Web Hosting Mampu Milik Rakyat Malaysia



SAH PETUGAS UMNO MENGAMUK!

Posted under UMUM by admin on Sunday 31 August 2008 at 12:32 pm

Semasa masih berada di Permatang Pauh pada malam selepas pengumuman keputusan rasmi, penulis ada menerima satu sms dari seorang rakan mengatakan bahawa ada FRU dikejarkan ke Bangunan Umno di Permatang Pauh kerana ada petugas UMNO mengamuk! Sejauh mana kebenaran sms itu tak dapat penulis pastikan kerana penulis sedang dalam perjalanan menuju highway keluar dari Permatang Pauh. Sms itu seperti di bawah:-

“120,000 penyokong sedang berkumpul di P. Pauh raya kemenangan. Sementara di bangunan UMNO disitu 50 ahli parti itu mengamuk pecah cermin bangunan kerana tak dapat bayaran tugas”. (more…)


BELANJAWAN 2009: RESPON YB DS ANWAR IBRAHIM

Posted under UMUM by admin on Sunday 31 August 2008 at 9:30 am


KEANEHAN SEPANJANG PRK PERMATANG PAUH

Posted under ARTIKEL by admin on Sunday 31 August 2008 at 8:49 am

(sumber: peoplearmy.blogspot.com)

BANYAK keanehan berlaku sepanjang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu. Keanehan yang membawa kepada kekalahan dengan majoriti besar calon Barisan Nasional (BN) dan sekaligus menghantar Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kemuncaknya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Aneh, kerana Anwar yang dibebani dengan dakwaan salah laku moral dan jenayah tetap dipilih oleh penduduk Permatang Pauh – kawasan yang ‘ditinggalkannya’ sejak 10 tahun lalu sungguhpun ia hanya merupakan kubu terakhir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Dalam sejarah politik Malaysia, tiada pemimpin sekebal Anwar – tetap disanjung dan dipuja – walaupun apa yang didakwa dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi pantang larang berpolitik dan dosa besar bagi umat Islam.

Sumpah laknat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan dakwaan liwat di mahkamah serta menggunakan wang haram hasil perjudian, salah laku semasa berada dalam kerajaan serta kontroversi seks gagal menggoncang ketaksuban pengundi Permatang Pauh terhadap kredibiliti beliau.

Penduduk Permatang Pauh tetap mengaguminya sebagai seorang pejuang rakyat dan lebih daripada itu, seperti yang dicanang sebagai bakal Perdana Menteri. Dalam setiap ceramahnya, khalayak Permatang Pauh pulang dengan rasa puas dan lega bahawa Anwar akan menyelesaikan masalah mereka.

Mungkin ini berkat kesabaran Anwar kerana demokrasi memang memerlukan kesabaran. Kesabaran untuk mendengar dan didengar. Demokrasi memerlukan telinga yang lebar untuk respons kepada semua suara termasuk suara senyap. Demokrasi juga memerlukan dada yang lapang untuk menerima suara kecaman dan herdikan.

Ini juga kelebihan Anwar. (more…)


BELANJAWAN 2009

Posted under UMUM by admin on Sunday 31 August 2008 at 12:01 am

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini. (more…)


TUN MAHATHIR KECAM KERAJAAN

Posted under UMUM by admin on Saturday 30 August 2008 at 11:45 pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam kerajaan kerana memungkiri janjinya selama ini untuk tidak menapis kandungan internet – dasar yang perkenalkan semasa pentadbirannya dahulu.

mahathir hulu langat 120408 press conference“Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini,” kata Dr Mahathir dalam blognya – Chedet blog.

Dr Mahathir yang memperkenalkan dasar tiada tapisan internet pada pertengahan tahun 1990-an, berkata tindakan kerajaan itu menunjukkan “tahap keangkuhan yang menindas menyerupai sebuah negara kuku besi”.

Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISPs) di negara ini supaya mengharam Malaysia Today.

“Saya tidak sentiasa bersetuju dengan Malaysia-Today.net dan (editor lamanweb itu) Raja Petra Kamaruddin. Beliau adakalanya agak tidak bertanggungjawab,” tambah Dr Mahathir. (more…)


MALAYSIA 51 TAHUN MERDEKA

Posted under ARTIKEL by admin on Saturday 30 August 2008 at 11:28 pm

Tepat jam 12 malam ini, genaplah 51 tahun Malaysia bebas dari penjajahan British. Malangnya, setelah British pergi, rakyat masih lagi hidup seperti di zaman penjajahan. ISA, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan dan Akta Polis menjadi senjata kepada Umno dan BN untuk kembali menjajah.

Rakyat yang seharusnya merdeka ditipu oleh Umno dan BN kerana masih lagi menggunakan undang-undang draconian untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Setelah 51 tahun, rakyat sudah semakin cerdik. “Gula-gula” politik seperti menurunkan harga minyak ketika pilihanraya kecil di Permatang Pauh tidak mampu lagi untuk terus mengumpan.

Hari ini, marilah kita bertafakur dan berdoa untuk pejuang-pejuang kemerdekaan tulen negara. Pejuang-pejuang KMM, PKMM, AWAS, API, PKM, GERAM dan banyak lagi tidak harus dilupakan.

Jangan biarkan diri kita terus tertipu dengan buku sejarah yang ditulis oleh Umno dan BN. Buka minda dan carilah bahan-bahan yang alternatif yang sudah terdapat banyak dipasaran. Selepas membaca dan mengkaji, anda pasti akan terkejut dan marah kerana mengetahui bahawa Umno, MCA dan MIC hanyalah alat kepada penjajah!!!


ABDULLAH CAKAP ORANG CEMUH, MUHYIDDIN CAKAP ORANG TERIMA….

Posted under ARTIKEL by admin on Saturday 30 August 2008 at 11:22 pm

Sejak PRU12 Muhyiddin Yassin nampaknya bersuara berbeza dari bosnya Abdullah Badawi. Bos dia nampak sangat macam tak kisah dengan kekalahan BN. Muhyiddin pula jelas menyuarakan sesuatu yang relevan dengan kekalahan itu. Suara Abdullah dipertikai oleh rakyat. Suara Muhyiddin sesuai dengan citarasa ramai.

Semalam pun Abdullah cakap lain, Muhyiddin cakap lain, pasal impak PRK Permatang Pauh. Cakap Abdullah orang cemuh. Cakap Muhyiddin orang terima.

Perkembangan macam ni menyebabkan Muhyiddin macam kena gam oleh orang kuat Abdullah dan sesetengah media massa. Kadang-kadang berita menantu Abdullah lebih besar dari berita Muhyiddin. Nasib badan. Inilah antara dugaan bila seseorang memperkatakan kebenaran!

Hari ini ada desas-desus, Muhyiddin nak jumpa empat mata dengan Abdullah. Tunggu punya tunggu, sampai dah lebih dua bulan, Muhyiddin belum lagi dapat jumpa bosnya. Kalau ini sahih, kesian betul!

Baru-baru ni Muhyiddin kata, (more…)


“Saya sibuk minggu depan!” ANWAR IBRAHIM

Posted under BERITA by admin on Saturday 30 August 2008 at 11:12 pm

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

mStar Online difahamkan kelmarin beliau mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara – beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen di Kuching esok.

Bagaimanapun Anwar masih mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan. (more…)


PRK PERMATANG PAUH: BEDAH SIASAT

Posted under ARTIKEL by admin on Saturday 30 August 2008 at 10:49 pm

(oleh: perisik rakyat)

Ada pendapat mengatakan bahawa keputusan pengundian masa PRU-12 hari tu dipengaruhi oleh undian “lepas geram” penyokong-penyokong & ahli-ahli UMNO/BN yang cenderung memangkah Pakatan Rakyat sebab tak puas hati dengan sesetengah pimpinan UMNO/BN.

Hasil post mortem tu buat bacaan sokongan pada Pakatan Rakyat 50:50 sebab kami yang bertugas tak tau adakah mereka-mereka yang tergolong dalam golongan “pengundi lepas geram”(suka UMNO/BN tapi sokong Pakatan Rakyat)akan mengulang trend yang sama dalam PRK P-044 atau tak…

Lepas PRK P-044 berlalu dengan keputusan yang amat cemerlang – majoriti Pakatan Rakyat bertambah & minoriti UMNO/BN makin berkurang aku dapat simpulkan bahawa sebenarnya post mortem yang dibuat oleh sesetengah pihak lepas PRU-12 adalah post mortem yang salah…

Bacaan sebenarnya ialah mereka yang mengundi Pakatan Rakyat ialah mereka yang mahukan perubahan & bukannya kerana undi simpati atau undi lepas geram. (more…)


BAJET 2009 GEMBIRAKAN SEMUA?

Posted under UMUM by admin on Friday 29 August 2008 at 9:25 am

PETALING JAYA: Bajet 2009 yang dibentangkan petang ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen diharap dapat menggembirakan dan melegakan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan pertengahan berikutan harga makanan dan bahan bakar yang tinggi.

Ia merupakan bajet pertama selepas pilihan raya umum ke-12 yang diadakan 8 Mac lalu dan di sebalik kesan kenaikan harga minyak secara mendadak sejak awal tahun ini.

Malah ia merupakan bajet pertama diumumkan Abdullah dengan kehadiran semula bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang di Parlimen. (more…)

Blog Widget by LinkWithin

Next Page »
Add to Google Reader or Homepage
zinwave Wordpress Theme