Suka Sama Suka: KENAPA SAIFUL TAK DIDAKWA?
(sumber : tranungkite.net)
Dilulus terbit pada Thursday, August 07 @ 13:17:41 MYT oleh greenboc
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.
“Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil?” katanya kepada pemberita sambil menyifatkan dakwaan liwat terhadapnya hari ini adalah fitnah khianat yang bertujuan mencemar nama baiknya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful, 23 tahun.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dibela oleh pasukan sembilan peguam diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Mereka yang lain ialah R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd. Razlan Jelaludin.
Pasukan pendakwaan pula diketuai oleh Ketua Pendakwa Pejabat Peguam Negara, Mohd. Yusof Zainal Abiden; Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun; Mohamad Hanafiah Zakaria dan Shamsul Sulaiman.
Anwar mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.
Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.
Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Sementara itu, Peguam Anwar, Sankaran Nair, berkata tuduhan terhadap anak guamnya megikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu liwat dalam sukarela sebagai sesuatu yang pelik.
Katanya, sepatutnya pendakwa turut menuduh Saiful atas kesalahan sama apabila memilih seksyen berkenaan untuk melakukan pendakwaan terhadap Anwar.
Beliau juga berkata, Anwar mempunyai alibi kerana masa pada pertuduhan itu anak guamnnya itu bersama lima orang di Kondominium Desa Damansara, 26 Jun lalu.



























Kelompok media dan pemerhati politik mula bercerita pelbagai teori dan kemungkinan berhubung kes ini yang masing-masing memberi hujah menurut peristiwa tertentu yang mereka rekodkan.
Seorang sumber yang enggan namanya disiarkan mendakwa, beberapa orang bekas penyokong kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu turut terbabit dalam konspirasi memalukan Anwar dengan tuduhan liwat.
“Dan kita sudah melihat gerak-geri individu terbabit beberapa minggu selepas pilihan raya umum lalu, dan pada mulanya kita rasakan orang itu akan menggunakan seorang pembantu Anwar yang lain (bukan Saiful) untuk memfitnah Anwar.
Anwar sendiri hari ini tampil untuk menyatakan beliau tidak bersalah, malah menyatakan ia satu kerja hina yang dibuat hanya untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.
“PENULIS blog, Abu Bakar A Rashid ditahan dan disiasat bawah di Akta Hasutan, dipercayai berhubung bahan-bahan tulisan di lamannya, ‘Penarik Beca‘ (www.penarikbeca.blogspot.com).
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan diMahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
Anwar dilaporkan akan dihadapkan ke mahkamah esok berikutan kertas siasatan dakwaan liwat yang dibuat Saiful Azlan pada 28 Jun lalu.
Abdul Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.