodoh juga. Biarkan lah apa yang mereka rancang ini berlaku dengan jayanya,kita akan lihat kesannya nanti dan mungkin kita akan bertindak sesuatu yang mungkin tidak mengikut undang-undang negara mahupun antarabangsa demi menyelamatkan rakyat dan negara yang berdaulat ini daripada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan tertentu yang membelakangi kedaulatan negara dan hak-hak kaum bumiputera di negara ini.

Sebagai rakyat kita tidak harus biarkan perkara-perkara ini berlaku di depan mata kita begitu sahaja. Sebagai rakyat tak kira apapun bangsa, agama dan juga pahaman politik yang berbeza, kita berhak mendapat segala bentuk kebajikan dan keadilan daripada kerajaan baru ini jika mereka berjaya melakukannya nanti. Diharap orang UMNO ini dapat bersabar dan akan bertindak bijak pada masa yang sesuai demi perjuangannya yang tidak akan selesai hingga bila-bila demi agamanya , bangsanya dan juga tanahairnya.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme