Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



Anwar akan ditahan dalam tempoh 48 jam?

Posted under UMUM by admin on Friday 1 August 2008 at 3:44 pm


Harakahdaily
Thu | Jul 31, 08 | 6:56:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) – Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka akan ditahan dalam tempoh 48 jam berhubung kes dakwaan meliwat bagi menyekat beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata KeADILan tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

“Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan,” kata Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

“Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil,” tegasnya.

Hari ini, polis telah melengkapkan siasatan dakwaan liwat Anwar Ibrahim dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu, pada jam tiga petang tadi isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi itu.

Wan Azizah bagaimanapun memberitahu beliau kekal sebagai Presiden KeADILan dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya jam 3 petang tadi, Wan Azizah juga memberitahu beliau telah menghantar surat perletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Pada pilihan raya baru-baru ini, Wan Azizah mendapat majoriti sebanyak 13,388 di Permatang Pauh menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang hanya memperolehi 16,950 undi.

Beberapa hari lalu, Anwar disebut-sebut akan bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru, Kedah, selain beberapa kerusi di Lembah Klang termasuk Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Gombak.- tmj _


LIWAT 2 , Sudah Di Alih Dari Politik Ke Perundangan , Maka Bermula lah Hari ini

Posted under UMUM by admin on Friday 1 August 2008 at 3:41 pm

Oleh ulitmayang


Rasa – rasanya , pihak polis sudah hampir dapat melengkapkan penyiasatan , dan kalau tidak lengkap sepenuhnya pun, harus perlu disiapkan juga , kerana masalah telah timbul dan menjadi terlalu kelam kabut sekarang ini , ekoran terkeluarnya laporan perubatan , atau nota perubatan Hospital Pusrawi

Cuma menduga sahaja , barangkali bukti yang dicari sudah ditemui , maka tidak dapat tidak , dalam beberapa minggu ini , pertuduhan mesti dimulakan , maka mengikut berita di bawah [ walaupun dikatakan tidak boleh dipakai ] , setuju benar dengannya , bermulalah proses ’perundangan’ ke atas DSAI.

Masa sudah suntuk , 19 ogos hari penghakiman Petisyen Kulim Bandar Baru , 16 September Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya , membuatkan pelan tindakan UMNO sudah haru biru.

Proses bagi menghalang semua cita – cita rakyat Malaysia , perlu diteruskan , apa nak jadi , itu belakang kira , yang pentingnya konspirasi ini perlu dibuat walaupun skrip asal sudah lari , maka permulaan kepada persediaan psikologi rakyat Malaysia , bagi memulakan proses perundangan , sudah dimulakan hari ini.

Bolehlah dikatakan berita daripada penulis di bawah ini , merupakan lidah rasmi kerajaan UMNO , yang menjadi rujukan dan pegangan kesemua pimpinan nya , telah dengan rasminya bermula. Keterangan lanjut ada dalam intipati di bawah

Rasanya perlu diulas komen penulis ini ,

BISIK BISIK AWANG SELAMAT

BANYAK petunjuk yang ada kebelakangan ini menampakkan rakyat Malaysia mahu isu aduan polis kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan (PKR), Anwar Ibrahim tidak dipolitikkan.

· Siapakah pihak yang dikatakan oleh penulis ruangan pojok ini ? Adakah ianya adalah dari kalangan orang – orang UMNO ?
·
Agaknya sesudah , semua ikhtiar politik digunapakai oleh pimpinan UMNO , gagal menyakinkan rakyat , maka terpaksalah digunakan hanya saluran perundangan sahaja , itu saja yang tinggal?
· Siapa sebenarnya yang telah mempolitikkan isu liwat 2 ini ? Kebanyakan dan hampir seluruh rakyat Malaysia percaya , isu ini adalh senjata politik UMNO bagi menggagalkan usaha Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hak – hak rakyat Malaysia , percaya ini semua konspirasi dari pimpinan tertinggi UMNO

Awang sendiri menerima banyak reaksi rakyat di akar umbi yang mahu melihat kes tersebut diselesaikan secara proses perundangan.

· Seperti yang dikatakan di atas tadi , mungkin dalam keadaan terpaksa , iaitu ekoran dari tersebarnya laporan perubatan Hospital Pusrawi , UMNO tidak dapat menunggu lagi tibanya bukti – bukti baru , melainkan meneruskan dengan tindakan perundangan
·
Setelah UMNO gagal menggunakan jentera politik , akibat daripada seluruh rakyat , termasuk orang – orang UMNO sudah tidak mempercayainya lagi , maka proses pertuduhan kena lah diteruskan, walaupun dalam keadaan sangat cacat proses siasatannya.

Anwar tentu dapat merasakannya. Sentimen rakyat kali ini tidak sama dengan apa yang berlaku pada 1998, juga melibatkan beliau dengan kes dakwaan yang sama.

· Penulis silap sebenarnya , sentimen 2008 ini lebih hebat dari tahun 1998 · Kenapa penulis cuba menafikannya ? dan cuba melawan arus ?
·
Dengan kekuatan 82 kerusi parlimen dan 5 + 1 negeri di tangan Pakatan Rakyat , rakyat Malaysia amat yakin , isu liwat 2 ini adalah konspirasi UMNO , yang cuba menyekat rakyat menawan 7 lagi negeri dari UMNO/BN

Makin banyak Anwar berkata-kata pada ketika kesnya disiasat, makin banyak mengundang pelbagai bacaan dan persepsi bahawa beliau cuba mengelirukan rakyat dan menafikan keadilan.

· DSAI berkewajipan untuk memberikan maklumat yang benar kepada rakyat , yang selama ini telah dikelirukan oleh jentera propaganda UMNO , termasuk penulis ini
·
Setuju benar , keadilan perlu harus ditegakkan


Awang bangkitkan perkara ini kerana pemimpin pembangkang itu tidak putus-putus membuat pelbagai dakwaan.

· Pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat , mesti menyakinkan rakyat , bahawa isu liwat 2 ini merupakan sambungan dari skrip liwat 1 tahun 1998 dulu
·
Rakyat terbanyak masih belum lagi memadamkan memori dan ingatan lama , tahun 1998 , kerana skrip tahun 2008 hampir sama dan serupa sahaja

Ia menampakkan seolah-olah negara ini satu pentas sandiwara.


· Betul tekaan dan telahan penulis ini , Malaysia merupakan satu pentas sandiwara
·
Bagaimana semua jentera kerajaan telah dipaksa menurut dan mengikut arahan UMNO/BN bagi menghalang kemaraan rakyat ke Putrajaya 16 September 2008 , Selasa nanti


Lagipun ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata. Ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan, rakyat biasa yang juga ada hak berikutan aduannya.

· Keadilan bukan saja untuk DSAI, atau Saiful ,tetapi yang lebih penting keadilan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya
·
Rakyat sudah dizalimi selama 5o tahun
·
Rakyat sudah sedar
·
Rakyat sudah nampak
·
Rakyat sudah tahu

Dalam kes ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka janganlah goyah atau ragu untuk diadili demi mencari kebenaran.

· DSAI di pihak yang benar
·
Saiful di pihak yang salah
·
Rakyat Malaysia seluruhnya bersama – sama DSAI , memperjuangkan keadilan

Awang – Nampak petunjuk.

· Petunjuk ada yang penulis ini , iaitu Awang nampak ?
·
Adakah tilikan Awang selama ini yang tidak berpandukan kepada Al Quran dan Al Hadith juga diberikan ’petunjuk’ juga oleh Allah swt. Petunjuk mana yang Awang dapat itu ?
· Kalau ini yang terjadi , maka amatlah zalim Allah swt memberikan taufik dan hidayah kepada makhluknya yang mempunyai sifat – sifat dan ciri – ciri orang – orang munafik dan fasik , seperti Awang – iaitu penulis ini .Naazubillah minz’alik

BISIK BISIK AWANG SELAMAT

BANYAK petunjuk yang ada kebelakangan ini menampakkan rakyat Malaysia mahu isu aduan polis kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan (PKR), Anwar Ibrahim tidak dipolitikkan.

Awang sendiri menerima banyak reaksi rakyat di akar umbi yang mahu melihat kes tersebut diselesaikan secara proses perundangan.Anwar tentu dapat merasakannya.

Sentimen rakyat kali ini tidak sama dengan apa yang berlaku pada 1998, juga melibatkan beliau dengan kes dakwaan yang sama.

Makin banyak Anwar berkata-kata pada ketika kesnya disiasat, makin banyak mengundang pelbagai bacaan dan persepsi bahawa beliau cuba mengelirukan rakyat dan menafikan keadilan.

Awang bangkitkan perkara ini kerana pemimpin pembangkang itu tidak putus-putus membuat pelbagai dakwaan.

Ia menampakkan seolah-olah negara ini satu pentas sandiwara.Lagipun ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata.

Ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan, rakyat biasa yang juga ada hak berikutan aduannya.

Dalam kes ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka janganlah goyah atau ragu untuk diadili demi mencari kebenaran.

Awang – Nampak petunjuk.

Blog Widget by LinkWithin

Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme