GEMPAR! ‘Blogger’ ditahan Polis
Politik
- August 7, 2008
Blogger Penarik Beca ditahan polis
AGAK mengejutkan apabila mendapat berita blogger veteran yang sinonim dengan gelaran ‘Penarik Beca‘ ditahan polis di rumahnya tengah malam tadi.
Satu lagi episod malang ketika kepimpinan Pak Lah melaungkan kebebasan bersuara kepada rakyat menyuarakan pandangan mereka.
Apakah ia satu gertakan kepada para penulis blog yang majoritinya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat dan menolak kezaliman politik pemerintah.
Berdasarkan kepada laporan Malaysiakini berikut, Abu Bakar atau dipanggil Bakaq Haq ditahan mengikut Akta Hasutan:
“PENULIS blog, Abu Bakar A Rashid ditahan dan disiasat bawah di Akta Hasutan, dipercayai berhubung bahan-bahan tulisan di lamannya, ‘Penarik Beca‘ (www.penarikbeca.blogspot.com).
Malaysiakini petang ini difahamkan, beliau akan ditahan sehari lagi.
Abu Bakar, seorang wartawan sambilan, ditahan di rumahnya di Gombak menjelang tengah malam tadi oleh sekumpulan anggota polis, kata peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.
Penulis itu, yang juga dikenali Bakar Haq, kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur hingga saat ini.
“Saya cuba menemui Abu Bakar tetapi tidak berjaya kerana pegawai penyiasat tidak membenarkan atas alasan masih dalam siasatan,” kata Mohamed Hanipa kepada Malaysiakini.
“Berikutan itu saya tidak tahu apakah tunduhan yang akan dikenakan ke atas Abu Bakar.
“Saya tidak tahu artikel mana yang didakwa mempunyai unsur hasutan itu dan siapa yang membuat laporan polis terhadap Abu Bakar.”
Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.
Mohamed Hanipa yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS menambah, beliau juga tidak tahu sama ada Abu Bakar akan ditahan reman atau dibebaskan hari ini.
Peguam itu berkata lagi, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.
“Tidak manis polis melakukan tangkapan waktu malam dan di rumah beliau pula.
“Sepatutnya polis memberi notis terlebih dahulu kepada Abu Bakar sebelum menahannya,” katanya lagi.
Mohamed Hanipa berkata, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.”































Beri Komen Anda